Dalam Dompet Ada RM1

Assalamualaikum wbt. Terima kasih admin jika coretan aku ini disiarkan. Harapnya tersiarlah. Aku hanya nak menyatakan apa yang terbuku di hati. Dan memberi beberapa nasihat. Moga bermanfaat!

Aku masih belajar di sebuah ipta di Malaysia. Bukan peminjam ptptn dan bukan pelajar bertuah yang dapat tajaan. Bukan aku nak meraih simpati dekat orang untuk bagi aku duit, Cuma aku nak luah serba sedikit mengenai “habits” para pelajar yang kadang-kadang aku rasa melampau dalam berbelanja.

Aku tidak dibesarkan dengan kemewahan. Keluarga aku biasa-biasa je. Tak susah, tak kaya, hanya bersederhana. Waktu masuk uni dulu, mak aku dah pesan, kalau boleh jangan buat pinjaman samada ptptn ke ape ke, kalau rasa terdesak sangat baru apply. Selagi ayah boleh tanggung, ayah tanggung. Bila mak aku kata gitu, aku ok jela.

Ok panjang pulak intro, aku sebenarnya nak cerita, sepanjang aku berada di uni ni, aku terjumpa la satu spesis students yang suka membazir. Bukan biasa biasa membazirnya. Kalau bab makan, order macam-macam, tapi tak dihabiskan jugak. Nafsu mengatasi segalanya. Kalau bab bergaya, kalah putera di raja. Duit habis tahu pulak mintak dekat mak ayah. Walaupun dapat pinjaman, tak sampai sebulan dah habis berbelanja. Bila ditegur, dikatanya ptptn mana cukup bro. yessss, memang tak cukup,kalau kau tak reti berjimat!

Aku bukanlah nak mengata student yang amik pinjaman, Cuma nak tegur beberapa perkara yang patut korang dan aku sendiri sebagai student tahu, bukan senang nak cari duit. Tapi kita senang-senang je mintak dekat parents, mereka bersusah payah cari duit, kita senang-senang je berjoli. Jadi dekat sini aku nak listkan beberapa perkara, yang aku rasa perlu ada dalam diri setiap students untuk menjiwai perasaan parents korang yang susah payah cari duit dan membuat pelaburan yang baik mengenai kewangan.

1. Waktu kau belajar, which is jadi student, kau cuba la cari kerja part time, biar masa kau dkt uni berisi sikit dengan rasa susah. Kau kerja bukan untuk dapat duit semata, tapi untuk merasai apa yang parents korang rasa. Susahnya nak survive untuk hidup, di samping korang akan dapat pengalaman jadi kuli. Takpayah sibuk-sibuk join program sana program sini dekat uni, join sikit-sikit dahla, ini kalau semua program kau join, memangla kau busy memanjang, memang tak sempat la nak buat kerja part time.

2. Cuba lah kau buat budget line mengenai kewangan. Buat anggaran sehari makan berapa ringgit. Contoh sehari RM10 kalau sebulan RM10X30= rm300. Ya aku tahu memang kebanyakan student akan buat menda ni setiap hari. tapi kadang-kadang anggaran yang kita buat tu mesti lari. Daripada RM300 sebulan mesti akan lari ke RM400 lebih. Itu baru bab makan. Jadi lagi baik kalau kau target sehari RM5 kalau sebulan RM5x30=RM150. Walaupun kau rasa RM5 sehari tu terlalu sikit bagi kau, tapi percayalah kau mampu untuk belanja makan sebanyak itu sehari. Walaupun nanti memang akan lari sikit budgetnya mungkin jadi RM250 lebih sebulan. Sebabtu kau kena bajet sikit, kalau lebih sikit pon takpe sebab kau dah kurangkan perbelanjaan kau.

3. Derma. Nampak macam clise tapi kalau kau betul-betul yakin dengan janji Allah, pasti kau takkan kedekut untuk infakkan harta di jalanNya. Jangan mengharapkan kau derma duit Allah bagi kau duit, tapi cuba kau derma duit, tapi kau rasa apa kebaikan yang kau dapat buat lepas kau derma, adalah asbab daripada kau derma. Contoh, harini kau masukkan duit dalam tabung masjid, lepastu esoknya kau rasa senang nak bangun tahajud, kau rasa senang masuk bila belajar, kau rasa senang je nak pergi solat jemaah dekat masjid, bila kau rasa macam tu, cuba kau ekspresikan rasa syukur tu dengan perasaan bahawa Allah permudahkan aku untuk beribadah harini mungkin sebab aku derma semalam. Mesti kau rasa nak derma lagi. Yang penting ikhlas tu mesti ada. Kalau takde cuba cari ! Tapi jangan khususkan untuk derma sahaja, cuba setiap kebaikan yang kita lakukan kita kaitkan pula dengan kebaikan yang lain. Mungkin asbab aku buat kebaikan tu, Allah beri lagi peluang kepada aku untuk amal kebaikan yang lain. Cuba hadam. Dan amal. insyaAllah hidup tenang.

4. Jangan kedekut dengan kawan. Kalau kau pergi makan dengan kawan, tetiba time nak bayar kawan kau tak cukup duit, takpayah berat sangat nak tolong bayarkan. Walaupun kadang-kadang kawan kau akan kata,aku pinjam dulu, kau just diamkan je. Dalam hati niat nak sedekah dekat dia. Nanti bila dia dah cucuk duit, then pulangkan balik duit tu dekat hang, takpayahlah nak amik. Anggap je itu rezeki dia. Kalau dia memaksa sangat takpelah amik jelah. Bila kita pulak susah nanti mungkin Allah hantar dia untuk tolong kita. Ingat satu je, cuba buat kebaikan walau sekecil apapun, sebab kita tak tahu kebaikan apa yang membawa kita ke syurga. Mungkin satu kebaikan tu nampak kecil, tapi besar nilainya di sisi Allah.

Itu je kot yang aku nak share. Harapnya ada la jugak input yang berguna. Nak pesan, belajar urus kewangan dengan baik. Baru jadi student, nanti dah kahwin dah jadi suami orang isteri orang bapak orang lagi kena bijak mengurus. Kalau jadi student pon tak pandai urus, fikir sendiri la cemana nanti nak urus kewangan keluarga sendiri bila dah kahwin. Kalau ada apa-apa nak tambah, tambah. Moga bermanfaat !

– Zar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit