Dari Kaca Mata Seorang Wanita

Assalamualaikum.. aku tertarik dengan cerita ladies from manside tu.. So, kat sini aku nak cite dari pandangan aku sebagai seorang wanita yang dulunya boyiesh (perwatakan seperti lelaki).. aku dah kawin menpunyai 3 orang anak.

Bagi aku lelaki ni tak lah secomplicated wanita. Sebab apa aku cakap macam ni, coz lelaki bila dia kata sesuatu, biasanya takde kias kiasan ni, Straight je. Tapi kalau girl ni biasanya akan berkias.

Contohnya, bila pergi shoping mall, tanya pendapat suami/ pakwe/ kekasih. Cantik kan baju ni.. erm lelaki jawab cantik.. and stop.. just like that. Padahal girlz ni maybe berniat nak beli, nak lelaki komen lebih lagi. Tapi tu lah lelaki. So,girl kalau nak sesuatu jangan kias2.. terus cakap, baju ni cantik, kalau saya nak beli macam mana,ok tak? hehe.

Begitu juga kalau pergi makan, kalau girl apabila ditanya nak makan apa? tak kisah mana2 jer.. tapi padahal dia kisah. Jangan bawak dia pergi tempat yang dia tak suka. Tanyalah banyak kali nanti akan keluar lah kat mana tempat yang nak dituju.. jawapan mesti tak kisah mana2 je.. tapi betul ke girl ni tak kisah.. haha kang bawak pergi tempat salah merajuk lak, hihi.

Lelaki kalu perempuan merajuk ni, dia tak tahu lah weh.. kadang dia ingat memang saje dia tak nak borak ngan ko.. lelaki ni bukan ada kuasa magic pun nak faham wanita merajuk ke, tersentuh ke.. so, kalau merajuk tu hantar lah mesej bagitau.. saya tengah merajuk ni disebabkan apa.. ataupun berterus terang.. bagitahu apa yang terbuku dihati.. baru lelaki ni tahu.. kiki baru lah diaorang faham.. mana yang gentle dia akan pujuk.. mana yang keras, nasib.. lantak kau la.. haha.

Tapi guys, u ols kena ingat, bila perempuan lama2 merajuk, dia akan sampai 1 tahap.. nekad.. lantak lah apa nak jadi.. aku tekad.. haha.. girl ni bukan fikir panjang pun.. kalau lah talak jatuh kat tangan isteri.. aku rasa suami hari2 pagi petang kena talak.. huhu.

Sebenarnya, dalam rumah tangga, isteri memainkan peranan paling besar.. bukan isteri queen control.. but, biasanya pendapat wanita ni bersebab dan munasabah.. banyak fikirkan anak2.. kepada lelaki kat luar sana.. fahamilah hati wanita, selamilah hati wanita.. semua yang berlaku pasti ada sebab musabab nyer..

Wanita ni perlukan perhatian.. bila kalian lelaki layan wanita seperti permaisuri.. percayalah.. anda juga layak dilayan seperti seorang raja. Hati wanita ni lembut sebenarnya, tapi bila dah nekad sekeras2 batu dia jadi.. buat lelaki luar sana, banyak lah mengalah, buang lah ego, sebab wanita sanggup buang ego dia demi seorang lelaki.. raja dalam hati wanita tu..

Wanita ni seorang yang berdikari, dan sebenarnya girlz ni suka kalau lelaki tolong dalam segala genap hal.. bila girl terlalu berdikari.. percayalah.. takde lelaki pun dia tak kisah sebab semua benda boleh buat sendiri.. nak buka botol sos pun suh suami. Padahal bila suami takde, peti sejuk ko boleh alih.. so, guys semua, banyak kan tolong isteri, jangan bagi semua benda dia buat sendiri.. lama2 lantak lah nak jadi apa..

Pesanan last, kepada yang dah kawin.. jadikan tiap2 hari korang, penuh dengan cinta dan kasih sayang.. ni lah yang mengeratkan hubungan rumahtangga.. walau anak dah 8 pun.. take time untuk bercinta.. pastikan hari2 peluk suami.. hari2 ada pillow talk, bercerita lah apa sahaja dengan suami.. ini akan mengeratkan hubungan korang.. buat lah.. amik cuti, tengok wayang berdua, tanpa anak2.. bercuti dan bercinta.. cipta moment manis korang berdua.. ni lah yang akan membantu dalam perhubungan..

Akhir kata, berserahlah segalanya pada Allah.. maaf sebab ayat berterabur.. sebab tak pandai sangat mengarang..

– Gadis jupiter

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *