Dari Seorang Bro Kepada Bros

Assalamualaikum. Sebagai pembuka bicara. Nama aku Hafiz. Sudah tentu, bukan nama sebenar. Mustahil aku letak nama sebenar dalam confession ni. “Hafiz” adalah common name yang ada di Malaysia.

Seramai 34,589 orang yang guna nama Hafiz. Jadi, sangat sempurna sekiranya aku guna nama Hafiz, instead of guna nama sebenar aku which is, Kamarul.

Tujuan aku buat confession ni adalah, sudah tentu untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati aku. Sebelum aku lupa, umur aku 28 tahun. Juga bukan umur sebenar.

Sebab aku segan nak bagitahu orang yang umur aku dah 30 tahun. Tapi masih lagi single, and always ready to mingle, aku suka makan burger, dan lepak di kedai janda. Maaf, force of habit. Bila aku bercakap, aku selalu ter rap kat hujung-hujung. Baiklah, kita mulakan.

Aku bad luck dalam cinta. Dan aku tahu kenapa. Tapi aku taknak cerita kenapa. Sebaliknya, aku nak bagi nasihat yang berguna, tulus dari hati aku yang paling kudus.

Aku ada satu nasihat kepada lelaki-lelaki muda di luar sana. Kalau ada perempuan yang hot, cantik dan magnificient, cakap yang dia suka kat kau, jangan terus percaya.

Dia mungkin selalu contact kau, sebab kau kelakar. Perempuan cantik suka lelaki kelakar, hanya sekadar untuk menjadi safety net nya sahaja.

Sebenarnya dia dah ada boyfriend/crush. Bila-bila masa je, dia boleh jadi hantu dan hilang begitu sahaja. “Thanks for your service. See you when I’m being vulnerable and sad again.” That’s it. Trust me. I’m a professional bachelor.

Kebiasaannya, nama diorang start dengan huruf D, N, F, Q, Z dan A. Make no mistake. Be careful. They are horrible, beautiful, dangerous and savage.

Okay, what else. Dating. Alright. Sebagai seorang yang selalu gagal dalam bercinta, aku rasa aku dah cukup berpengalaman untuk bagi nasihat berkaitan dengan dating.

Untuk lelaki-lelaki muda di luar sana. Jangan pernah bawa date korang pergi date jauh-jauh. Trust me bros. Aku ada sebab.

Okay, kau jumpa perempuan tu let’s say, melalui media sosial. Kau tak tahu apa-apa pasal dia.

Melainkan rupa parasnya yang belum tentu 65% fake-proof, sebab kita tak boleh gauge how much tons of make up and filters yang diorang letak kat muka diorang kan? Alright. Here comes the deal.

Kau ambil dia kat rumah, bawa pergi date kat someplace nice, not too far away from her home. Korang have a chat, talking about family, career and stuffs.

Dan korang find out that, she’s fake. Everything about her, is fake. Korang nak escape. There is disaster over there. Tapi tak boleh.

Korang make an excuse untuk bail out. Dan korang pergi kaunter bayar meal. Perjalanan pulang ke rumah dia tu, korang akan rasa macam 24 jam. Lama, serius lama. So, think smart. Bawa date di tempat yang dekat-dekat je.

Okay, apa lagi. Okay aku ada satu trick. Kalau korang date dengan perempuan yang melepasi piawaian sirim, make sure lepas date, jangan terus contact dia.

Biar dia tertanya-tanya. “Laki ni tak suka aku ke?” Perempuan ni overthinking. Dia akan fikir macam-macam pasal diri dia.

That way, korang akan buat diorang crave korang for more. Cukup dua hari, baru contact dia. Just a simple gesture like this. “Hai, how you doing over there? Hope you fine. How was our date last two days ago?” Diorang akan perli korang.

Maybe akan merajuk sikit. Tapi itu membuktikan yang korang telah berjaya. Always be two, three step ahead. Selalu pastikan yang diorang yang akan reach korang. Bukan korang yang reach/terkejar-kejarkan diorang.

Be mysterious. Jadi seorang lelaki yang misteri. Aku ada satu trick. Lame and cheesy trick. But it works. Masa date, letak phone korang atas meja. Make sure diorang nampak skrin phone korang. Kemudian, plan sejam sebelum tu, dengan member korang.

Untuk call korang, in the middle of the date. Save number member korang sebagai, “Dato Kamarul” or something cool. Trust me. Diorang akan keep tanya korang, “Dato Kamarul tu sape?” Dan korang jangan sesekali jawab soalan tu.

Just bagitahu macam ni, “Member lama”. Atau, “Someone important”. “Rahsia negara”. Diorang akan melekat dengan korang sampai diorang tahu, siapakah Dato Kamarul itu.

Dengan cara ni, korang boleh make sure yang diorang akan stick dengan korang lebih lama.

Genius.

Mungkin ramai wanite-wanite yang marah bila baca confession ni. Sabar. Aku pun ada nasihat untuk wanite-wanite di luar sana. Okay, let’s start with. Nothing. Hahaha.

I won’t tell you guys shoot. Keep being a woman you already structured are. There is a concrete reason out there, why men playing video games, not you guys, ladies. So sunk a dice.

Maybe that’s all for today. Comment below untuk lebih banyak nasihat-nasihat di dalam percintaan.

Disclaimer : My name is not Kamarul. But if you bump upon a guy who name is Kamarul, and he is 30 years old, and live in Selangor, I just wanna tell you guys, that guy is awesome.

– Hafiz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *