Bismillahirrahmanirahim..
Terima kasih kepada IIUM Confession kerana siarkan perkongsian saya. Saya ingin berkongsi tentang apa itu “What you give, you get back” . Sesungguhnya andai difahami ayat itu , sebenarnya ianya sangat ajaib andai kita amalkan. Biarlah yang diamalkan itu, yang baik dan yang tidak baik kita hindari.
Sebenarnya , ianya juga ada kaitan dengan namanya rezeki. Rezeki yang kita perolehi sebenarnya , bukan sepenuhnya milik kita. Tapi dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Ingat ayat ni “dalam rezeki kita ada rezeki orang lain “. Baiklah, saya tak nak bercerita apa itu rezeki. Tapi saya ingin beri sedikit perkongsian, dengan pengalaman2 saya yang saya alami sendiri dan memang terkena dengan ayat “What you give, you get back” tadi.
Nak dikatakan saya pemurah itu, tidaklah pemurah seperti insan lain. Tapi yang saya perasanlah habit saya, saya tak pandai nak berkira bab makan, especially yg expensive la. Contohnya , makanan yang saya makan itu harganya boleh tahan mahal la , Jadi saya memang tak kisah, kalau saya keluar hang out dgn kawan andai terasa nak mkn makanan yang expensive saya akan belanja je kawan saya cthnya seoul garden ke, pizza hut ke, secret resepi ke, Manhattan Fish Market dll. Tanpa minta balasan, dan tanpa dijangka rezeki yang saya beri pd orang lain td , saya dapat balik setimpal. Sejujurnya, saya bukan orang kaya , hanya biasa2 tapi yang saya nampak, apa saja makanan mewah yang hati teringin nak makan mesti Allah beri dgn asbabnya dr orang lain. Mudahnya kita dapat rezeki Allah andai kita memberi. Ajaib!
Pengalaman lain, semasa saya merantau di Terengganu. Singgah Mesra Mall, ada seorang pakcik ni dia jual mangga dengan harga rm10. Dia merayu suruh saya beli , masa tu saya hanya ada rm10 untuk survive, yela sebab merantaukan, mana ada duit banyak..tinggal rm10 dalam poket. Saya cuba berpegang pada rezeki Dia , saya belilah mangga tu. Saya dah tak ada duit , tapi keesokkan nya saya nk pulang ke negeri sembilan, tanpa di duga Allah gantikan balik duit saya dengan rm150 parents angkat saya bg. Terkejut nya masa tu , rezeki Allah beri sangat luas untuk hambaNya yang memberi. Jadi jangan segan silu nak memberi ya!
Last cerita , walaupun dengan harta dunia kita memberi. Tapi satu yang kita perlu selalu beri untuk semua orang. Iaitu kasih sayang , andai kita sayang penduduk bumi , Allah akan jadikan penduduk langit dan penduduk bumi juga menyayangi kita. Untuk kita di kasihi, kita perlu mengasihi orang lain dulu, beri perhatian pada orang lain. Kita nak orang sayang kita , tapi kita tak pernah untuk ajar diri supaya sayang orang lain. Bila kita biasakan diri sayang orang lain kerana Allah dan tolong orang lain kerana Dia, In shaa Allah, Dia pasti tolong kita bila kita sangat memerlukan. Jadi biasakan diri untuk sayang semua orang ya!
Semoga bermanfaat untuk kita semua, semoga yang membaca penulisan ini , Allah beri kalian kasih sayang penduduk bumi dan langit. In shaa Allah .
– Dr. NAA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit