Assalamualaikum.. aku Hanis, berumur 30 an, berkahwin tapi belum dikurniakan zuriat & bekerjaya professional dalam bidang minyak dan gas.
Aku berkerja sudah lebih 10 tahun selepas graduasi di sebuah syarikat yang stabil dengan gaji RM7K dan benefit yang baik.
Kehidupan aku dan suami boleh dikatakan selesa dengan memiliki sebuah rumah sendiri & 2 buah kenderaan yang dibeli semasa masing-masing bujang.
Melancong, makan best-best, berbelanja untuk diri sendiri & keluarga adalah rezeki yang kami dapat buat dengan gaji masing-masing. Urusan kerja dan hubungan aku dengan rakan sekerja juga baik termasuk dengan client.
Aku sangat2 enjoy dengan kerja aku. Sikit-sikit masalah / tak smooth sailing projek biasalah dan masih boleh hadapi.
Pandemik covid 19 datang dan pada Oktober 2020 satu mesyuarat di oranganisasi aku bekerja dibuat. Semua staf dipanggil dan berita yang memang kami tak mahu dengar terjadi.
Oranganisasi aku akan buat rentrenchment dan downsizing dan aku antara “insan terpilih” itu.
Satu tamparan untuk aku. 1-2 hari aku menangis kumpul kekuatan disamping sokongan suami, mak dan mertua aku. Mereka tahu macamne passion aku pada kerja.
Aku rasa sia-sia usaha aku selama ini dalam selesaikan projek dan beri keutungan pada oranganisasi aku bekerja.
Pendekkan cerita, aku dapat pampasan / VSS agak lumayan dari rentrenchment ini dalam RM21k dan tarikh khidmat terakhir aku pada 31 Disember 2020.
Alhamdulillah hutang kereta aku dah lama settle dan aku cuma perlu bayar komitmen lain yang kecil seperti hp, insurance, cc sahaja.
Alhamdullilah suami aku berkerjaya dan mampu untuk tanggung aku jika duit pampasan dan simpanan aku habis sebelum dapat keje.
Bermula Jan 2021 – Mei 2021 hiduplah aku sebagai seorang penggangur terhormat betul. Rutin aku bermula seawal 4.30 pagi (solat tahajud, subuh, buat sarapan & bekal suami aku).
Sebelum ini memang jarang lah aku buat sarapan untuk suami aku & aku bangun masa zaman kerja dulu 6-6.30 pagi.
Selepas suami aku pergi kerja aku bukak laptop & bermulalah perjalanan cari kerja aku di Jobstreet, Linkedin, dan semua platform cari kerja & uruskan hal rumahtangga yang selama ini aku abaikan. Masa dengan Allah?
Ya aku lebih dekat dengan Allah. Pagi aku bermula dengan baca Al-Quran dan dhuha. Bila aku bosan aku bereksperimen dengan masak & call mak aku.
Berbalik pada pencarian kerja aku. Beratus-ratus permohonan kerja aku buat, berpuluh interview aku hadiri dan akhir sekali aku terima interview dari satu badan kerajaan. Selesai interview (banyak stage ya – aku tak pakaicabel).
Dalam tempoh 5 bulan menggangur aku jadi orang yang self-esteem dan confident menurun. Sebelum ini orang kenal aku sebagai seorang yang berani, lantang bersuara dan memberi pendapat.
Berbalik pada intervew tu, aku lulus interview dan perlu melaporkan diri pada Jun 2021 sebagai pegawai pengurusan gred yang tinggi.
Gaji yang ditawarkan? RM2.5K dan tidak termasuk elaun-elaun lain yang bila ditambah hampir ke RM3.5k. Benefit as employee disini sangat best dan cover untuk suami dan anak2. Alaa korang mesti tahu kan. Bonus & Kenaikan gaji dan pangkat pun memberangsangkan.
Masa ditawarkan gaji sebegitu HR inform aku adalah aku perlu mula dari bawah & pengalaman aku selama ini? ditolak tepi. sedih ya.
Bersusah payah aku bekerja selama ini untuk dapatkan gaji besar dan akhirnya aku perlu mula semula dari bawah.
Mak aku happy dia berharap sangat aku dapat kerja gomen jadi dia suruh aku terima. Aku laporkan diri atas kekuatan doa dan restu mak aku sebab aku percaya ada keberkatan doa mak & niat aku happykan dia, jadi aku accept offer ini.
Duit VSS aku masih ada aku simpan untuk hal-hal kecemasan sahaja. Aku juga baru saja selesai lulus ujian untuk jadi agen insurance sebab aku nk cabar diri selain tambah duit poket dan connection. hehe.
Sekarang dah hampir 7 bulan aku di agensi ini. Suasana yang berbeza dari segi gaji, skop kerja (relate tapi tak berat sangat- aku masih handle pengurusan projek) dan rakan-rakan sekerja baru.
Disebalik gaji yang sedikit ini aku dapat refleks – kerja lebih tenang (walaupun cabaran kerja agak kurang), masa bersama suami lebih (pukul 5.30 aku terus angkat beg & balik),
Bos lebih fleksibel dan memahami walaupun ada juga hal-hal “standard perangai gomen staf disini terutama pekerja lama” yang payah terima perubahan dan pendapat.
Alhamdullilah markah laporan prestasi akhir tahun 2021, bos aku beri markah yang menggembirakan aku. Aku memang perform dan laksanakan tugasan diberi dengan baik & aku selalu beri lebih dari sepatutnya bila selesaikan tugasan.
Budaya kerja di private dulu aku bawak kedalam diri aku disini (fokus dan selesaikan tugasan dengan efisien dan teratur).
Walaupun aku perlu bertatih semula dari bawah dengan gaji begitu dan kadang-kadang setan datang bagi aku “down” bila tengok payslip gaji aku tu.. kekuatan aku siapa? suami & mak aku yang banyak beri sokongan, doa dan suruh aku sabar.
Sebenarnya aku dah redha dan tawakal andai ini takdir kerjaya aku dengan agensi ini andai kata sampai pencen (aku ada lagi lebih kurang 25 tahun nak berkhidmat ni). Aku sangat2 bersyukur aku diterima di sini.
Hari-hari dalam doa & dhuha aku zahirkan rasa syukur & redha aku pada rezeki kerjaya aku di sini. Aku serahkan segala urusan kerjaya aku dibawah aturan Allah.
Untuk rakan-rakan yang senasib yang kene diberhentikan kerja, sedang struggle cari kerja, bergaji kecil aku doakan Allah murahkan rzeki dan permudahkan urusan anda. Percayalah bila kita redha dan syukur Allah pasti akan tambahkan lagi rezeki pada kita.
Mungkin korang akan cakap “alah cakap senang lah dia tak da komitmen besar, anak pun tak da, suami pun mampu”, percayalah jangan tinggal Allah. Utamakan Dia, berdoa, usaha dan yakin akan perancangan dia.
Sekian,
– Hanis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit