Assalamualaikum kepada semua pembaca.
Harini aku hanya ingin menulis sesuatu yang aku rasa dalam hati aku, dan pandangan aku pada diri semua lelaki — khususnya perkara yang aku ingin tulis ini berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri dan juga kehidupan dewasa.
Aku dibesarkan dalam keluarga di mana pakcik aku di kedua belah keluarga — ayah dan ibu — masing-masing mempunyai wakil bagi seorang lelaki yang berpoligami. Bukan daripada keluarga aku saja, dari keluarga sebelah isteri aku juga ada.
Jadi sebagai seorang manusia lelaki yang dewasa, aku suka memerhati dan mengkaji tentang akibat dan kesan sesuatu keputusan dalam kehidupan.
Sejujurnya, aku belum pernah melihat seorang lelaki dipaksa untuk berpoligami. Semuanya dari kehendak lelaki itu sendiri.
Sebenarnya, poligami ini tidak menjadi masalah pun. Ianya sah dan wujud dalam kehidupan Islam ini. Aku juga menyokong jika ada yang ingin berpoligami. Tetapi dengan syarat, biarlah kau layak dari segi akhirat dan dunia.
Pada aku semua ini sangat straightforward. Jika hadir perasaan suka pada seseorang lain ketika kau sudah berumah tangga, kau periksalah terus diri kau.
Kalau kau seorang lelaki yang sebenar, sudah pastinya perasaan suka itu membuat kau ingin berkahwin dengan perempuan itu.
Jika kau tidak mempunyai perasaan untuk berkahwin dengan wanita kedua itu, hanya untuk kau berfoya — kau boleh berhenti membaca di sini kerana artikel ini bukan untuk haiwan macam kau.
Kau lihat pada ekonomi kau — adakah kau mampu? Jika isteri kau sememangnya setiap bulan tidak pernah membantu dalam perbelanjaan keluarga, dan kau mampu mengeluarkan dan menanggung segalanya, baik — kau mungkin telah lulus dari segi ekonomi.
Lihat pula dari segi agama diri kau. Kau ingin bina masjid yang kedua kan? Sudah pastinya ilmu mengawal dan menjaga masjid yang pertama itu perlu cukup dan mantap dalam diri kau.
Kau yang nak berkahwin lagi kan? Bukan orang lain. Jadi tanya diri kau — layakkah aku untuk mendidik mereka? Cukupkah ilmu aku untuk menjaga wanita-wanita ini dan juga anak-anak yang bakal lahir dari rahim wanita ini?
Jika solat Subuh pun kau dikejutkan oleh isteri, jika solat-solat lain pun kau masih diingatkan oleh isteri, tanya tentang darah haid nifas pun masih tergaru-garu kepala — alangkah baiknya kau istighfar dulu dan tenangkan diri.
Kahwin bukan satu benda yang melandaskan nafsu semata, bukan hanya nak elakkan zina. Kalau itu saja niat kau, kau perlu muhasabah diri.
Kenapa aku menulis tentang perkara ini? Sebab dalam kehidupan aku, aku dikelilingi lebih kurang 5 orang pakcik yang berpoligami.
Sejujurnya aku katakan, hanya ada seorang pakcik yang kami sekeluarga bersetuju — dia ini layak dan mampu untuk berpoligami. Dari segi agama dia cukup, dari segi ekonomi juga dia mampu.
Walaupun isteri pertama dan kedua masih tidak rapat dan tidak bertegur, sekurangnya dia mampu asingkan mereka, menanggung dan juga mendidik.
Itu pun kepala pening untuk mengadili. Hal itu pun pandailah dia fikir dan tanggung. Rasanya dulu tak ada yang letak pisau di leher dia dan memaksa dia untuk kahwin dua. Jadi pandailah dia fikir.
Seterusnya, selepas cukup ilmu akhirat dan dunia itu, aku harap bagi sesiapa yang nak meneruskan niat untuk berkahwin dua, berusahalah untuk kau bernikah kali kedua dengan keadaan yang paling baik sekali.
Maksud aku itu — dengan keadaan di mana perkahwinan dalam pengetahuan isteri pertama, mak ayah ketiga-tiga pihak, anak-anak. Mungkin kau akan kata “bukan tak sah nikah aku kalau tak ada izin dorang pun”.
Betul — memang bukan dalam rukun nikah pun perkara tu semua. Tapi kau nak bina masjid dalam keadaan huru-hara ke? Kau tak rasa ke menyakitkan hati, menipu isteri dan kedua orang tua kau tu — benda yang menyakitkan juga bagi dorang?
Banyak kesan-kesan selepas tu yang aku dah tengok dalam keluarga pakcik-pakcik aku ni. Nanti aku ceritakan kat bawah.
Kesemua pakcik-pakcik aku yang berkahwin poligami ni, akhirnya kesan yang dapat aku tengok — masa mereka dah tua. Bila kau dah ada dua masjid, perhatian pada isteri kau terbahagi — sama dengan anak-anak.
Akhirnya, yang aku tengok semua anak-anak tak jadi rapat dengan ayah masing-masing. Bila ayah sakit, anak-anak pun berpikir siapa yang perlu jaga.
Dan sejujurnya aku tengok, sejauh mana pun kau pergi masa kau sihat, tapi akhirnya masa sakit — kau tetap akan balik pada isteri pertama. Sebab dia ni yang ada masa kau susah dari awal. Betul ada isteri kedua yang lebih baik, tapi ni yang aku tulis lebih kepada majoriti.
Aku ingat lagi abang sepupu aku cakap:
“Sejujurnya bapak aku ni, kalau tak ada pun — kitorang boleh hidup je.”
Betullah apa yang dia cakap. Kau dah makin jarang balik rumah, masa nak bercakap dengan anak makin kurang — dan kau expect dorang makin besar akan dengar cakap kau?
Jadi sekali lagi, aku tak menghalang lelaki yang ingin berpoligami, tapi cubalah fikir apa yang kau akan hadap, kau akan tanggung, dan bersedialah sebaiknya — supaya kau boleh jadi suami dan bapa yang baik untuk dua keluarga kau. Uruskan semua dengan baik.
Yang PENTING — poligami dah cukup menyedihkan hati isteri pertama. Sebaiknya usahalah untuk tidak menambah sakit dalam hal yang lain.
Kemungkinan tulisan aku ni ada bias sikit — disebabkan makcik yang aku sayangi, kehidupan dia jadi terabai dan anak-anak juga menanggung sakit yang sama disebabkan bapa yang berpoligami tapi langsung tak mampu dari akhirat dan dunia.
Seterusnya kepada third wheeler ataupun bakal-bakal isteri kedua — jika anda sedang bercinta dengan suami orang, cubalah menjadi bijak sikit dan pijak di bumi yang nyata. Fikirlah dengan kewarasan otak dan hati. Lihatlah lelaki yang kau jatuh hati itu — adakah dia layak?
Ingat — jika kau bekerja dan kau rasa yang dengan gaji yang kau ada, kau mampu untuk sara diri kau, bakal suami tak perlu risau. Kau berdua hanya ingin menghalalkan hubungan.
Cik kak, itu maksudnya dia tak mampu, kak. Usahlah kau hidup dalam keadaan janji-janji palsu macam tu. Aku tahu, sebab majoriti pasangan yang aku jumpa semua sama awalnya.
“Aku boleh tanggung diri dan tak susahkan dia”.
Kau yakin kau tak jeles bila dia belikan periuk nasi untuk isteri pertama, sedangkan dengan kau — dia teman beli periuk nasi tu je. Tapi yang keluar duit tu kau? Kau yakin?
Sekecil itu pun, kau akan persoalkan semua benda kelak. Sebab hakikatnya, kau kahwin dengan orang yang tak mampu jaga kau. Dan ikut agama kita, lelaki tu tak layak untuk berpoligami pun.
Aku lelaki. Aku berdoa untuk tidak diuji seperti itu. Aku tahu aku hamba Tuhan yang tak tahu mana arah hidup aku. Niat aku hanyalah untuk bagitahu — poligami tu halal, tapi buatlah dengan cara yang baik.
Sebab aku sedih lihat hati perempuan, khususnya makcik-makcik aku yang terluka dengan perlakuan suami masing-masing. Sebabkan mereka juga ibu aku.
Anak mana yang nak tengok ibu mereka sedih.
– Sumbadi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bapak saya bilang, yang membezakan agama kita dengan agama yang lain adalah KEBERKATAN. Dalam agama kita ditekankan bukan sekadar rukun/syarat sahaja di atas satu-satu ibadah/perbuatan/perlakuan, haruslah tertib dan beradab bagi mencapai keharmonian/keberkatan. Contoh; dalam pekerjaan halal yang kita kerjakan, adakah memadai ianya sekadar halal untuk kita merasai nikmat CUKUP/BAHAGIA dengan gaji/hasil yang kita dapat kelak..? Begitu juga dengan soal ibadah lain seperti nikah. Jangan cuba nak samakan dulu dengan sekarang kerana kedalaman makna kalimah syahadah dalam setiap diri mukmin pada waktu dulu dengan waktu sekarang pun sangat jauh berbeza. Itu baru sentuh satu poin, tidak lagi poin lain seperti ibadah solat sunat pun dibuat wajib. Perbezaan yang sangat besar ya pemuda-pemuda zaman Raja Zulkarnain dengan zaman sekarang. Lalu apalah nak diharapkan sangat dari perempuan-perempuan hari ini yang dipimpin.
Hidup ni pilihan..
Gunakan akal yg waras utk memilih.Bukan jd mangsa je sampai ke sudah.
Knp pilih derita sedangkan bahagia di hadapan ada.