Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca. Terima kasih diucapkan kepada admin jika menyiarkan artikel karangan saya ini.
Sedikit pengenalan mengenai saya. Saya merupakan seorang lelaki, umur 20 an dan masih bujang. Selepas tamat SPM, saya telah melanjutkan pengajian saya dalam bidang kejuruteraan di negara orang putih selama dalam lebih kurang 4 tahun lebih dan telah pulang ke tanah air.
Tapi kerja bukan dalam bidang kejuruteraan pun. Dan saya bukan dibawah tajaan mana-mana pihak. Tiada rezeki untuk menerima biasiswa. Haha. Itu sahaja pengenalan mengenai diri saya.
Jadi kembali ke tajuk. Sebelum saya melanjutkan pelajaran di negara tersebut, saya merupakan pelajar di salah sebuah sekolah agama berasrama penuh. Bukan nak kata alim pun tapi at least basic agama tu ada la. Haha.
Tiga tahun pertama saya menuntut di negara bukan Islam, alhamdulillah semuanya berjalan seperti biasa, tiada apa-apa masalah yang berlaku. Masuk tahun yang terakhir iaitu tahun keempat, saya diuji dengan kewangan.
Dipendekkan cerita, saya mengambil keputusan untuk bekerja separuh masa (part-time). Setelah mengharungi pejabat imigresen ulang-kali, akhirnya saya berjaya dpat keizinan untuk bekerja separuh masa sambil belajar.
Masalah lagi satu timbul. Nak cari kerja separuh masa agak susah, lebih-lebih lagi saya merupakan warga asing di negara tersebut, majikan memang susah nak ambil. Akhirnya, saya dapat juga bekerja di salah sebuah kedai runcit biasa-biasa saja.
Akan tetapi, seperti biasalah di negara bukan Islam, arak merupakan barang biasa yang dijual. Setelah saya kaji dan bincang dengan tuan punya kedai, pekerja dalam satu syif ada dua orang. So, saya rasa ‘ok’ kot asalkan tak terlibat dengan sebarang urusan jual-beli arak.
Pada peringkat permulaan, alhamdulillah saya berjaya mengelak dari sebarang urusan jual beli arak termasuk susun-susun arak di kedai tersebut. Orang yang bekerja satu syif dengan saya pun faham dengan situasi saya ketika itu.
Tup tap, saya diuji taqwa dan iman saya apabila tuan kedai tersebut mahu mengurangkan bilangan pekerja dari dua pekerja satu syif ke satu pekerja satu syif. Hati saya mula gundah dan saya mula mencari kerja separuh masa yang lain, malangnya saya gagal mencari dan saya terpaksa bersetuju dengan arahan tersebut. Saya tahu saya salah.
Apabila saya seorang sahaja yang bekerja pada satu syif, saya terpaksa menjadi cashier untuk pelanggan yang mahu membeli arak. Saya scan dan menjualnya kepada pelanggan. Saya sedar saya termasuk dalam golongan-golongan yang dilaknat kerana terlibat dengan arak.
Allahu.. Secara tidak sedar, saya mula melewatkan solat walaupun cukup solat. Dari melewatkan solat, saya sering qada’ solat. Perasaan bersalah tu ada tapi saya sudah bertuhankan duit pada waktu itu. Allahu rabbi.
Perkara buruk lain mula terjadi. Saya mula memakan makanan yang syubhah yakni diragui ke-halal-annya dan akhirnya mula memakan makan yang haram. Tapi saya tidak memakan khinzir. Haha, kalau ikutkan sama je sebab memakan benda yang haram.
Tetapi pada waktu itu mata sudah dikaburi dengan dunia dan hati sedah gelap dan hitam. Apa yang kita makan akan menjadi darah daging. Akhirnya saya mula meninggalkan solat sikit demi sikit. Malangnya lagi, saya tidak mempunyai perasaan bersalah yang sikit pun.
Perkara tersebut berlarutan sehinggalah saya pulang ke Malaysia sekitar dua bulan yang lalu dan saya mula nampak akibat dari perbuatan tersebut. Sampai sekarang saya masih menganggur dan tidak mempunyai wang simpanan meskipun wang yang saya kumpul dahulu agak banyak kalau ditukarkan ke mata wang Malaysia. Keluarga porak peranda, hati sentiasa tidak tenang.
Saya dapat rasakan yang semua ini berlaku atas kaffarah yang telah saya lakukan. Saya sedar akan kesilapan saya dan dalam proses mahu berubah.
Sekarang bila berada di Malaysia izzah atau suasana memang sungguh berbeza. Azan kedengaran setiap hari berbanding di negara tersebut. Dahulu saya ingin bekerja disana tapi mak saya pernah berkata, “Disana tidak ada izzah islam. Baliklah”.
Hati saya mula terkesan akan kata-kata itu. Nasihat saya, pastikan iman dan jatidiri kuat kepada mereka yang mahu menjutkan pengajian di negara bukan islam dan kepada mereka yang bekerja di kedai yang menjual arak, berhentilah. Jangan jadi seperti saya.
Doakan saya istiqamah untuk berubah menjadi “saya” yang dahulu ketika bersekolah.
Sekian terima kasih.
– Oligo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit