Dalam Rezeki Kita, Ada Rezeki Orang Lain

Kita selalu mengeluh, kenapa duit tak pernah cukup? Duit selalu melayang kepada benda2 yang tak sepatutnya. Kereta, motor, hampir setiap mingu rosak. Tapi pernah kita fikir mana silap kita? Sedangkan duit kita hari2 masuk. Tapi, yang keluar banyak dari masuk. Cuba renung. Cuba fikir.
.
Mesti ramai yang dah ada jawapan bukan? Pernah duit yang kita dapat, gaji yang kita dapat, kita bg pada mak ayah? Ya. Ada antara kita mak ayah mampu. Duit tak habis. Tapi, apa salahnya kita bagi mak ayah merasa penat lelah kitA. Salah satu keberkatan rezeki adalah berpunca dari mak ayah. redha mak ayah, redha lah allah pada kita. Mereka tak pernah mengharap,tapi apa salahnya kalau menghulur.
.
Percaya tak kalau saya cakap, pintu rezeki kita akan terbuka luas apabila membahgiakan mak ayah. Duit memang bukan segalanya. Dan membahagiakan tak semestinya dengan wang ringgit. Tingkah laku kita yang baik pun mampu membahagiakan mak ayah kita. Kadang2 mak ayah ni, bila dah tua duit memang dah tak penting. Tapi, masa dengan anak cucu tu lebih bernilai dari wang.
.
Selai dari mak ayah, rezeki yang kita dapat tu bukan milik kita sahaja. Rezeki anak2. Ada anak2, tolong jangan berkira dengan anak2. Terutamanya bab makan pakai. Kenapa kita nak menidakkan rezeki kita sedangkan mereka punca rezeki kita. Mereka amanah kita. Mereka berhak dapat apa yang sepatutnya mereka dapat. Tapi, kita sebagai ibu bapa perlu ikut kemampuan. Masa anak2 kecil la kita nak mencorak tindakan mereka apbila kita tua kelak.
.
Pesan saya, nak murah rezeki jangan berkira dengan orang sekeliling. Dalam rezeki yg kita dapat, memang akan terselit rezeki orang lain. Allah tak pernah kata yang kita akan jatuh miskin apabila kita pemurah dengan orang sekeliling.jangan berkira. Rajin2kan bersedekah. Insyallah allah lipatkan berkali2 rezeki pada kita.

– Fatihah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit