Assalamualaikum. Disebabkan lately banyak sangat post pasal introvert. Aku nak share something yang hopefully bermanfaat untuk semua introvert dan mereka yang perlu deal with introvert people.
Basically, aku baru betul-betul discover personality aku ni bila aku pergi satu program waktu cuti sem yang lepas. Kat program tu, ada speaker ni bagi satu borang and mintak peserta tick mana yang dia rasa kelebihan dan kekurangan diri dia and nanti total up the score. It’s a personality test and the questions were simple je.
Lepastu bila dah totalkan score tu aku dapat markah untuk plegmatic yang tinggi and second tinggi untuk melancholy. So bila ada dua combination ni, aku secara automatik adalah seorang strong introvert atau nama lainnya introvert tegar. Haha.
Let me clarify, bila kau totalkan score tu nanti dia akan tengok mana yang kau dominan sekali and selain melancholy and plegmatik, ada 2 lagi which is sanguine dengan choleric. Korang boleh je jwb soalan2 ni kat google dan kaji personality korang sebab bagi aku seronok bila kita dah tau what type of person kita ni.
So berbalik pada ciri plegmatik yang sangat tinggi dalam diri aku tu, plegmatic ni selalunya ciri2 dia: pendengar masalah orang yang baik, setia, baik, slow sikit kalau nak bergerak (tak suka lead), suka mengikut, suka peace, banyak mengalah and dia tak boleh kalau orang tak suka dia-dia rasa tak senang hati.
Kiranya dalam 4 personality tadi, plegmatic ni paling baik sekali sebab dia naif je, dia nakkan yang baik2 je untuk semua organ and dia tak selfish . tapi satu benda pasal plegmatic yang buruk is dia seorang yang pendendam which is very true untuk aku.
Mungkin senang je nak maafkan orang, tapi apa yang dia buat tu susah sikit nak lupa sebab kita banyak makan dalam. Lagi satu plegmatic ni dia ada cara jalan dia yang lambat and malas2. Lepastu melancholy ni pon sama je dia tak banyak cakap, teratur, and ada few lagi yang aku tak ingat dah sorry :(
Lepas aku dapat tau aku plegmatic, aku mcm BINGO, sekarang aku faham kenapa aku mcm ni. Rupa-rupanya character ni dah build in dalam diri kita and susah kita nak ubah dia. Kalau nak ubah pon, it takes time!
I mean, masa yang lama sebab kita dah sebati dengan karakter ni. Kalau nak atasi dia, takde tips pon. Tapi speaker tu cakap kite kena mujahadah lawan benda2 yang negatif pasal diri kita. Dia cakap fake it till you make it.
Combination plegmatic dengan melancholy ni menjadikan aku strong introvert. Macam yang ramai tau, extrovert – dia jumpa kebahagiaan dia dengan bergaul dengan orang gelak2 and kalau introvert – dia jumpa kebahagiaan dia daripada dalam diri dia sendiri.
Maksudnya introvert ni dia akan penat sangat bila dia kena bergaul dengan orang untuk jangka masa yang lama which explains kenapa aku rasa serabut sanagt sepanjang program tu sebab masa aku untuk diri sendiri sikit sangat.
Bateri aku jadi makin low and the only way untuk introvert recharge diri dia adalah tido and bila dia sorang2. Time tu dia rasa bateri dia makin recharge and dia akan gain energy dia balik time tu. Strong introvert ni adalah kontra kepada strong extrovert iaitu those yang suka volunteer, jadi leader and nak pendapat dia diikuti.
Sebelum aku pegi program tu, aku ada isu dengan diri sendiri . Aku benci diri aku sbb kenapa aku susah sangat nak blend in dengan orang lain. Kenapa aku ni susah sangat nak buat kwn baru, nak jadi extrovert gelak sakan lol atau jadi orang yang advanterous suka travel sana sini.
Tapi lepas tau aku ni strong introvert, aku faham diri aku and mmg betul, aku struggle gila nak tegur orang, nak jadi extrovert, pegi jalan jauh2 macam orang lain. Sepanjang 4 hari kem tu, aku struggle nak mix dengan orang cause all i need is time for myself untuk recharge, aku drain gila. Penat sangat2 mental aku time tu.
Alhamdulillah sekarang dah okay, aku embrace kekurangan diri aku, sebab aku percaya semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. So kita try untuk improve diri kita tapi dalam masa yang sama kita tak perlu pon hilangkan identiti kita untuk puaskan hati orang lain.
Because trust me, kita akan penat sangat2. Worst case kita akn mentally ill. So keep on jadi diri sendiri and try la mujahadah lawan benda2 yang negatif pasal kita . Fake it till you make it orang kata. Gituuuu.
Kita selalu dimomokkan tentang kelebihan orang yang extrovert. Sana sini extrovert selalu menang dan dibangga-banggakan. So for this time only, aku nak ajak semua yang introvert supaya jangan rendah diri and despite karakter kita mcm tu, kita pon ada banyak kelebihan kita sendiri. Tapi semua tu kita kena discover la sebab kita je yang tau.
Kebanyakan introvert yang aku tau diorang ni ada bakat menulis. So buatlah benda yang korang power. Kita work hard in silence, let the success makes the noise. Ramai je orang kaya yang introvert and introvert ni diorang jenis yang fikir dulu sebelum cakap.
Untuk semua introvert tegar yang telah sekian lama berjuang dengan karakter diri sendiri, aku faham apa yang dirasa. Kadang-kadang dalam kuatnya kita berjuang, kita lupa kita manusia biasa yang mudah kecundang. Berhentilah membenci diri sendiri, berdamailah dengan takdir Tuhan yang telah menciptakan kita dengan sifat-sifat yang begini.
Percayalah, kita semua ada banyak kelebihan yang tersembunyi. Gali dan cari, tepat masanya nanti kita juga mampu berdiri sebaris dengan extrovert dan dikenali. We got this !
P/s : introvert tak sombong, cuma kadang mereka struggle sikit untuk mulakan perbualan lagi2 dengan orang yang baru kenal : )
– Strong Introvert (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit