Dan Ketika Itu

First of all, terima kasih kasih kepada admin jika confession ini tersiar. Apa yang aku tulis, apa yang aku rasa yang tidak boleh diluahkan dengan kata-kata secara lisan kepada manusia.

Dah dengar lagu Zulin Aziz? Siapa yang belum pernah dengar, dengarlah. Pendapat aku lirik dia padu dan ringkas tapi jelas apa yang dia nak sampaikan. Apa perasaan dia dan apa yang dia rasa. Sebagai public figure, apa yang dia alami ini membuka mata semua orang termasuk juga aku. Macam mana dia handle perasaan kecewa dia terhadap seorang lelaki. Dan macam mana dia counter back situation dengan family bila dialah penguat semangat untuk seluruh ahli keluarga.

Aku bangga dengan perempuan yang kental. Dan how she survived her life after all of this happen to her. Bagi aku, dia buka mata dan hati setiap orang (eh bukan semua orang)bahawasanya setiap ujian yang Allah beri dan rezeki yang ditangguhkan pasti ada sebab.sebab yang paling jelas ternyata ia ada didepan mata yang boleh kita nampak adalah ada rezeki yang lebih baik dan rezeki yang ditangguhkan itu bukanlah satu rezeki yang terbaik buat kita.

Pada aku Zulin membawa satu imej dan mesej melalui lagu dan story di instagram bahawa kita ada Allah untuk kita mengadu segalanya. Mengapa perlu berduka atas jalan yang Allah berikan kalau itu adalah yang terbaik. Allah sedang memakbulkan salah satu doa kita yang kita sentiasa minta supaya dipertemukan dengan seseorang yang terbaik dan seseorang yang Allah redha. Mengapa perlu bersedih yang berpanjangan. Bersedih itu normal. Orang yang sedang bahagia kadangkala pun ada rasa sedih yang Allah beri dalam hidup mereka. Tetapi tidak perlu bermuram dan terlalu fikir sehingga depresi, hilang selera makan sehingga mahu membunuh diri sendiri. Setiap orang punyai rezeki yang berlainan.

Kehidupan kita masih panjang jika Allah berikan umur yang panjang. Bunuh diri bukan satu penyelesaian untuk kita keluar dari masalah. Hilang satu rezeki, bukan bermakna kita hilang segala rezeki. Penangguhan satu rezeki, masih ada banyak lagi rezeki yang Allah berikan. Sentiasa bersyukur atas apa jua rezeki kurniaan Allah. Kerana, hanya kita yang merasa manisnya rezeki yang kita terima, bukan orang lain. Kerana setiap jalan cerita dan rezeki Allah kurniakan untuk setiap orang ternyata berbeza walaupun kita diatas dunia yang sama.

“sesungguhnya rezeki yang tertangguh itu adalah seni”

Dan ketika itu, kita rasa dia adalah yang terbaik, sesungguhnya Allah tahu dia bukanlah yang terbaik.
Aku alami tapi tidaklah sehebat zulin kerana Allah tahu aku bukan sekental zulin. Aku percaya dengan doa. Dan aku percaya Allah akan hantar seseorang yang terbaik. Dan aku mengharap orang yang terbaik itu adalah orang yang Allah redha. Cliche bukan? Aku akan terasa cliche bila bercakap tentang jodoh.

Kalau boleh aku nak elakkan cerita tentang jodoh. Berkata-kata tentang jodoh. Sebab ia adalah benda yang terlalu biasa untuk diperkatakan oleh seseorang yang belum berkahwin. Dan lagi satu aku tidak mahu digelar orang yang desperated untuk berkahwin. Aku pernah dapatlah gelaran tersebut sehingga aku berhati-hati setiap tutur bicara.

Aku tunggu seseorang almost 10 tahun. Bukan satu masa yang singkat bagi aku tapi tak sangka boleh tunggu sehingga 10 tahun. Tidak pernah salahkan sesiapa dan aku beranggapan tiada jodoh antara kita.
Aku ada tolak beberapa orang, dan bagi aku mungkin ini balasan aku dan rezeki aku atas doa-doa mereka.dan aku tenang hadapi bukan seperti yang aku sangka. Aku lalui apa yang zulin lalui sekarang, dimana kita fikir

“ya, dia bukan yang terbaik yang Allah ciptakan buat kita. Pasti ada lagi yang terbaik. Wait and see”

” jemputlah kebahagiaan itu datang walau dengan siapa pun Allah berikan. Walaupun dia juga akhirnya atau sesiapa sahaja. Kebahagiaan yang kita jemput, kebahagiaan yang akan datang”

Sebenarnya apa yang aku lalui, aku sendiri tidak sangka aku akan setenang ini. Tipulah kalau tak sedih.
Tipulah kalau tak teringat. Tapi lebih tenang cuma sesekali tu rasa sedih. Biasalah perempuan kan.
Tidak pernah langsung terfikir untuk depresi, tak lalu makan, stress dan rasa sampai nak bunuh diri. Kadangkala, aku berterima kasih dengan dia atas jalan yang dipilih untuk menolak aku. Kerana dia, aku jadi aku yang hari ini. Positif dan tidak terlalu merendah diri atas fizikal yang Allah kurniakan. Dan aku berusaha untuk dapatkan berat yang ideal dan sihat walaupun progress agak lambat.

Aku pastikan setiap minggu akan ada aktiviti yang aku buat contoh hiking, pergi gym, main badminton dan apa-apa aktiviti yang melibatkan pergerakkan badan dan boleh mencapai target 10 ribu langkah sehari. Window shopping pun salah satu target aku. Dia menolak bukan kerana fizikal.

First move, aku belajar untuk sayangi diri aku sendiri dan memaafkan serta meminta maaf kepada diri sendiri terlebih dahulu kemudian aku berterus-terang dengan dia apa yang aku rasa dan minta penjelasan atas hubungan kami selama ini. Then, aku jadi seperti diri aku yang sekarang. Sesungguhnya ada sesuatu sebab disebalik setiap kejadian bukan? Maka, carilah kebahagiaan yang kita perlu cari untuk diri kita sendiri. Bagaimana kita mahu bahagiakan orang lain sedanglam kita masih belum berjaya untuk bahagiakan diri sendiri. I got the point dan semoga rasa takut untuk berkahwin itu semakin lama semakin lenyap.

Sesungguhnya aku tidak pernah sekali rasa mahu berdendam dengan dia walaupun sepanjang perjalanan untuk 10 tahun banyak terasa dan memendam rasa. Sebab aku rasa sangat-sangat bahagia sekarang dengan kehidupan yang Allah tulis untuk aku. Im feel free. Kami masih lagi seperti biasa seolah macam tiada apa yang berlaku. Kami juga masih berhubungan seperti biasa dan aku lebih tenang tanpa mengharap apa-apa dari dia. Dan aku macam tak percaya dengan diri aku sendiri dengan pendirian aku yang aku selalu tegaskan bahawa aku tidak akan baik dengan bekas pasangan dan

“mengapa perlu berbaik dan berkawan dengan orang yang dah taknak dengan kita? Mengapa perlu berbaik kalau dia sudah jadi sebahagian dari sejarah”

Ya, kerana kita sudah bahagia mengapa perlu ada lagi dendam yang tertinggal? Teruskan saja dengan rasa bahagia. Bahagia yang kita cari, bahagia itu yang akan datang kembali bertemu dengan kita.
Daripada dia aku belajar erti setia. Daripada dia aku belajar erti sayang. Daripada dia aku belajar bermacam perkara. Kerana dia juga aku pilih untuk bahagia. Terima kasih. Dan bagaimana harus aku berdendam jika diakhir kalam dia kata :

“terima kasih awak sebab berterus-terang”

Aku masih lagi jatuh cinta dengan kata-kata dia yang ini sehingga ke hari ini walaupun bukan dengan orangnya. Terima kasih kerana menyantuni walaupun lebih banyak rasa annoying. Terima kasih pernah bersusah payah. Terima kasih pernah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. Terima kasih pinjamkan telinga dan bahu untuk selama ini. Terima kasih atas idea-idea yang ntah apa-apa yang kadangkal tidak masuk akal. Terima kasih juga bergelak-tawa bersama.

Sesungguhnya, jika Allah menggerakkan hati dia untuk baca confession ini, aku sama sekali tidak pernah menyesal Allah berikan ruang untuk kami kenal. Cuma, aku mohon supaya aku dilepaskan dari dibayangi kebaikan-kebaikan yang dia tunjukkan kalau itu hanya secebis rasa kasihan bukan satu rasa untuk kearah satu fasa peningkatan kehidupan. Jika suatu hari nanti Allah gerakkan hati kami untuk baik seperti 10 tahun yang lalu, semoga kita mampu tersenyum gembira macam dulu-dulu. Dan aku membuka ruang untuk mereka-mereka yang Allah benar-benar redha. Yang terbaik menurutnya.
Yang benar-benar terbaik yang Allah akan hantar. Tanpa mengunci hati lagi dengan satu nama.

Terima kasih untuk semua memori yang takkan dilupa sampai mati. Dan jika dia adalah orang yang terbaik dan orang yang Allah redha, kita tengok pada masa dan waktu pada ketika itu. Dan mohon Allah untuk beri petunjuk. Kalau dia masih juga orangnya, aku percaya Allah memakbulkan doa-doa mereka disekeliling aku yang tidak pernah jemu untuk doakan aku. Terima kasih

Ini bukan perihal tidak lagi move on, tetapi pendapat aku bila kita temui rasa bahagia tanpa dendam didalam hati kita akan terima sesiapa sahaja yang Allah hantar buat kita dan Allah akan jauhkan mereka-mereka yang bukan terbaik untuk kita walaupun bekas kekasih kita. Dan ketenangan itu memang akan hadir bila kau buang segala dendam. Biarkan dia bahagia dan kita bahagia dengan cara masing-masing. Aku sentiasa doakan kebahagiaan dia kerana dia layak untuk bahagia. Kita semua layak untuk bahagia. Maka jemputlah bahagia kerana yang datang pasti kebahagiaan.

Terima kasih!

– Cik Matahari

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *