Salam untuk semua. Aku nama kan aku Nur, berumur lewat 20an.
Di sini, aku nak luah kan cerita supaya aku dapat pendapat dari pembaca sekalian dan bukan kutukan atau perli.
Aku masih bujang dan bekerja di bidang profesional. Berwatakan ceria, dan seorang yang banyak cakap. Aku sudah lama berstatus ‘single’ disebabkan hubungan yang sebelum ni semuanya tidak diizinkanNya.
Sesungguhnya aku redha kerana aku yakin ada hikmah di sebalik semuanya dan Allah pasti janjikan yang terbaik untuk aku.
Boleh dikatakan status hidup aku sangat kukuh kerana aku sudah bekerja lebih kurang 10tahun.
Ceritanya bermula apabila aku mengenali seorang lelaki ini yang aku namakan dia Mohd.
Setelah bertahun aku tutup pintu hati dari mengenali mana-mana lelaki, akhirnya pintu aku terbuka untuk cuba mengenali Mohd.
Mohd, dari awal perkenalan dia terus nyatakan niat dia untuk mengenali aku dengan lebih rapat.
Aku sambut salam perkenalan itu kerana Mohd aku lihat seorang yang sangat lembut dan ‘cool’ orangnya yang telah buka pintu hati aku untuk cuba mengenalinya.
Di singkatkan cerita, aku megetahui status Mohd dari rakan yang Mohd telah berkahwin. Aku suarakan pada Mohd kerana aku tidak akan sesekali memulakan sesuatu hubungan dengan suami orang.
Mohd jujur yang betul die telah berkahwin dan sebenarnya dia juga telah berpisah (cerai) dengan bekas isterinya dan dia buktikan pada aku dengan salinan surat cerainya.
Ya betul die telah bercerai cumanya saat kami bertemu, tempoh itu masih dalam iddah. Tertera di surai cerai itu untuk 3 kali suci.
Aku ambil masa dan Mohd juga beri aku masa untuk fikir. Teruskan hubungan atau tidak.
Aku solat istikarah, aku mohon doa dari Dia permudahkan urusan aku dan Mohd. Jika dia yang terbaik untuk aku, Engkau mudahkan dan dekatkan.
Berminggu aku fikir dan aku beri jawapan pada Mohd, aku nak teruskan dengan dia. Dia gembira dan die minta aku bersabar sampai habis iddah bekas isterinya.
Masa berlalu, yang aku kira 3bulan di mana iddah sepatutnya selesai. Aku tak soalkan pada Mohd.
Pada aku, aku harus beri masa padanya.
Satu hari, bagai di rentap dan retak hati aku. Mohd jumpa aku berdepan dan dia kelihatan resah. Dia beritahu aku ada sesuatu penting dia mahu sampaikan pada aku tapi die dia harap aku bersabar dan die terima semua keputusan aku.
Bekas isterinya mengandung. Aku sedikit curiga sebab dalam surat cerai mereka tertera keadaan isteri masa cerai (Haid). Tapi aku berfikir secara waras dan cuba bertenang. Mohd pun kelihatan sugul.
Aku pendekkan cerita, masalah yang Mohd berdepan adalah bekas isterinya masih cuba untuk berbaik dengannya tetapi dia memang sudah beri kata putus.
Dan bekas isterinya tidak mahu beri kerjasama pasal kandungan tu. Mohd kerap kali bertanya pasal kandungan. ’berapa bulan?’ pastinya dia akan bertanggunjawan jika benar itu anaknya.
Pasti pembaca sekalian tertanya, kenapa timbul persoalan ‘jika itu anaknya’.
Ya, ada keraguan kerana mereka berpisah pada Jan dimana isterinya dalam keadaan haid ketika itu.
Feb isterinya kedatangan haid untuk kiraan suci kali pertama. Sepatutnya haid pada March adalah suci kali kedua dan April adalah terakhir bulan iddahnya. Bekas isterinya sekarang beritahu Mohd dia mengandung 4 bulan.
Mohd berkira kemungkinan ada tapi ada sedikit keraguan tetapi dia tidak nafikan.
Kami berbincang dan sepakat untuk hilangkan keraguan dan memastikan nasab keturunan untuk buat DNA.
Tetapi masalahnya bekas isterinya langsung tidak mahu beri kerjasama. Yang dia lakukan hanyalah menganggu Mohd dengan menghantar sms mengatakan Mohd abaikan dia kerana Mohd menolak untuk tinggal bersamanya dalm tempoh iddah.
Bekas isterinya masih tinggal die rumah Mohd.
Mohd setiap hari cuba hubungi bekas isterinya untuk ke hospital. Jika masih belum buka buku pink, Mohd mahu sama-sama kerana tanggunjawab.
Masa berlalu pergi. Sampai sekarang bekas isterinya masih lagi menolak untuk berjumpa.
Mohd tak tahu betul ke bekas isterinya mengandung kerana dia juga mahu tahu tempoh iddah selesai.
Setelah fikir dan fikir. Mohd kebuntuan. Jalan akhir adalah, Mohd hubungi adik adik bekas isterinya.
Adik adiknya terkejut megatakan mereka tak tahu perihal yang kakak mereka mengandung.
Mohd hubungi bekas ayah mertuanya. Pun jawapan yang sama. Bekas ayah mertuanya beritahu dia tidak menahu dan masa balik raya, tidak ada kedengaran berita anaknya mengandung.
Pelik, jika benar. Pasti keluarga akan tahu lagi bekas isteri Mohd dalam tempoh iddah.
Bekas mertua Mohd beri janji yang mereka akan selesaikan hal ini dan tak akan biarkan Mohd tergantung.
Untuk pembaca sekalian, apa pendapat kalian mengenai status kandungan isteri Mohd?Aku sebenarnya buntu. Aku dan Mohd memang merancang untuk ke fasa seterusnya.
Maafkan aku jika jalan cerita tak seindah confessor lain sebab aku bukan lah seorang yang pandai mengarang.
Salam.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit