Assalamualaikum semua!
Saya nak share tip dan cara elak penyakit mata/ pandangan hasad/ iri orang lain.
1. Tak perlu post bahagia rumahtangga sangat.
Contoh – shuben saya baik rajin dia, basuh spenda saya pun sanggup! atau *insert gambar suami tengah lipat kain*
Encik Shoomi saya baik sangat, today dia surprisekan dengan gelang pandara buat saya.. i love u encik shoomi *insert gambar pakai gelang pandara sambil pegang tangan suami*
Kerana ramai perempuan yang tak berlaki/berlaki iri.. dia nak juga apa perempuan lain ada, macam jiran beli tv dia pun nak beli tv tu. Tapi bab berlaki, laki orang jugak dia nak.
Maka dia sanggup buat apa je, maruah letak longkang. Selalunya spesis gini bajet baik sweet sweet saya tak bersalah tak akan ambil hak isteri pertama…eurggh i’m gagging my own puke now.
2. Ada baby comel? Simpan sikit. Nak post, post kat tempat yang kita restricted pada kenalan yang kita tahu. Orang tak kenal kita nak tunjuk buat apa? semua baby comel full stop.
Bukan semua dikurniakan anak, bukan semua dikurniakan anak yang sempurna sihat tubuh badan. Dek penyakit ain ni anak anak kita boleh jatuh sakit dengan kerap.
3. Ada kereta mewah?tak yah tunjuk sangat la eh. Kalau awak rasa awak kaya, ada lagi kaya pada awak. Ada nampak sultan Brunei tunjuk kemewahan dia. Orang dah biasa kaya ni dia rasa benda tu biasa je.
Kadang bukan semua senang dengan kesenangan kita. Kang ada je lah jadi dengan harta benda kita, hilang ke musnah ke kan.
Dah dapat gambaran penyakit ‘ain tu apa? – ye, penyakit dari mata (‘ain dari kata asal ainun) yang melihat dengan kagum lalu dengki dan iri dengan apa yang orang lain ada. Ini baru betul, penyakit mata turun jadi penyakit hati tak tenang..
Banyak benda lagi boleh buat sebabkan penyakit ‘ain ni. Atas tu contoh contoh normal yang banyak kita jumpa kat media sosial dewasa ini.
Kadang orang tu bukan semua berhati nurani mulia lagi suci dari hasad. Kadang dek kata kata lintasan hati pun boleh jadi dosa
“Untung nya dia…. shuben dia baik sangat,aku ni apa pun tak bahagia pun dengan laki aku” – tak bersyukur dengan suami, suami lupa angkat kain jemuran tetiba hujan dimarah suami dia terus merajuk 2 hari. Baru sekali je silap pun hah. Ala ala Cik Nab bawa bersyukur ye
“Elehhh macam dia sorang ada anak comel, anak aku pun comel la..ni pun nak tunjuk ke?” – kata Peah di dalam hati
Jadi apa langkah terbaik dari dapat dosa dek iri hati tengok bahagia orang ni? Jika kita terkagum dengan sesuatu benda kita ucapkan
“Masya Allah tabarakallah… comelnya anak ini!”
Nak puji makhluk,puji Allah dulu ye kawan kawan. Semua Allah yang bagi. Semua dari Dia. Suami yang penyayang, anak anak yang baik , kekayaan dan kemewahan semua Allah punya. Puji makhluk udah kenapa?
Nak share boleh, tapi patut padan la. Kadang asbab tangan kita laju sangat nak share, terkena diri sendiri balik.
Lindungi diri kita dengan selalu membaca surah al- Falaq, banyakkan baca al mathurat. Kadang kita tak niat apa apa pun, jalan depan rumah Cik Nab, Cik Nab ternampak lalu teriri hati. Huhuhuhu
Wallahua’lam.
P/s : Apoo shuben la encik suami la… geli jek. Ingat sweet? Hahaha, salah satu tanda menyampah di medsos. Kalau aku nampak perkataan ni lalu kat medsos aku, aku unfollow terus, takde la tabung dosa aku melimpah dan sifulanah ini tak terkena penyakit ain.
Yang Benar,
Cik Wanda bukan jiran Cik Nab. Cik Nab kawan baik Peah, depa tu pun mendengki satu sama lain. Apoo.
– Cik Wanda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit