Assalamualaikum semua. Aku baru je berhenti kerja bulan lepas. Entah lah, mungkin orang akan kata aku bodoh sebab sekarang susah nak dapat kerja. Apa yang aku kongsikan sekadar pendapat dan pandangan cetek aku. Mana yang silap, mohon betulkan.
Aku pernah bekerja sebelum ni di sebuah syarikat kecil. Overall, apa yang aku boleh describe pasal company ni, dorang distribute sumber yang berbentuk fakta kepada syarikat-syarikat yang lebih besar. Job yang perlu aku lakukan ialah brainstorm idea, persembahkan dalam bentuk penulisan dan hantar penulisan tersebut kepada syarikat-syarikat besar tadi. Nampak simple kan? Tapi otak kena bekerja 24 jam. Waktu kerja tak menentu. Sentiasa alert untuk on call, dah macam doktor dah aku rasa.
Mula-mula tu aku terima je since aku masih muda. Masih bujang, tak terlalu banyak komitmen. Walaupun sebenarnya gaji yang ditawarkan agak rendah. Gaji kerani lagi besar daripada gaji aku kot. Tapi aku motivasikan diri aku dengan niat nak cari pengalaman.
Bila dah genap setahun bekerja, aku cuba buat semula checklist apa yang aku dapat daripada company ni.
Kelebihan
1) Pengalaman baru yang aku takkan dapat di tempat lain
2) Aku lebih peka dengan pengetahuan dan isu semasa
3) Aku dapat bantu orang yang dalam kesusahan
Kekurangan
1) Aku tak pernah dapat cuti yang proper. Walaupun public holiday, aku kena datang jugak. Pernah sekali aku nak sarapan dengan mak ayah aku untuk sambut anniversary dorang. Masa tu belum masuk waktu office hour lagi walaupun time tu cuti Hari Wesak tak silap aku. Boss aku dah call aku maki-maki tanya bila nak masuk ofis. Bila dah datang, ofis kosong. Tak tahu nak describe rasa hampa tu macam mana. Majikan aku tak pernah bagi notis cuti. Walau apa pun, prinsipnya pekerja kena datang ofis even waktu cuti pun terutamanya untuk aku memandangkan aku yang perlu brainstorm segala idea dan kumpul bahan kerja untuk ditulis. Aku tak kisah bekerja waktu kerja, tapi aku agak dan kadang-kadang sangat kisah apabila waktu cuti aku pun diganggu.
2) MC yang tak boleh digunapakai. Pernah aku dapat MC drpd doktor, tapi majikan aku bagi arahan suruh datang jugak kerja sebab memerlukan idea dan tenaga kerja aku. Aku pernah tanya pihak pengurusan, jawapannya tak ada undang-undang yang menyatakan kalau ada MC, pekerja tak perlu datang kerja. Sekiranya majikan memberikan arahan, pekerja perlu patuh dan bekerja macam biasa walaupun ada official MC. Aku pernah bekerja tiga hari berturut-turut dalam keadaan kaki yang terseliuh sampai membengkak kaki disebabkan terlalu banyak angin yang masuk. Masa tu usahkan MC, nak minta kebenaran untuk berurut pun tak diberi peluang. Kaki membengkak orang boleh nampak, hati yang bengkak, siapa yang tahu?
3) Tiada istilah penghargaan terhadap pekerja. Takde elaun OT, elaun tambahan, bonus jauh sekali. Walaupun dah banyak kali aku bekerja lebih dari 24 jam, tak tidur seharian. Nak dengar pujian, jauh sekali dan memang aku tak mengharapkan pun since aku bukanlah kaki ampu yang pandai membodek majikan.
4) Officemate yang gilakan duit. Banyak perkara aku bergaduh dengan mamat tiga suku ni pasal duit. Aku faham, bila pergi mana-mana majlis yang melibatkan orang kenamaan, memang akan dapat duit. Tapi tolonglah, jangan hanya kerana duit jadi hilang pertimbangan dan hilang akal. Masa tu lah kononnya nak tunjukkan senioriti sebab aku tak ikut arahan dia. Memang kita perlukan duit tambahan since company memang tak pernah bagi apa-apa elaun tambahan. Tapi kalau kita attend sesuatu tempat atau majlis hanya kerana nak kejar duit, dalam keadaan pihak atasan tak tahu-menahu dan kerja yang tunggang-langgang, jadilah kita hamba duit dan kebendaan. Maruah mana maruah?
5) Senioriti yang melampau. Ada apa dengan senioriti? Adakah dengan senioriti membolehkan kita untuk buat semua perkara sesuka hati. Sejujurnya, aku boleh katakan senior tempat kerja aku banyak membuli dari segi emosi. Bagi aku, buli secara emosi lebih menyakitkan dan lukanya lebih dalam berbanding dibuli secara fizikal. Setiap kali aku tak patuh arahan dia, modus operandinya, sebarkan keburukan tentang aku. Entah lah, bagi aku peranan senior memberikan tunjuk ajar, bukannya bersikap seperti kurang diajar. Aku rasa aku tak perlu patuh terhadap arahan yang melanggar etika kerja dan kehendak peribadi untuk kepentingan diri dia sendiri. Kan?
Aku tahu setiap tempat kerja ada cabarannya. Aku tak nafikan untuk itu. Cuma kadang-kadang terkilan dengan sesetengah sikap majikan dan kawan sekerja yang terlalu mengambil kesempatan. Dalam kita kesusahan, diambil kesenangan untuk mereka sendiri. Bila diingat semula, majikan aku pernah dengan bangganya bercerita pendapatan bulanan syarikat mencecah ratusan ribu. Tapi kebajikan pekerja terabai seolah-olah syarikat tengah tunggu masa untuk gulung tikar. Betul apa yang nenek aku kata. Manusia bila makin banyak harta, makin kedekut untuk memberi. Duit melimpah-ruah, tapi keberkatan dalam rezeki entah ke mana.
Bagi aku kepuasan bekerja dan kebajikan pekerja sangat penting untuk sesebuah syarikat mendapat hasil serta pulangan yang baik. Kedua-dua perkara ini secara tak langsung memberikan motivasi kepada pekerja untuk terus berkhidmat dalam sesebuah syarikat dengan menunjukkan prestasi yang baik secara konsisten. Mungkin perkara sekecil ini yang majikan selalu terlepas pandang. Beri penghargaan tak perlu selalu, tetapi apabila diperlukan oleh pekerja. Betapa ramai generasi muda yang mengalami depresi kerana tekanan kerja yang akhirnya membawa kepada kemusnahan moral, keruntuhan keluarga dan tiada keinginan untuk meneruskan hidup.
Kalau orang kata lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, selain daripada itu, bukankah pekerja yang baik untuk majikan yang baik?
– Temah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit