Dari Kaca Mata Kak Liza

Assalamualaikum. Panggil aku Kak Liza jelah ek. Umur aku pun sudah masuk kategori makcik-makcik bawang.

Sebenarnyakan adik-adik pembaca, Kak Liza rasa serba salah nak confess berkaitan cikgu-cikgi ini takut ada yang kecam. Jangan kecam akak k. Baca dulu dan sama-sama bantu each other demi anak-anak kita. Harapnya begitulah tujuan confess Kak Liza.

Dalam sebulan dua nikan, Kak Liza terperasan cikgu-cikgu dah tak jaga privacy budak sekolah. Dulukan kecoh pasal privacy budak sekolah tak boleh tunjuk muka, lencana dan apa-apa yang menunjukkan budak tu sekolah kat mana.

Sekarang Kak Liza rasa pelik sikit. Back to normal sebelum kisah viral ke. Sesuka hati je cikgu-cikgi letak gambar penuh bebudak dalam sosial media.

Kak Liza pernah ternampak dalam Q&A igstory cikgu celebrity sorang ni, follower tanya boleh ke post gambar budak tak letak sticker?

Cikgu tu bagi jawapan, kenapa nak letak sticker? Anak murid saya bukan anak artis. Pulak dah. Takkanlah nak kena ada anak artis baru nak letak sticker cikgu oiii.

Cikgu-cikgi sebaya anak-anak ku, jangan buat gurau hal bebudak macam gini. Tak lawak nah. Dari kacamata orang tua macam Kak Liza bila baca cikgu tu tulis macam tu, hati Kak Liza rasa tak sedap.

Tak molek tulis macamtu seolah-olah double standard anak-anak didik. Oh, kalau anak artis kenalah jaga privacy. Anak orang lain, biarkan aje. Macam tu ke?.

Satu lagi, Kak Liza dapat tahu dari kawan-kawan Kak Liza yang kerja cikgu, sebenarnya cikgu-cikgi boleh guna handphone masa mengajar untuk tujuan pembelajaran.

Yang mata lalat Kak Liza nampak ramai yang salah guna kemudahan diberikan. Kalau betul untuk rekod pembelajaran, kenapa kena upload di sosial media?.Itu yang Kak Liza tak faham sampai sekarang.

Bagi Kak Liza, rekod video dan ambil gambar dalam kelas masa mengajar cukup untuk simpanan sekolah dan KPM kalau terjadi apa-apa.

Tak payahlah masuk personal sosial media cikgu-cikgi.

Kalau rasa penat-penat rekod tak boleh tayang kat orang, masukkan dalam facebook rasmi sekolah dan masukkan dalam telegram sekolah dan kelas untuk pengetahuan waris sudahlah.

Bukan semua waris follow cikgu-cikgi dekat personal sosial media cikgu-cikgi. Jadikan bahan dokumentasi itu sebagai rekod rasmi sekolah, bolehkan cenggitu cikgu-cikgi?.

Kalau nak viral cara mengajar, apply jadi tenaga pengajar di IPTA. Ajar bakal-bakal cikgu cara mengajar cikgu-cikgi yang best sangat tu. Viral dekat social media, dapat apa?.Silap gaya mengajar, netizen kecam.

Sekarang musim Hari Sukan Sekolah kan. Kak Liza nak pesan sikit, janganlah cikgu-cikgi kerumun bebudak yang lari dekat hujung track. Sibuk nak merakam bebudak lari. Bahaya buat macamtu cikgu-cikgi oii.

Budak yang lari tak boleh stop berlari mengejut. Kena biarkan lari sikit ke depan dalam keadaan slow path.

Udoh kalau cikgunya berdiri ramai-ramai kat tengah hujung garisan penamat sibuk nak merakam, memang brake mengejutlah budak tu. Lepastu mulalah ada yang pitam dan pengsan.

Tak boleh buat macamtu cikgu-cikgi. Tak percaya, tanyalah pakar dalam bidang perubatan dan sains sukan. Apa yang terjadi tengah lari pecut tiba-tiba stop berlari.

Biar Cikgu bahagian multimedia dan dokumentasi yang rekod. Cikgu lain buat kerja yang ditugaskan.

Dah macam wartawan sibuk nak merekod je kerjanya. Wartawan kalau merakam video, diaorang lari mengundur kebelakang nak ambil shot cantik.

Yang cikgu-cikgi berdiri statik macam patung cendana sibuk nak merekod masuk dalam personal akaun sosial media masing-masing.

Balik kepada cerita rekod merekod video, kalau dah tahu tengah merakam, kawallah kelas betul-betul. Janganlah bagi bebudak masuk frame.

Yang kuban-kuban (istilah budak zaman sekarangkan) aje lah cikgu-cikgi rakam.

Carilah angle nampak cikgu sorang aje. Memang niat nak upload kat social media masing-masingkan lepas rakamkan. Nampak cikgu sorang sudahlah.

Budak-budak dalam kelas tu tak payah bagi nampak dalam video. Ada makpak yang jaga privacy anak-anak. Susah sangat ke nak hormat permintaan makpak?.

Bila makpak bebudak tu bising, cikgu-cikgi juga merungut makpak banyak songeh. Macam mana tak banyak songeh kalau cikgu-cikgi sendiri perangai keras kepala nak melawan makpak?.

Kak Liza ada perasan dalam akaun sosial media, cikgu-cikgi luah perasaan marah dan mengamuk guna bahasa kasar.

Upload pula gambar bebudak yang tak berkaitan dengan status. Dah orang luar sekolah salah sangka ingatkan budak-budak dalam gambar itu yang buat hal.

Selamba je cikgu-cikgi spesis gini perli makpak, tu gambar lama. sibuk je nak ambil tahu hal orang. Jadi cikgu tak boleh meluah kat social media ke?.Nak luah apa-apa pun, luah jelah. Gambar bebudak jangan muatnaik. Itu je pesanan Kak Liza.

Kak Liza faham cikgu-cikgi sekarang stress. Semua tak boleh buat, semua tak boleh upload, semua bendalah tak boleh.

Masa anak-anak Kak Liza belajar dulukan, cikgu-cikgu tak main handphone pun tersebar macam-macam fitnah. Mulut ke mulut, sekolah ke sekolah dan kemudiannya sampai ke PPD.

Sekarang lagilah banyak fitnah boleh jadi. Orang luar sekolah bukan tahu cerita betul pun. Diaorang viral apa yang diaorang nampak aje lagi-lagi berkaitan sekolah dan cikgu-cikgi.

Zaman anak-anak Kak Liza belajar di sekolah sudah lama berlalu. Jadinya apa yang Kak Liza confess dari mata lalat dan kasar Kak Liza.

Bagi Kak Liza, yang meviralkan hal-hal sekolah ini kakitangan sekolah itu sendiri kecualilah sekolah menengah mungkin ada budak sekolah yang curi-curi bawa handphone dan rakam.

Kak Liza pening tengok drama pendidikan negara kita. Kalau tak dibagi bawa handphone ke kelas, susah cikgu nak buat kerja. Kalau dibagi bawa masuk kelas seperti kera dapat bunga. Fokus mengajar dah jadi tugas nombor bersiri bukan tugas hakiki.

Kak Liza kesian dengan kawan-kawan Liza yang masih kerja cikgu-cikgi vateran. Diaorang buat kerja dengan penuh ikhlas, sayang bebudak dan sanggup buat apa saja demi sekolah.

Bila viral, orang luar maki hamun cikgu-cikgi. Kecil hati diaorang. Diaorang tak bersalah. Yang buat masalah, cikgu-cikgu sebaya anak-anak masing-masing.

Antara sebabnyalah cikgu-cikgi sebaya kak Liza bersara awal. Tak sanggup hadap karenah makpak dengan perangai cikgu-cikgu lain dan tekanan dari sekolah dengan jabatan lagi.

Sayang sekali dunia pendidikan hilang permata yang mampu mengajar barang setahun dua lagi.

– Kak Liza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *