Dari Sisi Ibu Mertua

Assalamualaikum sahabat-sahabat, adik-adik dan anak-anak yang dirahmati sekalian. Terima kasih admin kerana menyiarkan confession akak.

Akak terpanggil untuk menaip confession ini setelah kerap terbaca tentang cerita-cerita buruk tentang ibu mertua. Kerana akak juga adalah seorang ibu mertua. Tidak dinafikan masih ramai ibu mertua yang begitu skeptikal dengan menantu.

Benar, bukan mudah untuk menerima orang luar masuk ke dalam keluarga kita, lebih-lebih lagi kalau perangai menantu tak seperti yang kita harapkan.

Di sinilah pentingnya kita sebagai menantu berusaha mengambil hati mertua, sama ada dengan tutur kata, ringan tulang atau menterjemahkan kemahiran yang ada di rumah mertua. Akak juga pernah menjadi menantu.

Jika usaha dah dilakukan, tapi ibu mertua masih di takuk itu, ikhlaskan hati apa yang kita buat, dan cuba berfikir positif bahawa perangai manusia ni macam-macam. Dan itu adalah salah satu kekurangan dan kelemahan dia.

Kalau kita tak selesa, bagi yang tak tinggal bersama tu janganlah nak fikir sangat sampai tak senang nak hidup. Jumpa sesekali je kan. So chill baby.

Bagi yang tinggal bersama, teruskan usaha mengambil hati mertua anda. Sampai masa carilah rumah sendiri ya. Pujuk suami elok-elok, tunjuk sedih. Cakap selalu sampai dia bosan. Tapi jangan bawak bergaduh, memang susah la dia nak layan..hihi.

Ok..long story short. Kalau ibu-ibu mertua lain sibuk nak suruh anak menantu tinggal bersama, tapi tidak dengan akak suami isteri.

Bukan halau, tapi kami memang suka mereka belajar macamana nak menjalani kehidupan ini dengan menguruskan urusan hidup mereka sendiri. Agaknya akak dan suami malas kot nak tenguk masalah rumahtangga anak-anak ni, boleh gitu..,haha…jangan kecam akak.

Ok, memandangkan kami pun ada rezeki rumah lebih, so kami beri mereka tinggal di rumah-rumah yang ada tu, rezeki mereka kan.

Kami renovatekan mana yang kurang. Belikan kelengkapan rumah mana yang perlu, tapi duit kelengkapan rumah tu kena la bayar semula kat kami. Hidup mesti kena susah-susah, mana boleh senang sangat. Nanti malas nak berusaha. Betul tak.

Tapi bersyukur la jugak anak menantu tak tinggal bersama. Maaf, bukan nak mengumpat menantu, cuma bercerita dari sisi akak pula sebagai mertua. Menantu berpelajaran tinggi, ada degree. Anak teman seuniversiti menantu.

Tapi itu lah…dah perangai segelintir orang zaman sekarang jadi menantu kan. Tak semua tau…segelintir. Bangun pagi mak mertua yang ke dapur dulu. Nak harapkan masak untuk mak mertua ngan pak mertua ni, jangan haraplah. Kalau nak tengahari tu kita senyap, dia pun senyap.

Tak ada usaha nak tanya nak masak apa, boleh tolong-tolong sediakan dan buat apa yang patut dulu kalau tak nak masakkan pun. Basuh pinggan pun berkira dengan adik-adik ipar. Tapi sekarang nampak ada kemajuan sikit bab basuh pinggan tu.

Pendek kata tak ringan tulang lah. Pernah suami akak pulak yang bising kat akak. Katanya, menantu awak tak tolong-tolong ke. Jangan sampai saya yang bercakap. Mak aihh… suami akak tu garang ko. Terpaksa la akak coolkan dia. Tak naklah kecoh-kecoh kat rumah aku ni..huhu.

Baru-baru dulu akak agak terkejut sikit dengan budaya macam tu. Kerana kami menantu-menantu zaman dulu tak macam ni perangainya. Haha. Tapi cuba redho perlahan-lahan.

Akak rasa keputusan untuk tak tinggal bersama menantu adalah keputusan yang tepat buat kami. Nanti stress pulak aku. Dah la dah tua-tua ni nak tenang-tenang je.

Cerita kedua pula, menantu akak ni kalau dia bergaduh dengan suami dia..anak akak la tu suami dia, tak puas gaduh ngan anak akak dia mesej akak. Kalau mesej sedih-sedih meluahkan perasaan, kita pun jadik kesian la jugak.

Sementelah akak ni bukannya jenis membela anak. Kalau dia salah…tetap akak tegur. Ada je akak tegur anak akak kalau ada yang akak tak berkenan . Pada akak, anak sendiri, lagi senang nak tegur.

Laju je aku tegur, haha. Anak orang ni segan sikit nak tegur. Oh ya..akak pernah terbaca satu article, mak mertua jangan buat menantu macam anak sendiri, nak marah atau tegur sesuka hati. Kelak sampai ke hujung nyawa dia ingat. So akak pun follow je la, huhu.

Berbalik cerita kalau anak menantu ni bergaduh, si menantu ni pernah mesej akak. Katanya, mak cakap dengan anak mak tu….sekian..sekian..sekian. Tak bolehlah cakap detail. Kang pecah rahsia pulak.,hihi. Ok..Ko ghase? Apakah perasaan mak mertua ini?

Dah la mak mertua ni jenis tak pandai marah menantu. Masa dia dalam pantang, mak mertua ni la yang jaga. Bayangkan sedih tak sedih. Sampai hari ni teringat-ingat. Ada juga beberapa insiden lain yang mengecilkan hati akak.

Tapi memandangkan dah bukan kali pertama, so akak telankan je la. Akak ni bukan la mak mertua kolot tau, mak mertua zaman moden tau. Cuma cinderella sikit la tang baik hati tu, hihi.

Sekarang ni akak tetap layan menantu baik-baik. Tak pernah pun bawak bergaduh. Cuma selalunya akak akan berjauh hati je.

Rasanya dia faham, tapi tak pernah pun minta maaf. Akak pujuk hati, tak apa la, dah begitu cara didikannya. Anak orang. Bukan kita yang tak nak buat macam anak sendiri.

Kesimpulannya, wahai emak-emak mertua sekalian. Bila anak dah kahwin tu, bior le diorg duduk rumah sendiri. Jangan la paksa-paksa mereka duduk dengan kita. Jangan rajin sangat nak melayan kerenah anak menantu. Kalau anak kecik, seronok sikit dilayan.

Ni dah jadi hak orang. Bior le mereka. Yang penting mereka bahagia dengan kehidupan mereka. Bahagian kita membesarkan mereka dah lepas dah. Kita doakan la yang baik-baik buat mereka. Bahagia mereka, tenanglah kita.

Buat menantu-menantu pula, jadilah manusia yang baik, menjaga hati semua tak kira siapa. Bila kita terbiasa berbuat baik, dengan mak mertua pun kita jadi seorang yang baik. Allah suka orang yang baik akhlaknya, apatah lagi manusia.

Kita takkan pernah rugi kerana berbuat baik. Kerana kalau manusia tak mampu membalas kebaikkan kita, Allah pasti akan membalas. Kerana Allah maha melihat.

Sebelum akak akhiri coretan akak, mohon doa dari kalian yang ramai ini kesejahteraan buat akak dunia dan akhirat. Semoga doa yang sama kembali buat kalian juga. Aamiinn aamiinn Allahumma aamiinn.

Terima kasih dan salam sayang buat semua.

– IBU MERTUA CINDERELLA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *