Assalammualaikum Salam Sejahtera kepada semua pembaca IIUMC rasa terpanggil untuk menulis selepas beberapa kali membaca tentang topik poligami dalam page ni.
Saya kenalkan diri saya sebagai Teha berumur 30 tahun genap. Seorang usahawan di Utara Tanah Air dan masih bujang..
Ya saya seorang pelakor, maaf kalau pengakuan berani saya menyebabkan ketidakselesaan kepada semua saya hanya ingin menyampaikan isi hati dari pandangan seorang pelakor.
Diumur begini kebanyakkan yang hadir jika dia masih bujang kehadirannya hanya untuk menumpang senang..
Tetapi.. sebagai seorang wanita sama seperti wanita lain saya juga terasa seperti ingin disayangi dan ingin meluahkan kesedihan..
Ineed hug, love and seseorang yang boleh menjadi pendengar yang baik.. Juga saya juga seorang wanita yang normal…
Saya seorang yang tidak pernah kelihatan lemah dimata orang, sahabat, rakan dan staff saya seorang yang dipandang tinggi masyarakat..
Saya tidak pernah menangis atau tidak pernah nampak sedih… Segalanya kelihatan sempurna dimata orang.. Sedangkan hakikat sebenarnya… saya seorang yang sangat2 lemah terutama dengan pujuk rayu seorang lelaki..
Saya tahu saya sangat berdosa entah sampai bila saya akan berterusan begini.. Dan diantara kesemua lelaki2 tersebut ada jugak yang berminat untuk memperisterikan saya…
Masalah saya sekarang adalah stigma masyarakat.. And to be honest, golongan suami orang adalah seorang yang sangat caring, good listener matang dengan kewangan yang stabil.
Tetapi stigma masyarakat Melayu menyebabkan saya tidak boleh senang untuk bersetuju..
Saya sangat takut dengan label seorang wanita pelakor, babi sondol dan bermacam tohmahan dan caci maki orang.. Saya mempunyai ramai teman lelaki istimewa.
Maaf Puan-puan saya lah peganggu rumah tangga puan.. Saya tak tahu macam mana nak describe..
Suami2 orang teman istimewa saya bukanlah seseorang yang biasa2 kebanyakkan dari orang yang berduit dan berpangkat serta mempunyai business yang kukuh..
Bukan lah harta dan pangkat yang menjadi kegilaan saya. Tetapi lebih mudah jika setara dan tidak terhutang apa-apa win win situation.
Saya pernah mempunyai teman istimewa masih study dan pekerja am biasa. Masalahnya mereka terlalu kerap mintak duit.
Puan puan ini tips saya sebagai pelakor untuk puan puan yang masih sayangkan suami keluarga dan rumah tangga, ubahlah penampilan diri bukan mintak vogue macam artis cukuplah sekadar sering bersih kan diri dan secalit lipstick..
Antara keluahan dari mulut para2 suami adalah wife tak pandai berhias, berjauhan dengan isteri, isteri kerap menolak untuk bersama dan juga rumah yang bersepah2.
Puan-puan yang saya muliakan saya tahu confession ini amatlah tidak disenangi oleh puan-puan sapalah saya untuk menasihati Puan-puan..
Tujuan saya disini hanya untuk menyedarkan Puan puan mungkin puan-puan merasa selesa dengan kehidupan sekarang.
Buat pengetahuan puan, jika di office suami takde perempuan pun peluang curang masih ada.. dengan teknology sekarang ni semua hanya dihujung jari..
Belum cerita jika terpaksa PJJ.. Saya sangat2 tak boleh brain ada suri rumah sanggup PJJ Pantai Timur – Utara sebab tak mau berjauh dengan orang tua..
Puan sayangkan suami atau tak sebenarnya???
Sangat panjang kalau saya nak ulas satu persatu saya ringkaskan sekadar yang termampu kerana saya sedar Puan puan isteri2 mesti sangat2 benci dengan confession saya ni..
Saya hanyalah nak selamat kan rumah tangga puan-puan saya juga seorang wanita..
Sungguh2 saya tak mau merampas kebahagian rumah tangga puan-puan tapi jika puan asyik membiarkan ruang dan peluang yang puan-puan ada kami para pelakor yang kesunyian tidak susah untuk masuk dlm keluarga puan-puan..
Bila keadaan macam ni saya faham kenapa Islam menghalalkan poligami.
Hati suami/ lelaki seperti secawan gelas..
Puan mungkin rasa puan dah mengisi ruang hati nya dan menjadi suri hidupnya tapi tahu tak puan-puan jika cinta itu tidak prnh puan peduli dan tidak prnh untuk cuba semai kembali..
Gelas akan kosong dan mencari isi yang baru.. itu je saya nak cakapkan..
Saya akhiri penulisan saya dengan kata maaf beribu ampun kerana kesalahan2 saya..
Juga mohon puan-puan semua doakan saya bertemu jodoh dengan si bujang dan kisah ini menjadi kisah hitam dan sejarah yang akan terus dilupakan.
– Da Kyung (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit