Assalamualaikum. Sekadar ingin meluahkan. Maaf andai ayat sukar difahami kerana saya kurang pandai menulis.
Sekarang ni viral isu influencer yang berkahwin kali kedua semasa isteri tengah sarat hamil.
Membaca situasi mereka dan membaca serta melihat video komen-komen dari netizen membuatkan sayang teringat kisah diri sendiri.
Kisah bagaimana saya terjebak berkawan dengan suami orang tanpa saya sedari.
Harap pembaca boleh membaca dengan hati yang terbuka dan tolong doakan saya dapat keluar dari kemelut ini
Sedikit pengenalan, saya cik H, berusia hujung 20 an, bekerja bidang profesional dan berdikari sejak kecil lagi.
Dari segi fizikal, saya sejenis yang menjaga penampilan, bertubuh sederhana saiz s-m , berkulit agak cerah. Orang cakap, sedap mata memandang la mengikut baka ibu saya yang berdarah campuran.
Ibu dan ayah saya berpisah ketika usia perkahwinan mereka 14 tahun dan semasa umur saya dalam 2 tahun. Saya adalah anak bongsu dari 5 orang adik beradik.
Sebelum kejadian, ayah saya ‘kantoi’ curang dengan ibu saya semasa saya berada di dalam kandungan lagi.
Semasa ayah saya berkahwin untuk kali kedua, perkahwinan mereka sudah pun mencapai 12 tahun dan bahagia.
Dalam kalangan keluarga, mereka diibaratkan pasangan bahagia. Ayah saya berkerja sendiri dan pendapatan agak lumayan masa tu, dalam kategori t20.
Selepas mereka berpisah, ibu terpaksa kembali bekerja dan menjadi sangat sibuk kerana berstatus ibu tunggal.
Berbanding adik-beradik yang lain, saya tidak sempat merasa kasih sayang dari seorang lelaki bernama ayah, seorang lelaki yang sepatutnya menjadi cinta pertama buat anak perempuannya.
Bukan sahaja kasih sayang dari ayah, kasih sayang ibu pun kurang memandangkan beliau sangat sibuk. Saya juga selalu ditinggalkan di rumah saudara ibu yang lain.
Bila saya tingkatan 1, saya tinggal asrama penuh yang agak jauh dari negeri saya dan sejak itu saya sudah jarang balik ke rumah sampailah tamat universiti.
Pengenalan yang agak panjang sedikit kerana ada kaitan dengan apa yang saya hendak ceritakan.
Hujung tahun lepas,saya berkenalan dengan orang lelaki yang saya gelarkan Z. Z ni lebih tua 3 tahun dari saya.
Sepanjang hidup, saya banyak kali berkenalan dengan lelaki tetapi semuanya tidak berkekalan lama.
Setiap kali ada orang ingin berkenalan, saya akan berfikir bila orang tersebut akan meninggalkan saya?
Saya sentiasa merasa tidak layak untuk disayangi. Mungkin apa yang saya alami ni berkaitan dengan isu dengan ayah saya yang meninggalkan kami sewaktu kecik. Saya selalu merasai tidak disayangi.
Awal perkenalan dengan Z, saya beberapa kali bertanya kepadanya tentang status dan dia cakap belum berkahwin. Kerana itu, saya teruskan berkenalan.
Bila berkawan dengan Z, seperti lelaki-lelaki yang saya kenal sebelum ini, saya turut berfikir bilakah dia akan tinggalkan saya tapi sehingga berbulan-bulan lamanya dia tetap stay dan sentiasa ada dengan saya.
Tidak pernah sekali pun dia ‘miss’ daripada menghubungi saya samada ada dari text, call mahupun berjumpa dan berjalan-jalan.
Sepanjang berkenalan dan berkawan dengan Z, saya sangat bahagia dan agak bersyukur dapat merasa kasih-sayang yang hilang selama ini. Turut terfikir adakah Z ni jodoh saya?
Sampailah beberapa bulan yang lepas, saya terjumpa suatu gambar di facebook, seorang wanita mendukung bayi dan juga lelaki disebelahnya adalah Z. Di kanan dan kiri mereka ada 2 orang kanak-kanak yang juga anak mereka.
Alangkan sedihnya saya melihat gambar itu. Terasa seperti diperbodohkan dan terasa diri ini jahat.
Di saat saya sudah merasakan kasih-sayang, saya dapat tahu kebenaran.
Selepas mengetahui, saya bertanya dengan Z dan ajak dia untuk stop berkenalan. Tidak ingin menjadi perosak rumah tangga orang, tetapi Z berkeras untuk bertahan kerana dia turut merasakan sayang.
Sekali lagi, saya rasa disayangi tetapi merasa bersalah dalam masa yang sama.
Selepas kejadian itu, kami meneruskan perhubungan seperti biasa, text call dan berjumpa di hujung minggu seperti sebelum ini. Saya buat-buat lupa tentang status dia memandangkan hati sudah menjadi sayang.
Bila keluar sekali, saya tidak rasa pun Z ini suami orang, dia behave seperti orang bujang saja.
Saya pernah terfikir untuk menjadi yang kedua saja. Saya sanggup. Tapi bila saya fikirkan balik, saya tidak mahu menjadi perosak rumah tangga orang lain.
Saya pernah berbincang dengan Z mungkin jika ingin berkahwin dengan saya kena lepaskan yang pertama tetapi sekali lagi saya rasa bersalah, kerana saya tahu rasanya menjadi anak kepada isteri pertama yang ditinggalkan.
Bagaimana susahnya menjadi ibu tunggal. Dan kami sekeluarga juga sangat membenci wanita yang merampas ayah dari kami.
Sekarang saya dalam situasi menjadi perempuan kedua. Jika saya teruskan, saya akana dibenci sehingga mati.
Saya sangat sedih dan buntu. Saya sayangkan dia tapi kena tinggalkan dia. Nak undur diri tapi terasa sangat sakit. Nak teruskan pun terasa sakit memikirkan semua pihak yang akan terlibat.
Melihat bayi Z didalam gambar, saya teringat diri sendiri. Agaknya sewaktu umur seperti itulah ayah saya ‘kantoi’ dengan ibu dulu.
Apa perasaan isteri Z bila dapat tahu yang Z ada saya? Apa akan jadi dengan anak-anak dia?
Saya harap para pembaca tak kecam saya. Tolong bagi pendapat apa patut saya lakukan.
Saya rasa yang terbaik adalah untuk undur diri dan tinggalkan saja Z walaupun sakit dan sedih.
Sehingga ke saat ini, Z masih lagi menghubungi saya dan tidak mahu melepaskan. Saya dilema.
Setiap hari berasa sedih. Terasa tiadakah kasih-sayang untuk saya? Kenapa semua orang yang saya sayang tinggalkan saya?
Doakan saya kuat dan mohon pembaca berikan suggestion apa yang patut saya lakukan.
Juga mohon doakan saya untuk mendapat jodoh yang baik dan sangat sayangkan saya. Terima kasih.
– Cik H (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tergamaknya awak terus berkawan dgn suami org yang mempunyai anak2 yg masih kecil, tergamak jugak awak sanggup keluar dgn dia dihujung minggu utk temankan awak sedangkan dia memang diperlukan untuk memberikan kasih sayang kepada isteri dan anak2 dia, sepatutnya dia bersama dgn keluarga dia bukan dgn awak dan awak adalah org yg ego, dah tahu betapa sakitnya ayah awak kawin lain, awak tk akan jumpa kebahagian, apa yng awak cari adalah kesengsaraan dan memberikan kehancuran kepada org lain, jadi selamat menjalani kehidupan yan penuh dgn masalah dan kesengsaraan, org lelaki ni memang camni, janji bulan dan bintang, bila dan dapat, mampus kt hangpa
1.Bukannya apa, tapi first2 lagi awak mcm dah tak beware to yourself, zaman sekarang apa2 pun kena ada perasaan jaga border, beware, and ragu2, kenapa dia baik, kena tahu awal pasal background dia, tnya kawan dia ke apa, stalk akaun socmed ke….. jangan main amik n terima je apa yang dia bagi…Lgi satu, dia awal2 dah menipu satu perkara yang besar, jap lagi apelah yang dia nak tipu awak pulak kan…Jangan mudah percaya kat lelaki! wahai wanita2 sekalian…, Jangan buat kita ni mudah sangat…upgradekan balik maruah tu
Jangan kecam? Tolong jangan buat keputusan yang minta kecaman.
Minta pendapat? Obviously, tinggalkan dia!
Sis, you tak payah tanya pendapat orang ramai. you pergi confront kat mak you, rasanya you pun tahu jawapan dia. jangan pentingkan diri sis
Bayangkan awak berjaya jadi isteri kedua.. dan tgh mengandung anak kedua, tiba2 suami curang ada kekasih lagi satu.. sudi ke bermadu lagi?
saya faham apa yang awak cuba sampaikan. insya allah, ada yang allah swt nak tunjuk kepada awak dengan ujian ini. undur diri dan banyakkan berdoa dikurniakan yang lagi baik. jika tiada jodoh di dunia, insya allah ada di akhirat. hidup ni sekejap je jika dibandingkan di akhirat. buat baik walaupun orang lain tidak hargai sebab bukan diorg yang akan membalas nanti. tanam dalam diri yang awak layak untuk lelaki yang jujur. bukan salah awak terjerat mula-mula sebab dia pun xjujur dengan ayak, tapi bila awak pilin untuk stay, ketahui la tiada pengakhiran yang baik untuk kisah seperti ini… kuatkan diri ya
tlg keluar dri hubungan terlarang ni.. karna apabila awk dh dpat semua yg awk mahu. rasanya takkan sama seperti yg mula korang kenal.. please slow2 moveon. biar mnysl skrg. jgn mnyesal kmudian hari.😊
Tinggalkan dia sis… jangan fikirkan nafsu semata… kasihankan anak isteri orang tue… awak pun tahu bagaimana seksanya menjadi ibu tunggal, ditinggalkan suami kerana perempuan lain… ambil pengalaman dari ibu awak … jangan teruskan hubungan itu…
leave him. dari mula dah ada ‘red flag’. dia tak jujur dengan status nya, mengaku bujang sehingga awak terserempak gambar dia dan familynya di FB
leave him. leave!
saya dan suami baru setahun jagung bernikah kahwin.. Saya mengaku bila saya dengan dia, saya tak de sangat rasa spark tu.. Tapi bila saya bercinta dulu dengan ex saya setiap masa saya duk rasa spark tu.. memang pelik ya amat.. Bila Saya fikir2 balik baru saya temui jawapan bahawa ni semua kerja si syaitan iblis.. Percaya lah hubungan awak sekarang ni dihias indah oleh yang namanya syaitan iblis.. Sebab tu suka, seronok, bahagia naw.. Ye la dah benda haram.. Lelaki tu pun dh ada halal kat rumah dia akan tetap rasa haram tu lagi indah lagi happy.. Ya yang haram tu relationships korang berdua la.. Syaitan iblis ni memang suka kita dekati zina dan bercerai berai.. So ingatlah awak pun mungkin nanti akan ada anak perempuan.. Jadi pasti awak tak nak dia lakukan sedemikian.. Kasihani lah ibumu..
Tinggalkan je la sis. Benda haram ni memang rasa indah je. Sini saya share hadiith terus semoga sis insaf.
Kata Nabi:
ليس منَّا من خبب امرأة على زوجها
“Tidak termasuk golongan kami, orang yang merosakkan hubungan seorang wanita dengan suaminya.”[Riwayat Abu Daud]
Merosak rumah tangga orang antara sebesar-besar misi dan kerja Syaitan.
Awak syok sendiri jer tu, jantan tu mmg tak guna. Saya percaya kalau awak tinggalkan dia, sepantas kilat dia cari yg baru. Berhenti berangan, awak nk bawa kemana hubungan haram ni, saya pasti kalau berkeras nk kawin juga, yg tersakiti awak dan isteri serta anak2 yg tak berdosa tu. Jgn main suka suka tangkap muat jer ye, ingat, Allah tak tidur, baik balas baik, jahat……
tinggalkan dia. sakit tu sementara, akan sembuh. jangan menyesal kemudian tu je nak cakap.