Dakwah Kelaut

Assalamualaikum. Aku lebih selesa untuk tidak dikenali sebab siapa aku tak penting pun. So takde pengenalan diri.

Sebelum start aku minta maaf klu ada terkasar bahasa or terbiadap. Aku harap korang baca dengan akal yang sihat dan positif. No harsh comment please.

Firstly, thank you admin kalau confession aku ni dipublishkan. The main reason tercetusnya confession ni bila keluar artikel dimana netizen kecam cara Neelofa berpakaian tak sesuai dgn tittle dia sebagai seorang hajah. Aku pelik dengan netizen yg kononnya semakin hari semakin well educated tapi suka cakap macam orang tak berpelajaran. Opss sorry.

Let’s straight to the point. Ingat tak kisah Uqasha Senrose ambil keputusan untuk kembali freehair. Riuh rendah masa tu ada yg kutuk ada yg sokong. Same goes too bila Safiey Ilyas rasa penat untuk berubah menjadi seorang lelaki semula.

Don’t you guys realise what is the main reason they tend to be like this ? Sebab COMMENT NETIZEN. Yah keyboard warrior yang kononnya sekolah tinggi tapi cakap tak pakai otak. Opss terlebih sudah. Maaf terlanjur kata.

Korang sedar tak yg kata-kata yg korang luahkan di laman sosial menunjukkan tahap kebijaksanaan anda. Dua org yg aku sebutkan diatas kembali kepada kemaksiatan sebab tak tahan dengan netizen yg tak pandai puas hati macam takde life sendiri. Orang jadi baik salah orang buat jahat lagi salah.

Fyi, you have no right to judge people. Dakwah yang kononnya kau nak sampaikan tu. RIDICULOUS !! Kalau kau betul niat nak dakwah. Both of them takkan jadi macam tu. Both of them akan jadi seperti yg nak kau DAKWAHKAN TU ! Haa kan teremosi lagi. Maaf..

Let’s make it simple. Sebelum aku menghamburkan kata-kata nista. Sebelum kau nak comment ikut suka hidung. Suka suka kembang suka suka kuncup. Fikir dulu apa yg kau nak cakap tu when you’re in their shoes.

Kau nak kena soal kat akhirat kelak ? Sebab kau bash orang2 tersebut, mereka kembali menjauhi Allah. Sebab kau hambur tomahan2 yg tidak berpelajaran, mereka kembali melakukan maksiat. Sebab kau kutuk2 tanpa fikir perasaan org, mereka semakin jauh drpd agama. Sebab kau org yg nak berubah takut untuk mendekati Tuhan.

Yah tidak dinafikan memang semua tu bergantung kepada iman seseorang. Dah sah2 org yg baru nak merangkak kembali kpd Allah tu iman nya masih goyah. Sedangkan kau yg kononnya dekat dgn Tuhan pun iman masih senipis kulit bawang.

Ditambah pulak dengan kecaman2 hebat yg dtg dari ostad ostadjah tak bertauliah. Kau rasa ? Mereka mampu bertahan ? Nak berubah tu memang mudah. Tapi untuk istiqomah dalam perubahan tu yang susah.

So aku nak tegaskan sekali lagi. Jangan sebab kata2 kau. Orang menjauh dari Tuhan. Jangan sebab “dakwah” kau. Orang takut untuk berubah jadi baik.

Keep remind youself ! KERANA MULUT BADAN BINASA ! Mungkin kau terlepas didunia. Tapi diakhirat ? Allah Maha Mengetahui.

Okay tu je la. Kang panjang2 ada pulak yg komen orang melayu ni malas membaca. Sebab tu lah suka buat assumption tanpa ilmu. Bila cakap tak berpelajaran marah. Tapi itu hakikatnya.

Aku nak minta maaf if I might be harsh and rude. Aku harap manusia yang Allah dah kurniakan otak ni dapatlah hadam dengan cermat apa aku nak sampaikan.

Oh ya. Aku guna contoh dua orang tersebut sebab most of us kenal. Kang aku bagi contoh Pak Mat Tempe tak kenal pulak. Terima kasih sudi baca sampai habis. Moga bermanfaat. Assalamualaikum.

– ST

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit