Dari 2018 Nazar Aku Belum Tertunai

Assalamualaikum pernah tak korang buat nazar tapi tak tertunaikan nazar tersebut. Sebelum itu mungkin ada yang tak tahu apa itu nazar, dipendekkan cerita yaitu janji kita dengan Allah.

Contohnya ‘Ya Allah, kalau aku kahwin 2025 ini aku akan puasa 10 hari berturut turut.’ Puasa tersebut akan menjadi wajib sekiranya anda kahwin pada tahun 2025

Aku pernah buat 2 nazar kalau lah pakatan harapan menang pada 2018 aku akan tinggalkan perbuatan onani, dan satu lagi nazar biarlah rahsia.

Mungkin korang rasa perbuatan aku giler, tapi aku buat nazar ini disebabkan aku ketagih onani atau masturbasi. Jadi aku ambil peluang sebelum keputusan pilihan raya diumumkan untuk betul betul berhenti onani, sebab aku dah dibelenggu rasa bersalah setiap hari buat dosa.

Tahun berganti tahun sekarang dah 2025 dan aku masih belum mampu lagi tinggalkan perbuatan onani, boleh cakap sekejap je aku berhenti tapi bila buka sosial media ternampak perempuan cantik dalam instagram mulalah syahwat aku naik.

Mungkin ada yang tanya kenapa aku tak kahwin je?

Bukan aku tak nak kahwin, even kawan sekolah aku hampir semua dah kahwin tinggal berapa ketul je yang masih single. Tapi aku sebenarnya tak mampu, kerjaya aku turun naik macam sekarang aku dah tak kerja dan aku berharap income freelance.

Aku jumpa kawan yang dah kahwin, dia siap perli lagi kau memilih sangat ni sebab itu belum kahwin. Aku bukan tak nak kahwin, tapi aku memang tak ada duit dan teman wanita, kalau ada teman wanita boleh jadi dia yang akan pujuk mak ayah dia terima aku.

Ada sebab aku tak nak teman wanita, sebab aku takut berzina al maklumlah onani kuat sangat. Boleh jadi aku yang goda gf untuk lakukan perbuatan terkutuk tersebut. Jadi aku tak taaruf dengan sesiapa sebelum aku ready daripada segi ekonomi.

Sebab itulah aku belum kahwin, perempuan sekarang dia demand nak gaji RM 5000, nak dah ada kereta dan kenderaan. Jadi aku sedar, waktu ini adalah usaha dan kerja keras bukannya menggatal punai cari gf.

Sekarang berbalik pada nazar berhenti onani.

1. Aku dah puasa tapi siang je aku berhenti, nanti malam sebelum tidur syahwat itu datang dan aku beronani tak kira tempat sama ada bilik tidur atau tandas.

2. Amal ibadat banyak aku dah buat seperti zikir tapi belum mampu tinggalkan perbuatan onani.

3. Aku dah baca juga kesan onani seperti zakar akan lemah tapi aku masih belum tinggalkan onani.

Sekarang ini apa aku patut buat supaya aku dapat berhenti onani, nak kahwin tak mampu, ibadat dah tambah siap berpuasa tapi belum mampu berhenti.

Susahnya jadi diri aku ini, buat nazar yang aku tak mampu tunaikan.

– Sazali (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Aku cadangkan ko uninstall semua media sosial. Kalau deactive atau delete lebih bagus.

  2. Setahu saya, nazar wajib ditunaikan, apabila perkara yg dijanjikan (utk mnunaikan nazar) itu dah berlaku.., klaw tidak jgn brani2 bernazar begitu.. lg satu, elok klaw ditulis atau diberitahu seseorang tentang nazar ini, supaya x lupa dan perlu diingatkan semula.. saya rasa awk perlu berjumpa dgn ustaz atau org yg pandai agama tentang nazar awk ni.. klaw x, takut kerana tidak menunaikan nazar, sesuatu yg ‘buruk’ akan berlaku kod awk, sbb nazar tu spt ‘janji’ yg dibuat kpd Tuhan dan hukumnya ‘wajib’.. wallahu a’lam bissawab..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *