Untuk part I, (https://iiumc.com/dari-peguam-kepada-banduan/).
Assalamualaikum dan salam sejahtera, hampir 20 bulan dari pendakwaan awal Abang A.. Hari ini, dia dibebaskan. Mungkin ada yang nak tahu perkembangan isu ni.
Syukur… Aku kira orang pertama yang dia hubungi selepas dari keluarga dia. Terus aku siap2 jumpa dia. Meskipun dia baru keluar penjara tapi yang penting aku nak jumpa dan bagi kata2 semangat balik.
Alhamdulillah, pertemuan kali ini lebih tenang. Perkataan syukur dari bibir Abang A banyak kali aku dengar. Dia peluk erat aku sambil berbisik ‘Maafkan abang dulu, abang banyak buat silap’.
Berkaca mata dia aku tengok. Tersentak jugak aku. Jumpa pun dalam rumah dia sebab masih dalam tahanan pengawasan 14 hari. Perlu laporkan pada warden penjara selepas pukul 7 malam memang kena ada dekat rumah.
Tak banyak yang dapat aku gambarkan. Hanya kesyukuran yang jelas aku tengok pada raut wajah dia. Dia dijatuhkan hukuman 4 tahun.
Tapi untuk nak pendekkan hukuman, dia ambik rotan /sebat. Ini mungkin pada sesi perbicaraan dia. Aku tak tahu sebab tak hadir pada perbicaraan dia dulu.
Satu rotan sama dengan pengurangan tempoh 6 bulan, jadi dia amik 3 rotan. Jumlah tahun hukuman berkurang 1 setengah tahun.
So kiraan dia di hukum penjara lebih kurang 2 tahun 6 bulan. Cuma atas kelakuan baik dan dapat parol, dia dibebaskan awal.
Aku pun tak faham sangat sebab dia bagitahu aku, penjara ada kiraan tempoh pemenjaraan dia sendiri. Sepatutnya dia keluar penjara dalam bulan Februari 2021.
Cuma cerita dalam penjara tu, aku dengar sendiri seram jugak. Mula2 Abang A di letakkan di Penjara Sg Buloh tapi bila dia dah di jatuh hukum kena pindah ke Penjara Kajang.
Cerita penjara ni, aku pun tak mampu nak gambarkan tapi berdasarkan riak wajah Abang A, aku tahu benda tu bukan sesuatu yang mudah dan mimpi ngeri.
Dari segi makan/ minum/ keselamatan semua Abang A cerita.
Ada lah aku tanya, apa yang paling dia rasa bila duduk dalam penjara, dia hanya cakap ‘banyak fikir masa lampau dan nak bebas balik’. Betapa besarnya erti kebebasan yang kita ada.
Abang A bagitahu tak semua benda yang pasal penjara kita dengar betul. Ada yang betul ada yang tak betul.
Pasal keadaan penjara bagi aku tak perlu aku dedahkan sebab rasanya semua boleh tahu atau kalau tak tahu boleh tengok drama siri English Prison Break tu. Lebih kurang sama.
Dari seorang peguam menjadi bekas banduan adalah perubahan 360 darjah. Cuma sebagai masyarakat dan pada aku sendiri, mereka layak diberi peluang kedua.
Abang A sendiri pun takut nak hubungi aku pada mulanya, bimbang aku takkan terima dia. Tapi sebagai seorang teman/ sahabat aku terima.
Perancangan Abang A lepas ni nak mula bekerja balik. Mungkin kerja guna kudrat dulu. Stabilkan hidup balik. Alhamdulillah. Aku sokong.
Sempat jugak aku titipkan nasihat dan kata2 semangat untuk Abang A sebelum aku beransur pulang.
Secangkir kopi yang terhidang dari awal pertemuan tadi aku hirup. Sehitam-hitam warna kopi pun ada manisnya jua.
Aku harap moga perkongsian aku sedikit sebanyak memberikan pengajaran pada semua yang membaca.
Walau apa jua pekerjaan yang kita buat, buatlah dengan penuh beramanah dan integriti. Kalau boleh, selagi kita mampu menasihati, nasihatlah. Dah terlambat memang akan menyesal.
Terima kasih admin dan para pembaca.
– Hazim (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit