Assalamualaikum, terima kasih jika admin siarkan cerita aku.
Ada satu kisah tentang adik lelakiku, Mika yang buatkan aku yakin dengan konsep rezeki dan kenyataan bahawa sesugguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dengan usaha mereka.
Kami dilahirkan dari sebuah keluarga yang porak peranda, miskin dan ramai adik-beradik. Mika merupakan anak ketiga dari 6 beradik.
Sejak zaman sekolah, menjadi kebiasaaan anak kampung Felda petang2 akan meronggeng naik motor dengan kawan2 kan. Tapi Mika hanya mampu duduk rumah, bersihkan laman rumah dan melayan adik2.
Waktu ni aku berada di sekolah berasrama. Mika akan hantar adik2 ke sekolah setiap pagi menaiki motor, sebelum dia masuk kelas dan mengambil mereka habis waktu sekolah.
Walaupun kerap dipulaukan kerana tak mampu melepak dengan kawan2, dia tetap menyambut baik ajakan rakan sekelas untuk study sebelum SPM.
Habis SPM, dia bekerja sambilan sebagai buruh ladang, mengait buah kelapa sawit dan mengangkat baja, bertukang dan kerja buruh yang lain bersama pekerja asing.
Kerap kali muka dia breakout sebab air baja mengenai muka. Sakit belakang kerana angkat guni baja yang berat.
Walaupun gemuk dan takde rupa, ramai juga gadis2 sukakan Mika, mungkin sebab karakter dia yang bertanggungjawab dan bijak di sekolah hahaha..
Setiap petang ada je gadis2 meronggeng motor lalu depan rumah kami dan usha Mika. Duit gaji Mika akan berikan untuk mak dan belanja keluarga.
Mika skor 6A’s dan melanjutkan pelajaran di IPTA dalam bidang perladangan. Waktu ni aku persoalkan kenpa Mika ambil course perladangan, tapi katanya minat.
Sejak ini dia makin kurus, mencatu makan dan kerja praktikal di ladang. Habis je diploma, Mika kembali membanting tulang sebagai buruh ladang di tempat sebelum ini.
Bertahun2 lamanya dia bekerja, ibu aku mulai ragu dengan masa depan Mika yang kelihatan seperti suram. Aku pun pernah nasihatkan dia mencari pekerjaan setaraf diploma.
Tapi Mika tetap dengan pendiriannya untuk bekerja dalam bidang pengurusan perladangan. Kata Mika, dia akan tukar kerja hanya bila dapat offer perladangan yang lebih baik.
Selama 5 tahun bekerja sebagai buruh, satu hari aku dapat whatssapp dari Mika. “Along, aku dapat interview eksekutif Felcra kat KL”.. yang senggalnya tarikh iv 2 hari selepas tu.
Aku tak fikir panjang terus suruh Mika beli tiket bas datang ke KL, tempat aku menetap. Mika datang sehelai sepinggang, tak sempat membeli baju dan kasut seta update resume.
Setibanya di KL, kami bertungkus lumus update resume Mika dan suamiku bantu mendokumentasikan kerja2 Mika selama ini.
Mika banyak pengalaman, cuma tak fasih dengan kerja dokumentasi. Kata suamiku, ilmu dan pengalaman Mika sangat qualified untuk kerja ini, cuma perlukan dokumentasi yang mantap.
Kami bersengkang mata menyiapakan Mika untuk sesi iv. Suamiku meminjamkan kasut dan baju hantaran perkahwinan kami untuk Mika pakai.
Setibanya hari iv, aku menemani Mika menaiki lrt ke tempat iv sebelum berpatah balik untuk masuk kerja hari tersebut.
Agak susah untuk aku bergerak lincah sebab tengah sarat mengandungkan anak sulung waktu ini, tapi melihat semangat Mika, semangatku juga berkobar-kobar untuk menyokong dia.
Habis iv, Mika menaiki lrt ke ofisku, dan menunggu aku habis waktu kerja untuk pulang sekali. Tergelak besar aku bila Mika ceritakan yang rupa2nya kasut yang dipakai untuk iv tertanggal tapak sehabis dia iv hahaha.. aduhai kesian sungguh.
Sempat Mika merunggut, mahal selipar jepun di KL long.. Malam tersebut, kami menghantar Mika ke stesen bas untuk pulang ke kampung, berikutan esoknya Mika akan masuk kerja macam biasa sebagai buruh.
Sebelum pulang, Mika memelukku erat, mengucapkan terima kasih atas segalanya sambil mengusap perutku yang membuncit. Terlihat air mata dihujung mata Mika.
Aku juga terharu melihat Mika sambil berdoa, semoga Allah memberkati usaha adikku Mika dan menggurniakan kerja ini kepadanya.
Beberapa minggu selepas iv, aku dikejutkan dengan berita, Mika diberhentikan kerja kerana kerap mengambil cuti untuk menguruskan perihal ibu dan adik-adikku.
Sungguh dia sebenarnya anak harapan di kampung, banyak menjaga ibu dan adik-adik. Mika jadi hilang arah, terdesak untuk mencari kerja baru.
Teman Wanita Mika waktu ini offer Mika bekerja sebagai pengawal keselamatan di ofisnya, kebetulan ada kekosongan. Maka bekerja pula Mika sebagai guard.
Setelah sebulan bekerja sebaga guard, Mika mendapat khabar gembira, lulus iv dan diminta melaporkan diri sebagai ketua eksekutif perladangan Felcra pada minggu berikutnya.
Allah sungguh baik, ketika menerima perkhabaran germbira ini aku terfikir.. beberapa tahun yang sukar dilalui Mika, sesungguhnya Allah sedang menyiapkan Mika untuk menjawat jawatan yang diimpikan selama ini.
Berkat kesabaran dan keyakinan Mika, akhirnya Impiannya termakbul… pada masa yang tepat.
Setelah 3 tempoh menjawat jawatan ketua eksekutif perladangan, Mika sudah pun dinaikkan pangkat kepada pengurus.
Alhamdulillah, ibu lah insan yang paling gembira melihat kejayaan Mika.
Sebagai kakak, kisah Mika menjadi peringatan untuk diriku yang sering berputus asa dengan kerjaya dan masa depanku..
Namun tetaplah berusaha buat yang terbaik dan yakin, kerana tiada perbuatan baik yang disia-siakan disisi Allah. Mungkin balasnnya bukan di dunia, insyaAllah di akhirat pasti.
– Anak Felda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit