Aku mahu dikenali sebagai Sofea (bukan nama sebenar) dan watak utama bagi confession ini ialah Sarina (bukan nama sebenar).
Aku dengan Sarina berkenalan sejak Tingkatan 1 tapi pada waktu itu kami hanya sekadar kenalan kawan atas kawan.
Sejak Tingkatan 3, kami mula rapat sebab minat kami sama. Kami mula menjadi kawan rapat dan kawan baik.
Apa yang aku fikirkan pada masa itu adalah masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang sememangnya aku selesa untuk menjadi diri sendiri di hadapan kawan baikku, Sarina.
Sarina seorang yang sangat cantik, baik, memahami, senang cerita semua perkara positif ada padanya. Aku sayangkan Sarina macam dia seorang yang sangat penting dalam hidupku.
Kami mula ada konflik sejak Tingkatan 5. Masa tu dah nak SPM. Kami mula renggang.
Kami mula ada salah faham yang masing-masing ego tak nak meluahkan masalah, perasaan yang berat dalam hati. Kami berdua memilih untuk memendam perasaan. Itu masalah sebenar kami.
Memendam dan meletup pada masa yang salah dan saling menyalahkan antara satu sama lain.
Aku terlalu ego untuk berbaik, aku lebih memilih untuk diam bila kami bergaduh.
Tapi ianya bertentangan dengan Sarina, Sarina sangat terbuka untuk berbaik. Dia sangat berusaha untuk berbaik, dia lakukan pelbagai cara tapi masalahnya aku. Aku terlalu ego untuk tidak berbaik.
Terlalu ego untuk berdiam diri. Terlalu ego untuk self-healing yang sebenarnya memakan diri aku sendiri.
Aku pernah cuba nak berbaik, aku cuba contact Sarina semula.
Kami cuba nak berkawan semula tapi rasanya berat. Ianya terlalu berat untuk hati aku terima Sarina sebagai kawan semula. Aku sendiri tak tahu kenapa aku rasa berat nak berkawan semula dengan Sarina.
Apa yang dia pernah buat dekat aku selama ni sangat menyakitkan tapi aku masih boleh terima sebab kami sesama manusia. Pasti ada perasan tidak puas hati antara satu sama lain.
Rasanya lebih daripada 5 kali kami berjanji nak berjumpa, nak berbaik tapi malangnya tak pernah sekali pun perancangan kami terjadi. Aku sayang dia tapi seolah olah dia semakin hari semakin jauh dari aku.
Semakin jauh kami, aku mula delete nombor telefon Sarina. Aku buang semua yang berkaitan dengannya. Aku buang gambar, memori, barangan. Dan akhirnya aku merindui dia.
Sehingga ke hari ini kami tak bertegur, kali berdua hanya sekadar manjadi view insta story antara satu sama lain.
Aku dapat tahu kehidupan Sarina hanya melalui media sosial sahaja. Aku tak tahu segala perkembangan peribadinya, tak macam dulu, banyak perkara yang kami berkongsi cerita.
Tapi aku bangga sebab aku pernah sekali bagitahu dia yang aku merindui dia melalui media sosial walaupun aku tak berharap dia akan memberi respon.
Jadi untuk sesiapa yang baca. Saya harap kalau korang ada yang sedang bergaduh atau berselisih faham dengan kawan-kawan, cepat cepatlah perbaiki sebelum terlambat. Kita sama-sama muhasabah diri.
Confession ini, aku tulis untuk diriku.
Wahai diri, memaafkan seseorang tidak rugi. Yang ruginya kamu jika tidak memaafkan.
Jadikan pengalaman pahit ini sebagai pengajaran dan jangan kau ulangi silap di masa lalumu. Aku harap si hati dan perasaan kau kuat dan tabah untuk melalui keperitan ini.
Buat sahabatku Sarina, kita rindukan awak. Kita rindu nak jadi macam dulu, semua perkara kita buat bersama. Kita minta maaf semua salah silap kita. Kita harap awak sudi maafkan.
Terima kasih Sarina sebab sudi hadir dalam perjalanan liku liku kehidupan kita. Kita hargai setiap memori dengan awak.
– Sofea (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit