Dalam Tidur Aku

Assalamualaikum..

Terima kasih Admin approve cerita ni. Ini kisah pasal diri aku. Cerita aku tak la seram, tak meremang bulu roma pun. Cuma nak kongsi aja. Kawan-kawan sendiri tak tahu cerita sebalik hidup aku. Diorang cuma kenal Sya yang suka senyum, sopan, tak pernah marah orang, yang nampak tenang, macam tak ad amasalah. Tapi ada dark side aku yang aku sorokkan. Hanya family saja tahu.

Panggil aku Sya. Aku ni ada saka. Tapi aku tak tahu saka yang suka kacau tidur aku ni datang dari tok (nenek) atau tokwan(atuk). Sebab setahu aku arwah tokwan ada saka harimau yang jaga dia, saka berubat. Tapi tak pernah nampak tokwan menjamu pun. Cuma kalau orang kena rasuk hantu tokwan akan lupa diri. Akan masuk jin keturunan harimau untuk berubat, bila dah selesai, benda tu akan minta kemenyan supaya dia boleh keluar dari badan tokwan. Tapi tok aku cakap kat tokwan ada lagi ilmu lain. Maknanya ilmu baik dan ilmu tak baik. Apa pun arwah tokwan baik, suka tolong orang. Tak pernah dia sakitkan hati orang.

Aku pernah mimpi harimau tu. Tapi aku tak pasti la ini Cuma mainan tidur atau tak. Mimpi ni muncul lepas tokwan dah meninggal. Aku adalah cucu kesayangan dia. Aku pernah mimpi harimau tu sedih, tak ada sesiapa nak tengok dia. Dia dah tua. Ada juga aku mimpi aku dukung 3 ekor anak harimau yang comel. Tapi semua harimau dalam mimpi aku tu bulunya tak oren sangat, macam oren kelabu. Tapi harimau ni muncul kejap aja.

Selain harimau, ada aku mimpi benda lain lagi. Iaitu haiwan besar berbulu. Kalau mimpi dia ni selalunya suka marah-marah macam ganas sikit. Dia ni muncul bila ada budak kecil tu datang. Siapa budak kecil? Nanti aku cerita. Kalau mimpi dia ni, aku macam nak marah semua orang. (dalam mimpi aja la.) Dia selalunya suka nak melawan, nak musnahkan apa saja di depan dia. Termasuk hantu lain yang muncul. Sorry kalau pening. Aku tak tahu nak cerita macam mana. Sebab banyak sangat mimpi aku lalui.

Kedua benda ni aku tak takut lagi. Yang buat aku takut adalah nenek tua dan budak kecil dan sorang wanita muda yang hanya menjelma dalam mimpi tanpa berkata. Nenek tua tu Menyerupai tok aku. Dia orang la suka datang dalam mimpi aku. Tindih aku. Aku selalu kena tindih sejak umur aku 15 tahun lagi.

Benda mula jadi pada satu malam tu. Masa tu semua cucu-cucu tokwan dan nenek tidur di rumah, termasuk aku. Aku cucu sulong, yang paling tua antara semua. Jadi aku akan tidur di hujung. Yang lain di tengah. Malam tu aku tak boleh tidur. Alih bantal, alih posisi pun masih tak boleh tidur. Kami semua tidur di ruang tamu bersama tok dan tokwan. Tanpa sedar aku terlena. Tapi tak sampai 15 minit pun rasanya, aku rasa ada orang duduk dekat aku. Ingat sepupu aku yang umur 5 tahun tu. Badan tak boleh bergerak, leher macam kena kunci. Cuma aku boleh rasa dia jalan keliling aku tanpa henti.

First time jadi macam tu, rimas pun ada. Sesak nafas pun ada. Bila baca ayatul kursi banyak kali baru aku boleh bangun. Bila tidur balik, jadi balik. Dia datang balik. Sampai 3 kali aku bangun dan tidur semula. Malam tu aku lari tidur dekat dengan tok dan tokwan. Sejak tu bermulalah episod tidur aku di ganggu. Kadang2 aku rasa ada perempuan atau budak duduk dalam bilik aku. Walau aku tak boleh buka mata, tapi aku boleh rasa, macam roh aku yang nampak walau mata fizikal aku tak boleh buka. Entah la macam mana nak explain. Korang mesti ingat perasaan aku aja kan. Ya mula2 aku pun fikir macam tu. Tapi perasaan ke kalau bangun dan tidur sampai 3 atau 4 kali dan benda tu ulang lagi?

Ada juga aku mimpi, aku keluar dari rumah. Aku nampak kabus menyerupai perempuan berdiri di sebalik daun lalang yang sama tinggi dengan manusia di semak samun berdekatan rumah aku. Mimpi ni sampai sekarang aku boleh ingat. Sebab macam betul2 di alam realiti. Sedar2 saja aku dah berdiri depan dia. Sebab tanpa kebenaran aku, kaki aku berjalan ke arah dia macam ada tarikan magnet. Aku masih boleh ingat lagi rupa dia. Bila aku nak lari, dia jadi kabus dan mula masuk dalam mulut aku. Aku rasa betul-betul otak aku dipenuhi gelombang dan mata aku kian menghitam dipenuhi kabus hitam putih tu. Sampai hati aku sebut nama Allah banyak kali, dia tak smepat nak masuk sepenuhnya, bila aku bangun dari tidur mata aku masih hitam(macam orang pitam).

Lepas daripada tu seminggu aku takut tidur. Hanya tidur lepas subuh sahaja. Mujurlah masa tu cuti pertengahan sekolah. Lepas tu mak suruh aku amal ayatul kursi, bismillah 5 dan 3 qul. Benda ni wajib aku amal. Pantang alpa perempuan muda atau nenek tu akan datang. Kadang-kadang tu walau dah baca doa pun dia orang datang. Cuma dia orang tak boleh dekat dengan aku. Aku boleh nampak dalam mimpi. Seolah-oleh roh aku yang nampak walau jasad aku tengah tidur.

Benda ni berlanjutan sampai sekarang. Kadang-kadang nenek tu datang menyerupai tok aku. Datang dalam keadaan sedih. Dia cakap tak ada siapa nak tengokkan dia. Dia sorang-sorang aja. Aku sampai menangis sebab aku ingat tok aku tinggal sorang2. Bila fikir balik secara rasional, tok aku di jaga elok oleh maksu. Bila dia tahu aku dah sedar, dia akan ketawa. Macam biasa la, badan aku tak boleh bergerak, mulut tak boleh baca. Bila jadi macam ni, tak boleh panic. Cari anggota badan yang korang rasa boleh nak gerakan. Contohnya tangan atau kaki. Itu pun kena usaha banyak kali nak gerakan. Sebab roh dan badan aku macam tak melekat. Korang mungkin tak faham kan? Maaf aku memang tak pandai nak bercerita.

Ada juga nenek datang tidur tepi aku. Aku tak takut sebab ingat tok aku. Cuma aku tak suka dan rimas dia nak tidur sebelah aku. Aku sendiri hairan kenapa aku tak suka tok sendiri datang nak tidur dengan aku. Bila fikir-fikir balik aku baru ingat, tok aku kan tinggal dengan mak su. Aku pula di asrama, mana mungkin tok nak datang sini pada awal pagi macam ni. Bila dia tahu aku dah sedar, dia makin menghimpit aku. Sampai la aku melawan baca ayatul kursi. Ada juga aku panic, ayat kursi pun tak betul. Jalan terakhir adalah azan dalam hati sebab mulut terkunci.

Pernah juga time jam 9 pagi, aku tertidur, ni aku yang salah sebab tak baca doa,ingat pagi macam tu hantu tak ada. Walau mata terpejam, aku rasa tok aku datang, dia duduk di birai katil. Makin lama dia datang nak tidur dengan aku. Aku tanya dia “Tok buat ape di sini? Bila datang?” Dia terkekek gelak. Dia cakap.. “aku bukan tok engkau..” Time tu aku dah mula sedar, ni benda tu.

Budak kecil tak berbaju tu dah tak datang dah. Last dia datang kacau aku masa tu beberapa tahun lalu. Time tu aku sendiri tak tahu, emosi aku keja nak marah aja. Benda kecil pun aku nak naik angin. Bayangkan lah aku isi air dalam botol, botol tu tertumpah. Aku geram aku pecahkan botol tu. Aku sendiri tak tahu. Yang ni aku panggil angin marah dah datang. Depan kawan memang aku cover, sebab aku tak nak kawan kecil hati. Selalunya kalau jadi macam ni aku lebih suka duduk dalam bilik. Sebab aku benci tengok perangai manusia tanpa sebab. Jadi pada hari angin marah ni datang, aku pun tidur la malam tu. Tiba-tiba dalam masa beberapa minit, budak tu datang. Budak ni kecil tak berbaju. Rupanya aku tak jelas. Dia ni suka acah-acah. Konon nak mengusik. Ala macam budak-budak nakal yang dok ngusik kita tu. Tapi aku rimas juga, dia pun suka tindih badan aku.

Tapi haha..nasib dia buruk. Angin marah aku masih belum hilang. Aku sedar ada benda besar duduk dalam badan aku, tangan dia berbulu. Dia kawal badan aku dan aku lenyek budak kecil tu sampai lunyai. Dalam mimpi tu aku mengamuk. Sampai la esok pagi aku rasa lega. Ringan balik dada yang rasa sempit.

Inilah cerita aku. Mungkin ada yang susah nak percaya. Mungkin ada yang fikir ini Cuma khayalan aku atau mainan mimpi aku. Tapi kalau sekadar mimpi kenapa bila aku bangun dan aku tidur balik, benda tu datang balik. Dekat 4 kali aku bangun dan tidur, benda tu datang balik.

Sekarang aku ada di IPTA. Angin marah jarang datang. Dia orang tak kacau sangat dalam mimpi. Kadang-kadang ada la sekali dua kena. Tapi ada yang kacau emosi aku. Macam ada satu aura negatif yang cuba nak ganggu emosi aku supaya sedih. Yang ni paling aku benci. Orang tak tahu betapa sukarnya aku berperang dengan benda ni. Lebih teruk daripada mimpi.

Solat dan baca Al-Quran ja la boleh buat kau tenang. Aku selalu menangis lepas solat. Sebab bagi aku Allah je tahu apa aku rasa. Mak aku walau dia tahu pasal saka ni. Dia tak nak cuba cari. Dia kata dia tak percaya sangat orang berubat, sebab selalu orang suka tipu. Sebabnya dia dah pernah sekali pergi, tapi orang tu kata aja berubat cara islam, tapi caranya lain macam. Mungkin mak aku tunggu aku habis belajar. Jadi kami sekeluarga akan sekali pergi berubat. Sebab mak cakap tak boleh sorang2 ja pergi berubat, benda tu akan pergi cari orang lain pulak.

Arwah tokwan pernah pergi berubat. Sebelum tu, dia dah cakap kat kami yang dia dah buang yang tak elok tu. Aku percaya, sebab tokwan tak pernah menipu. Tokwan cakap yang harimau tu tokwan tak bela. Harima tu keturunan punya. Dia tak ganggu anak cucu, dia tunggu di luar pagar aja. Tak akan masuk dalam rumah. Berbalik semula masa tokwan pergi berubat kat sorang pak cik ni. Orang kata pakcik ni bagus. Yang ni aku dengar dari cerita ayah.

Pak cik ni tak boleh ubatkan tokwan. Pertama, sebab tokwan tak guna nama sebenar dan kedua tokwan bukan orang biasa. Mula-mula tokwan tak nak mengaku. Bila dah banyak kali pak cik tu tanya, tok wan cakap nama dia di depannya ada KU. Ku ke Tengku ke aku tak pasti. Tokwan ada darah raja. Tapi dia tak suka orang tahu, kata tokwan “Kita ni orang tak berharta, siapa nak pandang. Lagi orang ejek ada la. Nama KU tapi harta tak ada.” Lebih kurang macam tu la ayat dia. Macam mana tokwan tak ada harta. Ada la cerita dia. Sebab hidup tokwan dan tok ni memang berliku2.

Aku percaya apa yang ayah cerita, sebab tahu ayah bukan jenis cakap benda tak sahih. Aku sendiri pun tak sangka. Sampai sekarang kalau aku rindu tokwan. Aku tatap wajah raja tu, sebab wajah dia orang dan cara dia orang jalan sama ja.

Tapi nenek yang ganggu aku tu bukan dari tokwan. Tapi dari tok sendiri. Tok sendiri tak tahu dia ada benda tu. Mungkin benda tu sebab ada orang hantar kat tok, mungkin juga tok ter ambil tanpa pengetahuan dia sendiri. Sejak tokwan tak ada, tok makin nyanyuk. Aku rasa benda tu la suka bagi tok sedih2 macam dia buat kat aku. Aku kena kuat sebab aku tak nak jadi macam tok yang suka sedih.

Okey la banyak sangat dah..Korang pun mesti bosan membaca..Maaf la ya aku tak reti nak cerita.
Aku minta korang doakan aku, doakan aku kuat lawan semua ni. Insya Allah lepas aku habis belajar aku nak cari orang untuk berubat. Aku nak pujuk mak aku. Mak aku tak sedar anak dia ni terseksa sangat.

– Sya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit