Assalamualaikum. Untuk pengenalan, aku ditugaskan sebagai GA Lab untuk semester pembelajaran tahun ini. Graduate Assistant for Laboratory Experiment (GA Lab) merupakan antara kerja yang dilaksanakan oleh pelajar pascasiswazah di sesebuah universiti.
Tugas kami ialah memantau pelajar siswazah (UG) di dalam melaksanakan pembelajaran yang melibatkan aktiviti di dalam makmal (baca: eksperimen) dengan jayanya, tanpa melupakan aspek keselamatan (baca: HSE).
Tujuan aku buat luahan kat sini adalah agar para pelajar UG mendapat pendedahan apa yang dijangkakan di dalam la (untuk pelajar yang baru masuk) dan apa yang diharapkan di dalam lab (untuk pelajar lama tetapi masih tak faham-faham).
Isu pertama, aku nak sentuh bab kedatangan. Wahai pelajar harapan dunia (sebab ada pelajar international), kalau lab tu start pukul 8 pagi, pastikan diri anda telah bersedia untuk memulakan lab pada pukul 8 pagi.
Janganlah banyak cegkadak mempertikaikan kenapa lab diadakan awal sangat. Kalau rasa diri memang tidak boleh bangun awal, anda haruslah berbincang dengan pensyarah untuk menukar sesi.
Isu kedua, pemakaian. Peraturan untuk memasuki lab ialah pakaian yang bersesuaian, sarung lab coat dan fully covered shoes. Secara umum, pelajar UG mestilah faham pakaiannya haruslah menutupi semua bahagian kaki.
Dah kalau anda datang dengan pakai seluar senteng atau berlubang, memang meminta untuk dihalau la. Sepanjang aku jadi GA Lab, ada 2 kes yang pernah aku hadap. Seorang tu aku halau balik suruh tukar seluar dan seorang lagi aku suruh jumpa Technician.
Isu ketiga, lab report. Untuk makluman para pelajar UG sekalian, hampir semua GA Lab semasa menanda lab report anda akan cuba memberi markah yang terbaik.
Maka, buatlah yang terbaik semasa menulis lab report tu. Janganlah copy paste b0doh-b0doh sampai tahap dalam lab report ada hyperlink warna biru lagi.
Sedarlah, markah untuk lab report adalah 20% daripada markah keseluruhan anda. Dan untuk pelajar yang konon bajet terlebih pandai pi ambil Result & Discussion daripada lab report senior2, ketahulilah report2 senior tu aku juga yang tanda, maka, terkantoilah anda.
Isu keempat, interaksi antara GA Lab dan pelajar UG. Janganlah segan mahupun gementar untuk berhubung dengan GA Lab sekiranya ada perkara yang anda tidak faham berkaitan lab.
Tapi, kalau semasa sesi lab anda duk sibuk main phone dan berbual, 2-3 hari pastu dok email GA Lab tanya macam-macam, memang booolayan la.
Isu kelima, lab manual. Semasa datang sesi eksperimen A, bawalah lab manual A. Itulah benda paling asas yang GA Lab harap anda bawa.
Aku faham di zaman teknologi ni, pelajar lebih selesa untuk membawa digital lab manual, tapi anggaplah aku ortodok dalam isu ni. Pada aku, dalam satu group eksperimen, mesti paling kurang kena sorang yang bawa lab manual.
Khulasahnya, aku senaraikan tips untuk score minimum 18/20 untuk lab report.
1. Aktif semasa eksperimen dijalanakan. Berlakon sikit pun tak pe, daripada anda buat perangai berbual isu politik kampus semasa ekspreimen berjalan. GA Lab mempunyai hak untuk memberi markah berdasarkan penglibatan anda semasa menjalankan eksperimen di dalam lab.
2. Lab report haruslah menjawab objektif. Kalau objektif eksperimen, maka bubuh la jawapan untuk objektif di bahagian Results & Discussion. Untuk part Introduction, jangan la copy paste sebijik-bijik macam yang dalam lab manual. Tambah-tambah la sikit maklumat dari Bing atau Google.
3. Dipenghujung semester, pelajar UG mempunyai hak untuk mengetahui markah anda sebelum peperiksaan akhir.
Maka, semaklah dan sekiranya tidak puas hati, silahlah bertanya kepada pensyarah anda. Kerana, kadang-kadang, markah anda rendah kerana kawan anda memberi markah penilaian yang rendah untuk penglibatan semasa sesi eksperimen.
P/s : page confession untuk IPT aku tengah kecoh sebab tak puashati kalah election sebab undi diorang rendah, sebab tu aku menebeng kat sini, hahaha.
– Rakan Surau Metana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit