Dalam Memahami Ujian Hidup Kita

Ehem. Bismillah.

Ada seorang ibu yang sedang memotong cili di dapur, kemudian anaknya yang baru berumur 2 tahun datang mencapai cili tersebut dan cuba menggigitnya. Si ibu sempat menangkap tangan anaknya, mengambil cili itu dan meletakkannya lebih jauh, jauh dari gapaian anaknya. Si anak teresak kecil sebab geram melihat cili yang merah lagi menggoda itu jauh daripada gapaiannya. Si ibu cuma berkata, “Jangan..pedas tu, nanti kalau gigit, mesti nangis lagi teruk.”

**
Kenapa confession yang korang baca kali ni lain macam permulaanya, saja saya mula macam tu supaya nampak cool sikit. Haha. Tak lah. Supaya korang lebih mudah faham apa yang saya nak kongsikan ini.

Korang boleh kenali saya sebagai A. Apa yang saya nak tulis ini bukanlah pengakuan sangat pun, tapi lebih kepada perkongsian, (nak kata nasihat, saya tak lah layak mana) dalam memahami ujian-ujian yang kita lalui dalam hidup.
Semua orang ada ujian masing-masing kan. Ada yang Allah uji lemah dalam dalam pelajaran, ada dalam kewangan, ada dalam kesihatan, ada dalam pangkat dan kekuasaan, ada juga dalam hal hati dan hubungan. Maka sebab ini confession, tak rock-lah kalau saya tak share confession saya sikit kan. Ok, mungkin bagi saya (dalam umur yang tak seberapa ini) ujian saya dalam hal yang last tadi. Cuba tengok last tadi ujian apa saya tulis.

Yap. Betul, tepat sekali. Hal hati dan hubungan. Bukan saya sahaja kan. Korang yang membaca pun, malah berapa ramai lagi mereka kat luar sana (hatta, mereka yang tak tahu pun kewujudan page confession ni) yang menghadapi situasi yang sama. Jadi tak perlu lah kata, tak tertanggung rasanya perih pedih hati ini, tiada sapa yang memahami, hanya aku sendirian di negara sepi ini (apa-apa an ini). Tak perlu macam tu, banyak ja orang rasa, cuma tak semua menzahirkan. Gua pun sama. I feel you bro.

Cerita saya mungkin kisah cinta budak-budak yang baru suka-suka berjinak-jinak masuk dalam lembah cinta monyet merangkap dunia yang paling berbahaya jika salah menanggapinya. Lama dah tu, emm..7 ke 8 tahun lepas. 2009. Korang kira lah sendiri. Saya jatuh hati pada seseorang ni. Dah nak buat macam mana, dah terjatuh hati tu, jatuh jugalah. Tiada apa yang istimewa sangat pun, setakat suka-suka macam tu sahaja lah. Tak jauh mana pun hubungan tu. Tapi lama jugalah berkawannya.

Cuma salah saya juga sebab memulakan. Kalau saya diam-diam suka pandang dari jauh ja. Tidak lah seteruk mana jadinya. Jadi dipendekkan cerita, orang yang saya suka tu rupanya berhubungan dengan orang lain. Bukan sorang tau, emm.. mungkin dua, mungkin tiga, ke empat orang. Haha. Saya tak pasti. Sebab saya cuba tak ambil tahu pada awalnya sebab dia layan saya baik macam biasa. Jadi saya anggap, jangan fikir bukan-bukan, mungkin tu semua kawan-kawan dia.

Sampailah saya nampak gambar orang lain dalam FB, then, saya tahu dah lah. It’s enough A. Kata hati saya. Mula-mula heartbreak siapa yang tak meroyan bro. Semua sendi-sendi lemah macam hilang fungsi. Teruk juga lah keadaan saya waktu itu. Dalam 2 3 bulan first tu, setiap kali bangun saya harap yang gambar saya nampak tu cuma mimpi. Bila bangun tidur, sesak rasa hati bila teringat yang itu bukan mimpi. Susut badan macam apa. (Dah la saya tinggi, tak ke melayang jadinya bila bawa motor. Haha)

Makan tidur tak peduli. Dah la time tu final year projek. Lagi lah. Lagi lah. Kalau tiada pegangan agama, entah apa jadinya. Saya tak cerita pada siapa-siapa. Buat rilek buat pis ja depan orang. Bila sorang, bila solat. Time tu Allah sahaja tahu. Cuma saya ingat ada sekali waktu solat kat surau, kawan saya perasan saya lain macam. Dia tegur tanya kenapa. Time tu sendu juga lah. (Perhatian: Kalau kawan tu nampak macam ada masalah, janganlah tanya macam tu, confirm syahdu nanti kawan tu.)

Namun sebab Allah masih sayang, saya rasa semua ni jadi sebab Allah sayang saya ja. Perlahan-lahan saya nampak hikmah. Saya tak fokus sangat pasal si dia tu. Saya lebih fokus pada diri sendiri. Pada salah saya sebab memulakan untuk berkawan, pada salah saya sebab tak kuat jaga hati, pada salah saya sebab terlalu percaya dan bagi peluang pada dia, pada kesalahan-kesalahan saya yang mungkin abaikan Allah dan tanggungjawab lain sepanjang berkawan. Saya salah kan diri sendiri.

Ya, perbuatan dia yang salah itu tetap salah. Tapi saya tak boleh buat apa-apa tentang itu kan. Jangan diberatkan pun fikiran kita tentang dia dan kesalahannya. Tak kan pula saya nak balas kesalahan dia dengan kesalahan-kesalahan lain lagi. Orang buat salah jangan dibalas salah, kita doakan. Dalam fasa mengatasi heartbreak tu, saya pulang pada Allah. Biasalah manusia kan, kalau tak dijentik sikit, degil tak nak dengar. Jadi bila diuji tu, pulang pada Dia. Betul-betul pulang pada Dia. Pulang sepenuhnya.

Allah jentik tu sebab nak selamatkan kita daripada keburukan yang lebih teruk pada masa hadapan. Sama macam ibu yang rampas cili dari anaknya tadi tu (Now, korang tahu kenapa saya cerita pasal anak kecil dengan cili tu tadi. It’s an analogy. Korang fikirlah dalam-dalam). Kenapa manusia merasa pedih dengan ujian? Satu sahaja sebabnya, sebab mereka belum faham hikmahnya. Kalau faham, manusia tak kan berbunyi pun atas apa yang Allah dah aturkan untuk mereka. Tenang-tenang sahaja jadinya.

Normal manusia kalau diuji, dia akan react. Dia akan bertindak balas. Sama ada responnya positif atau negatif, itu bergantung akhlak, ilmu dan imannya. Tapi cuba lepas ni, bila diuji, tenang dulu. Pujuk hati, tenang wahai diri, perkara ini baru jadi, kau cuma masih terkejut, sabar. Jumpa Allah sekejap, doa dan minta petunjukNya dan lepas tu baru bagi reaction dan buat keputusan. Sebab apa pun keputusan yang dibuat lepas tu, adalah perkara yang lebih waras sebab dah dipertimbangkan dengan hati.

Sekarang cuba fikirkan apa ujian yang kita sedang hadapi saat ini. Cuba cari apa kebaikan disebaliknya. Jangan kata tiada. Cari sampai ada. Kalau tiada tu, itu masalah hati kita yang asyik sangka buruk pada Allah. Masalah hati kita yang tak pernah nampak benda baik dalam apa yang Allah atur. Masalah hati kita yang tak mahu mengaku kelemahan diri, asyik salahkan perkara atau orang lain (amekau). Apa-apa jadi, salah kan diri kita dahulu, minta ampun dengan Allah dahulu. Then, lepas tu baru fikirkan perkara lain.

Percayalah.. Lepas beberapa lama menghadap, mempelajari, menghadam dan mengamalkan hal-hal ini. Nanti korang tak kan rasa berat dalam menghadapi ujian hidup. Datanglah apa ujian pun, bila hati dah yakin pada Allah, korang akan rasa..takpa, Allah yang atur. Pasti baik-baik ja. Tiada dah rasa gelabah, sedih, marah, apa tah lagi meroyan tak tentu hala tu. Korang rasa tenang ja. Tak ke best gila ada hati macam tu. Serius oi, best. Itu lah yang saya rasakan sekarang.

Memanglah akan ambil masa, memanglah akan jatuh bangun, tapi terus berjalan. Pernah dengar quote, “ I thought about quitting, but then I noticed who was watching.” Allah is watching sahabat-sahabat. Jangan stop. Untuk saya, saya ambil 4-5 tahun untuk betul-betul faham hal ini. Tapi bila dah faham, nikmatnya Allah sahaja yang tahu. Sedih tu bukan dalam kamus hidup kita dah. Indah hidup bila hati kita macam tu.

Kesan sampingan pasti ada, tapi carilah perkara lain untuk mengatasinya. Contoh saya sampai sekarang, saya tak boleh tengok/baca cerita, drama, lagu ke apa pasal kes curang-curang atau main kayu tiga ni. Ada sikit macam pedih yang jauh dalam hati saya bila terlihat benda-benda macam tu. Jadi saya hindarkan. Sampai sekarang juga saya tak boleh nak sebut nama orang yang sama dengan si dia yang saya kenal tu. Bila dengar nama tu ada macam sikit ‘ting’ dalam hati saya. Jadi saya hindarkan juga.

Even sekali sekala, saya akan terjaga tengah malam sedih tak tentu pasal yang jauh-jauh dalam hati saya, saya tahu saya mungkin teringat pada dia. Jadi saya gantikan dengan doa-doa untuk dia. Mungkin itu sikap masing-masing lah. Mungkin salah saya yang jenis kalau suka, saya suka satu sahaja. Sepenuh hati saya suka. Jadi bila dikecewakan tu, teruk sangat kesannya.

Kawan-kawan pula yang risau tengok saya macam tak peduli sangat pasal hal hubungan-hubungan ni dah (jangan risau kawan-kawan, gua masih straight ok). Cuma hal hati, Allah yang atur. Sama macam waktu saya jatuh hati dulu, Allah yang atur, jadi bila saya dah tawar hati ini Allah juga yang atur.

Buat masa ni, saya doa sahaja dapat jalankan amanah sebagai hamba, sebagai, anak, sebagai sahabat sebaiknya. Hal-hal lain, Allah atur. Saya nak minta apa-apa pun saya tak tahu apa yang baik untuk saya, Allah sahaja yang tahu. Untuk mereka yang membaca, saya tahu korang pun ada ujian masing-masing kan. Jangan rasa diri sendirian. Tiada siapa sendirian. Korang cuma perlu betul-betul kuatkan pergantungan dan yakin pada Allah.

Jangan pada hal-hal dunia. Sebab perkara-perkara yang duniawi nanti akan meninggalkan kita. Yakin ya. Kuat ya. Saya doakan kalian kuat, saya doakan kalian dapat hati yang betul-betul yakin pada Allah. Banyakkan istigfar dan solat taubat kalau tak tahu nak mulakan dari mana. Nanti secara ajaibnya Allah sendiri akan tunjukkan jalanNya. Kita milik Allah, mereka milik Allah, ujian-ujian kita milik Allah, syurga neraka milik Allah. Jadi apa nak dirisaukan kalau kita sudah serahkan segalanya pada pemilik segalanya.

Sampai sini sahaja kot perkongsiang saya. Harap adalah hati yang dapat saya bantu. Hidup yang singkat ini kita nikmati sebaiknya. Jangan diberatkan dengan perkara diluar kekuasaan kita. Yang kita boleh kawal cuma diri kita sendiri sahaja. Akhir kata,

“He really got a beautiful mind and heart.”

“You didn’t know, that he paid a hell of price to get it.”

=)

– Yang ikhlas mengharapkan lebih ramai orang memahami ujian, A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit