Assalamualaikum & salam sejahtera. Terima kasih kepada IIUM Confession kerana sudi menyiarkan apa yang bakal saya share ni. ” Dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain”. Pernah dengar tak ayat camni?
Saya seorang anak perempuan berusia 28 tahun yang bekerja jauh daripada keluarga. Bekerja di sebuah syarikat yang boleh dikatakan GAH jugak. Alhamdulillah. Menyewa dengan 2 orang lagi rakan serumah yang masih membujang macam saya. Salah seorang kawan saya sentiasa mengeluh ( kalau kami borak2 mesti dia akan terkeluar ayat macam ni) ” untung la sapa yang kerja gaji besar, tak payah fikir masalah duit. Mesti boleh beli apa yang nak, dan buat macam2″.
Bila saya dengar ayat macam ni saya terus senyum. Saya tak mahu membalas apa2 sebab takut dia terasa. Kalau nak dibandingkan gaji saya 3 kali ganda gaji dia. Tapi saya tak pernah bercakap soal gaji. Tapi kat sini saya cuma nak cakap jangan anggap semua orang yang kerja gaji besar, semua gaji dapat kat dia dan dia boleh buat sesuka hati. Taklah…
Saya share pengalaman sendiri, walaupun gaji saya hampir mencecah 4k setiap bulan ( kiranya da banyak la bagi orang yang tak kawin lagi macam saya), tapi banyak komitment yang ada. Rezeki tu dibahagi bahagikan. Sebulan kalau kira hanya berapa ratus je dapat kat saya. Tapi alhamdulillah duit sentiasa cukup.
Tiap2 bulan bila dapat saja gaji benda pertama yang saya buat bank in kat emak kat kampung dan asingkan siap2 perbelanjaan rumah emak kat kampung. Lepas tu tolak semua hutang2 yang ada contohnya umah sewa, bil2, kereta, ptptn, prudential, kutu. Lepas tu asingkan duit perbelanjaan untuk kucing peliharaan, duit sedekah bulan tu, duit simpan. Last2 tinggal la duit untuk makan, minyak dan keperluan sendiri. Kadang2 duit tu tinggal ciput je dalam rm300 untuk sebulan untuk perbelanjaan sendiri. Tapi walaupun duit ciput saya tetap berusaha supaya duit cukup sampai ke gaji seterusnya. Bagaimana? kadang2 puasa, kadang2 ikat perut, jangan keluar ke tempat yang boleh menghabiskan duit seperti keluar gi mall & so on.
See… Dalam rezeki kita ada terselit rezeki orang lain. Gaji saya bukan untuk saya sorang saja, tapi untuk ramai orang jugak. Tapi takpela semua orang ada jalan hidup masing2. Terserah kepada kita untuk bersyukur atau merungut. Semoga rezeki yang kita dapat sentiasa diberkati dan sentiasa mencukupi. Inshaallah.
Sekian perkongsian saya yang tak seberapa ni. Renung renungkanlah!
Ikhlas,
Ms M
– Ms M
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit