Assalamualaikum. Hai aku suria dan baru beberapa bulan bekerja di pusat asuhan kanak-kanak. Confession ini mungkin panjang dan bazirkan masa anda. Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan kisah kematian bayi yang ditinggalkan kepada pengasuh, adik Zara yang berusia 11 bulan.
Kalau sebelum ni, kisah sebegini aku hanya baca sepintas lalu sambil berdoa dalam hati yang baik-baik saja tapi kini tak lagi. Aku sangat sedih dengan kisah adik Zara sebab aku fikir sampai bila akan berakhirnya kisah seperti ini? Terbayang senyuman anak-anak asuhan aku sedangkan adik Zara sebelum meninggal perlu hadapi penderitaan yang tak siapa mengerti. Damailah di sana adik.
Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Kisah-kisah kematian anak-anak di tempat asuhan bagi aku perlu dicegah dengan kerjasama semua pihak. Tolonglah semua, tolong bersatu untuk atasi masalah ini. Tak kira ibu bapa, pengasuh ataupun pihak kerajaan, tak perlu saling menuding jari tapi tolonglah bersatu kerana keselamatan anak-anak adalah tanggungjawap kita bersama.
Bagi ibu bapa yang memilih tinggalkan anak kepada pengasuh di rumah, tolong pastikan anak-anak anda ditinggalkan kepada orang yang boleh dipercayai. Tak salah pun jadi seorang yang overprotective pada awalnya. Selidik semua perkara terutamanya keluarga pengasuh dan keadaan dalam tempat asuhan tersebut. Ada masa, sekali sekala mintak gambar aktiviti anak-anak anda ketika di rumah tersebut atau datang melawat tiba-tiba tanpa beritahu terlebih dahulu kononnya tertinggal barang.
Nak lagi bagus, cuba uji apa yang pengasuh lakukan apabila tertekan. Walaupun anak-anak baru berusia beberapa bulan, namun mereka pasti mempunyai cara untuk menyatakan perasaannya cuma ibubapa perlu ambil masa untuk memahami dan biasanya naluri seorang ibu pasti betul. Jika pengasuh pandai sembunyikan kelakuannya, namun emosi kanak-kanak takkan menipu.
Habis tanggungjawab ibubapa, sekarang beralih kepada pengasuh pula terutama pengasuh di rumah. . Aku percaya, bukan semua orang mampu menjadi seorang pengasuh walaupun semua orang boleh jaga anak-anak. Aku tahu pengasuh di rumah ini hanya perlu berdaftar jika anak asuhan lebih 3 orang tapi itu bukan alasan untuk abaikan soal keselamatan anak-anak asuhan.
Aku harap sangat, sebagai seorang pengasuh janganlah menawarkan servis semata-mata untuk mencari duit lebih tanpa nilai dahulu adakah diri dan seisi rumah itu boleh terima kehadiran anak asuhan. Jaga anak-anak memang seronok tapi selalunya yang terjadi adalah sebaliknya. Anak-anak perlukan penjagaan sepanjang masa terutamanya yang dibawah usia setahun. Jadi jika ada yang ingin kerja sebagai pengasuh semata-mata nak duit, silalah hentikan niat tu sebab anak-anak bukan bahan eksperimen.
Dan akhir sekali, aku sangatlah berharap agar kerajaan mewajibkan semua pengasuh buat ujian mental terlebih dahulu dan bagi taska di rumah, tambahan syarat untuk seisi rumah buat ujian mental sebab bukan semua orang mampu jaga anak-anak ni. Kalau tak pun, ketatkan lagi syarat untuk taska di rumah seperti perlu ada CCTV ataupun syaratkan taska di rumah berdaftar dengan JKM walaupun hanya seorang anak asuhan. Kalau taska institusi atau taska swasta, ibubapa boleh semak dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat samaada berdaftar ataupun tidak.
Itu sahaja yang aku mampu luahkan, apa yang aku rasa dan aku fikir. Tolonglah bersatu hati untuk basmi masalah ini. Entah sampai bila aku mampu untuk membaca kisah kematian anak syurga lagi.
Cegah lebih baik dari mengubati.
Aku sayang anak-anak aku.
– Suria
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit