Salam semua, saya Timah, ini luahan saya. Saya dah berkahwin 12 tahun dan tiada anak. Awal awal kahwin pernah mengandung 2 kali, tapi itula, tak melekat, tak ada rezeki.
Reason being tak ada anak saya agak sebab suami bukan sejenis suka kan intimacy. Jadi sepanjang 12 tahun kahwin boleh kira rasanya berapa kali hubungan intim dilakukan.
Oh ya, last saya disentuh tahun 2015, sampai sekarang kami tak buat, bukan saya tak mau, saya akhir 30an, muda lagi ada nafsu, tapi suami yang pilih tak mau.
Awal awal dulu saya utara kan issue tu, tapi dia terasa agaknya, terus dia pilih untuk boikot saya, sampai lah sekarang.
Mesti pembaca pelik kenapa saya tak tuntut fasakh?
Sebab saya anggap itu kifarah dosa saya yang lepas, saya pendosa, kalau dengan apa jadi pada saya sekarang ini bolehkan Tuhan untuk ampuni saya, saya redha.
Sebelum jumpa suami, saya ada hubungan dengan suami orang, dekat 2 tahun, hubungan yang macam suami isteri, masa tu memang tak ingat Tuhan, tak ingat mak ayah tak ingat segala, terlalu consume dengan cinta saya pada si dia.
Saya mati mati ingat dia cinta sayang saya, punca putus sebab saya suka nagging dia dalam whatsapp dan dia tak suka.
Ex saya dah pesan banyak kali jangan buat tapi being in a such relationship saya sangat insecure dan selalu overthinking, sudahnya ex tinggalkan saya buta buta macam tu.
Saya? Jangan cakapla, dah macam orang tak betul, nasib iman masih ada dalam diri, sedar diri penuh dosa yang hina, tak taubat tiba tiba pilih nak mati.
Setahun kemudian saya jumpa suami, dia terus ajak kahwin, bawa jumpa family, beli cincin, saya tak fikir panjang, terus accept, saya fikir, oh finally i boleh lupakan ex saya. Ada orang sudi terima saya seadanya.
Saya cerita pasal ex saya pada suami dan dia maklum. Reaksi suami pada cerita saya dan ex? Suami cuma cakap, hek eleh. Itu pun nak sedih beria!
Ex dan wife dia? Bercerai juga, sebab saya dimaklumkan dari dulu lagi perkahwinan mereka ada masalah.
Tak apalah saya dah move on, dah kahwin pun. Tapi itulah, dah kahwin, ujian saya begini pula, sepanjang 12 tahun kahwin walaupun saya tak dinafkahi sebetulnya dengan suami saya tak pernah membirah dengan lelaki lain.
Hidup saya kerja, balik rumah, kemas rumah, masak, tengok tv, weekend balik rumah parents saya.
Suami buat hal dia saya buat hal saya. Saya cuba goda goda suami, pakai lingerie sexy hmm suami tak hairan langsung.
Time nak bersiap kerja saya saja berhias beria, makeup bagai, konon nak kasi suami jealous. Sama juga reaksinya.
Kami tetap tidur asing dan buat hal sendiri dalam rumah. Akhirnya saya penat saya terima saja marriage life saya macam ini.
Macam yang saya cakapkan awal awal tadi, saya redha itu kifarah dosa saya.
Namun last 2 months, saya mula tertanya tanya sampai bila nak macam ni, saya dan suami cuma housemates, only existing, kat luar nampak macam lovely couple, hakikatnya kami berdua saja yang tahu.
Saya berfikir dan akhirnya tak tahan saya luahkan pada bestfriend saya. Menangis bestfriend dengar kisah saya, dia maklum juga berkenaan ex saya tu.
Bf saya maklumkan patutla muka saya macam memendam benda yang berat sangat. Dia maklumkan sesuatu juga yang buat saya tersentak.
Timah, kau sedar tak, laki kau tu dah menidakkan hak kau untuk dapat zuriat, kenapa kau sanggup tunggu sampai berbelas tahun, kau muda lagi kenapa stayed in the marriage?
Saya? Saya cuma tunduk nangis dan bagi alasan sama, kifarah dosa aku beb.
Dosa aku besar, entah Tuhan ampunkan ke tidak. Bf saya hanya mampu geleng kepala, kau dah taubat nasuha, dah insaf, move forward, kau berhak bahagia. Kau fikir pasal dosa, kifarah, ex and laki kau ada fikir pasal semua tu ke?
Kenapa nak seksa diri pasal lelaki tak guna semua tu? Kau muda lagi, tak kan sampai mati nak hidup sedih menangis? Saya hanya mampu menangis sahaja. Bf suruh minta fasakh.
Saya tahu saya ada hak tapi deep down inside saya masih fikirkan suami.
Bila dah kahwin suami tu kan dah jadi macam family. Walaupun cinta sayang dah tak ada, tapi saya masih fikirkan kebajikan dia.
Kalau minta cerai apa jadi pada suami? Parents dah tak ada, adik beradik dah ada family masing masing. Nanti cuti or raya dia sorang sorang, kasihan pula saya fikir.
Bf saya suruh saya fikirkan diri saya pula. Dia cakap, sudah sudahla Timah.
Oh ya last week saya terserempak dengan ex saya, lepas 14 tahun tak pernah jumpa. Dia terkejut nampak saya, saya terkujat tengok dia.
Ex cuma tenung saja tak berkelip, saya mula2 balas pandangan nya, tapi sebab sedar diri masih bini orang, saya melangkah jauh dari kawasan tu.
Saya masih dalam dilemma, patutkah minta cerai. Atau terima sahaja keadaan diri saya atas asbab kifarah dosa saya?
Tengok muka suami, kasihan pula, tapi itula dia ada ke kasihan pada saya?
– Timah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit