Dari Gamer Kepada Gamer

Assalamualaikum semua, terima kasih admin andai coretan ini disiarkan. Aku seorang Gamer, ya seorang gamer tegar yang bermain game LEBIH DARI 20 TAHUN. Dan jika ditanya platform apa yang aku main, jawapannya PC, Playstation, Xbox One dan yang terbaru ialah Nintendo Switch. Malah aku seorang Penjawat Awam, Editor bagi Page Gaming dan Reviewer terhadap semua jenis game-game yang baru keluar (mengikut permintaan) sehingga hari ini.

Boleh dikatakan aku menghabiskan masa lebih dari 30 jam seminggu untuk bermain game, review dan membuat artikel mengenai sesebuah permainan. Dari apa yang aku baca dari confessor terdahulu, aku percaya game yang korang maksudkan ialah Player Unknown Battle Ground (PUBG). Fenomena PUBG ini adalah disebabkan masih ramai orang diluar sana yang tidak mempunyai console atau PC untuk bermain game, jalan mudahnya ialah Mobile Gaming.

Tidak dinafikan aku ke Singapura, Thailand, Indonesia dan tempat kelahiranku sendiri iaitu Malaysia, aku lihat remaja memang addicted dengan PUBG. Bukan sahaja remaja, yang beranak pinak pun sama. Jadi kecenderungan ini perlu dikekang atau difahami?

Ini adalah pengalaman aku, semoga dapat dijadikan guide bagi membantu gamer di luar sana terutama yang mempunyai isteri dan anak.

Seperti yang aku sebutkan tadi, aku menjadi gamer dah lama, malah sebelum kenal akan isteriku. Hidupku tiada istilah lepak kedai mamak, main kat padang, kat taman. Yang ada duniaku dengan dunia game, dari sekecil-kecil platform game sehinggalah membawa kepada 55 inch 4k gaming set aku. Balik kerja aku habiskan masa bermain game tanpa sebarang rasa bersalah tidak melayan isteri.

Akhirnya isteri aku bersuara tentang betapa ketagihnya aku dengan dunia game. Disitu dia memberikan pilihan, untuk hidup secara normal berkeluarga atau hidup dengan game. Aku memilih untuk berkeluarga, jadi inilah tindakan yang isteri aku buat. Aku boleh main game dengan syarat.

1. Solat jangan sekali tinggal, masuk waktu ambil sejadah. Jadi imam.

2. Mengaji sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Kalau rasa berat, seminggu sekali.

3. Game selepas 10 Malam hingga 12 Malam.

4. Weekend untuk keluarga, bawa keluar, makan, jalan-jalan. Balik boleh main game.

5. Dahulukan keperluan rumah sebelum membeli game.

Iya memang berat untuk aku lakukan 5 perkara tersebut. Paling berat bagi aku ialah main game sekitar 2 jam sehari. Ketahuilah wanita di luar sana, seorang gamer tegar memerlukan sekurang kurangnya 4 jam untuk dia puaskan nafsu bermain game. Setelah 4 jam dia baru boleh stop (tapi kejap jela).

Itulah permulaanya, aku main game 4 jam dan setelah itu aku memaksa untuk berhenti, setelah berhenti aku paksakan diri ambil quran, walau tak baca, aku peluk, tengok. Selak la sehelai dua walau tak nak baca.. tengok setiap baris ayat walau kau tak nak baca. Datang nafsu untuk main game lagi, aku solat (kadang-kadang tu menipu, solat cepat2 sebab nak main game)

Tapi percayalah benda terpaksa itulah yang melembutkan hati korang. Aku mula solat awal waktu setelah itu buka kejap quran, kadang aku tak baca, aku cuma tengok tafsir sahaja. Kemudian aku main game. Lama kelamaan aku berjaya harungi nafsu bermain game, aku boleh tinggalkan game 2 atau 3 hari tanpa bermain.

Sekarang 5 / 6 kali aku mengaji setiap minggu, Solat Alhamdulillah aku berjaya kekalkan walau kadang tu terlambat. Weekend aku bawa wife, bahagiakan dia dan selepas balik rumah baru aku main game. Ingin aku pesan, kalau aku boleh buat. Kenapa korang yang addicted dengan game tak boleh buat.

PENTING bagi wanita diluar sana untuk mengetahui, ketagihan game online ini sebenarnya boleh diubati. Game Mobile Legend, PUBG, ROS, Anthem, Apex Legends dan sebagainya ini bersifat online dan game online TIDAK BOLEH PAUSE. Jadi waktu diaorg tengah main, jangan suruh diaorg berhenti. Tetapi cakap, dah habis round nanti tolong itu, tolong ini. Sebab 1 round game online ini mengambil masa sekitar 15 – 40 minit.

Jika anda menyuruh mereka meninggalkan game waktu tengah ONLINE. Akan berlaku pertengkaran, kemarahan dan sebagainya. Jadi ambil sedikit info, game apa yang pasangan anda main, dan 1 round online mengambil masa berapa lama. Contohnya anda boleh berkata “abg, tolong buang sampah selepas habis round game itu”. Setelah habis round dan pasangan anda buat perkara yang anda suruh.

PERCAYALAH YANG SEBENARNYA DIA BOLEH BERHENTI BERMAIN GAME DEMI ANDA.

Tolong jangan give up sebab mereka ini seperti anak kecil yang sentiasa rasa tak puas bermain. Isteri aku tak pernah give up selama aku macam tu, sekarang kami dah tidak ada isu tentang gaming walaupun malam nanti aku main game sampai pukul 2 pagi. Wanita anda kuat, jagalah pasangan anda sebaiknya, mereka memang sebegitu, janganlah menjadi pohon tegap yang menentang angin ribut sehingga tumbang, jadilah seperti lalang yang mengikuti arah angin tanpa berganjak.

– Gamer

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *