Dalam Setandan Pisang, Ada Juga Yang Busuk

Assalamualaikum semua. Aku masih berkira-kira sama ada ingin menulis atau tidak confession ini. Dah lama aku pendam actually. Tapi bila aku dah meningkat usia. Aku semakin boleh fikir dan inginkan pendapat untuk kurangkan rasa sakit hati aku yang sekian lama ini. Terima kasih kerana sudi siarkan confession ini.

Aku aiden (bukan nama sebenar). Ibu ayah aku telah berpencen. Aku anak bongsu dari lima beradik. 4 perempuan dan 1 lelaki. Lelaki adalah abang aku satu-satunya. Anak kedua dalam family. Alhamdulillah adik-beradik perempuan semua bekerja dalam bidang yang agak bagus. 3 pendidik (termasuk aku), dan satu adalah engineer.

Cuma abang aku.Dia kurang berjaya dalam pelajaran dan karier. Dalam hidup dia, dah berpuluh kali tukar kerja, dengan pelbagai alasan. Dia juga seorang yang susah bagun pagi. Dia pernah gagal dalam 2 perkahwinan dimana kedua-duanya kami adik beradik tak setuju masa ibu dan ayah beritahu dia ingin berkahwin.

Bayangkan ingin berkahwin tapi pinjam duit ibu ayah serta buat loan di bank. Apabila duit tak cukup (sebab selalu berhenti kerja) dia akan mula minta pinjam pada ibu. Dari kerja dispatch, kerja pembantu makmal sekolah, kerja under kerajaan (which is peluang yg bagus), kerja di klia dan sebagainya.Semuanya tak bertahan lama.

Jangan cakap ibu ayah tak pernah marah, dah berpuluh kali ibu ayah bebelkan abang.(bawa pergi berubat kampung pon pernah). Kami yang adik-beradik pon pernah tegur ibu ayah sebab selalu bagi dia pinjam duit. Tapi jawapan orang tua “selagi ibu ayah ada.Biarlah kami tolong dia. Dia anak kami, siapa sanggup nak biarkan” which is ayat yang kami semua dah tak mampu nak lawan atau bangkang sebab takut lukakan hati ibu ayah.

Aku tau ibu ayah dah banyak kali marah dan nasihatkan abang, pada masa yang sama mereka cuba sedaya upaya untuk bantu anak dia. Itulah pengorbanan kedua orang tua. Tapi abang??? Tak pernah insaf dan tak kesiankan orang tua kami. Itu yang membuatkan kami adik-beradik geram dan sakit hati dengan perangai dia. Umur sudah 30 lebih, tapi perangai tak berubah.

Yang latest tahun lepas, lepas abang berhenti kerja kat klia, dia bagitau hasrat dia nak buat grab. Ibu bagi pinjam kereta lama ibu untuk bagi dia mula buat grab. Kereta ibu kereta tahun 2008. Sesetengah grab taknak terima kereta lama sangat. Jadi dia dapat buat grab sekejap je sebab banyak feedback buruk dari customer contoh aircond kereta selalu mati, kereta ada berbunyi la. So dia kurang dapat untung dan dah tak boleh buat grab sebab kereta 2008 (yang ni aku tak sure sebab dia yg beritahu ibu macam ni).

Then ibu ayah decide nak beli satu lagi kereta atas nama ibu, untuk kegunaan abang teruskan buat grab. Kami adik-beradik bangkang habis sampai aku hampir gaduh dengan ibu ayah. Aku sangat takut percakapan aku boleh lukakan hati ibu ayah. Tapi percaya la aku selalu tegur mereka sebab aku kesiankan mereka. Tapi apa sangatlah suara dari si bongsu ini. Jarang didengar pendapatnya.

Ingat lagi masa tu, ayah call semua adik-beradik perempuan, and slow talk dalam phone. Terangkan kenapa mereka nak beli kereta dan bagi abang guna. Ayat ayah “ayah cuma nak bagi jorannya sahaja. Ikan nya biar abang cari sendiri”. Apalagi yang kami boleh kata bila ayah cakap macam tu.

Abang janji dengan duit hasil dia buat grab sungguh2, dia akan bayar duit bulanan kereta itu dan dia akan bagi ibu duit untuk ibu simpankan. Mula-2 memang okay alhamdulilah. Lama kelamaan mungkin sifat malas dan perasaan tiada tanggungjawab dia dari dulu tu menebal balik. Dan dia mula pinjam duit ibu lagi (yang ni aku taktahu ayah tau atau tidak). Bayangkan duit bulanan yg anak-2 perempuan bagi campur duit pencen mereka. Tapi banyak digunakan utk abang.

Allah je tau betapa sakitnya hati kami adik beradik dgn sikap abang. Dia sebagai anak lelaki patutnya lebih bantu ibu ayah, lebih bertanggungjawab. Tapi tidak. Kak long pon dah pernah tegur sikap abang, tapi macam tu je tak berubah. Kalau kalian tanya kenapa kami adik-beradik sendiri tak nak bagi dia pinjam duit? Jawapannya.Abang seolah macam tak wujud. Dalam group whatsapp family pon dia tak pernah respond. Tak pernah cuba whatsapp personal kami. Macam taknak ambil tau pasal kisah adik-beradik dia ni.

Dia akan balik rumah ibu ayah bila kami yg lain tak balik. Itupun jarang dia balik rumah ibu ayah. Katanya busy buat grab. Aku pernah bagi abang duit sikit untuk dia buat belanja mulakan grab. Tapi dia tak ada mesej aku cakap terima kasih. Cuma ibu yg wakilkan. Aku tau ibu nak sangat kami adik-beradik baik dengan abang. Tapi nak buat macam mana kalau dia sendiri yg jauhkan diri dan buat perangai lama dia tu.

Ibu selalu cuba nak tunjukkan abang baik didepan mata kami (niat ibu supaya kami tak benci abang) contohnya ibu kasi duit kat anak kakak dan cakap “ini duit abang kasi utk raisya” tapi sebenarnya kami tau tu duit ibu sendiri. Atau “abang balik tu nak tengok kau” (padahal abang tak ada pon masuk bilik aku untuk jumpa aku. Masa tu kaki aku baru lepas operation)

Sebagai adik, kadang aku sampai rasa hilang hormat pada abang. Dia seolah-olah hanya menyusahkan kedua orang tua aku. Aku sampai pernah berfikir “kalau abang tak pernah ada dalam dunia ini pon tak apa”. Aku tau ibu ayah dah letih, mereka pon dah makin tua. Cuma mampu berdoa semoga dia berubah. Dan ibu ayah sentiasa tak sampai hati nak biarkan dia. Nanti bila satu hari ibu ayah dah tak ada, macam mana hidup dia? Hidup seorang diri pon dia tak mampu nak uruskan apalagi nak berkeluarga ada isteri dan anak.

Kami adik-beradik pon dah habis kata. Aku harap kalian semua sama-2 doakan abang aku agar dia berubah, semoga dia rajin utk cari duit, dan tanamkan sifat tanggungjawab dia sebagai anak lelaki kepada ibu dan ayah. Terima kasih buat yg mendoakan. Semoga kalian dalam jagaan Allah swt.

– aiden

hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *