Dari Sisi Seorang Peniaga

Hai, tergerak aku nak menulis di sini kerana semua orang adalah pembeli,

Mesti korang pernah membeli tak kisah lah apa pun kan dan aku adalah peniaga. Peniaga kecil-kecilan sahaja untuk menampung keluarga kecilku.

Aku faham, ekonomi sangat meruncing sekarang ni. Tapi sebagai peniaga, kami perlu bertahan.

Boleh tak aku nak minta korang jangan tawar menawar ketika membeli?

Ada sesetengah pelanggan, bila ‘repeat’ dan menjadi ‘regular customer’, mulalah keluar ayat… Alaaa selalu datang sini takkan takde diskaun?

Ketahuilah setiap harga tu dah dikira kos untung ruginya. Kalau seratus kali beli pun harganya adalah sama.

Pernah ke korang beli minyak yang ke 100 botol di Mydin atau Giant atau Lotus pastu korang mintak diskaun kat cashier? Sedangkan pemiliknya adalah millionaire atau billionaire…

Sejak ekonomi merudum, pelanggan mula berkurang. Aku berusaha dengan menyediakan penghantaran percuma, asalkan barang aku terjual.

Penghantaran sudah percuma, masih ramai minta diskaun untuk barang. Penghantaran IKEA yang berbayar pun takde pula korang minta diskaun.

Untuk naikkan lagi jualan, aku mula sewa tapak di pasaraya, expo-expo seluruh negara bagi meluaskan jualan aku.

Tapi sedih, bila di expo, setiap pembelian pasti ada yang minta ‘free gift’. Janganlah minta, peniaga jadi serba salah bila barang RM10 tapi minta free gift.

Bila diterangkan cara elok, bahawa kami perlu sewa lori untuk bawa barang, sewa tapak yang harganya cecah ribuan ringgit bagi tempat-tempat tertentu, ramai yang tak peduli. Tetap minta diskaun dan minta free gift.

Ya, RAMAI.. Boleh dikatakan 8 dari 10 orang yang akan minta.

Sedih. Sedih. Paling saya tak suka, jawapan begini, ‘kami nak support Melayu, tapi Melayu selalu berkira’. Kalau nak bantu bukan dengan cara menindas.

Bila saya perhatikan ke kedai C***, diskaun & free gift langsung tak minta malah tuan kedai tak layan pun. Elok je bayar harga penuh.

Peniaga Melayu ni masih menjaga adab tolak cara elok bila tak dapat bagi diskaun, tapi golongan yang memaksa-maksa ni memang menguji sungguh.

Pernah saya sampai tahap tak sabar, kalau selang satu pelanggan asyik minta diskaun & free gift,

Pernah saya keluarkan semula barang dari dalam plastik & letak semula di rak. Terus saya tak layan pelanggan tu, faham-faham sendiri lah.

Saya dah letak besar-besar ya HARGA TETAP, tapi tetap buat tak nampak.

Buat barcode pun sama, semua tu menambahkan lagi kos sebenarnya tapi tetap bila nampak Melayu je nak minta murah.

Saya pula, sejak berniaga saya dah tak pernah minta tawar 1 sen pun dengan peniaga. Dan saya mula membeli dengan peniaga-peniaga kecil.

Lebih sikit tak apa, mereka bukan berniaga untuk kaya jadi jutawan, cuma ingin meneruskan kehidupan. Saya berharap dapatlah ubah mentaliti dan sikap ketika membeli.

Doakan saya…

– Penjual (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *