Dari Sudut Hati Seorang Lelaki

Aku seorang lelaki yang dah dekat 30 an. Cerita ni berkaitan bila seseorang yang dah bersedia nak berkahwin tapi tiada jodoh.

Awalnya aku ni kenal dengan seorang perempuan nama N… Kenal dari zaman sekolah menengah dan sampai alam pekerjaan.

Kami tak declare apa apa sehingga aku dah start kerja dan dia masih lagi belajar.

Rezeki aku kerja awal dalam sektor awam lepas SPM jer terus dapat masuk kerja,

Dan alhamdulillah sebelum aku nak rancang seterusnya tu aku dah bincang untuk kahwin dengan N sekali mak ayah dia.. Cuma masa tu agak lewat sebab aku dengan N sebaya.

Sedikit tentang aku sebelum aku ready nak kahwin tu aku dah settle kan hutang pinjaman kereta aku dan aku mampu sediakan rumah sewa yang serba lengkap untuk persediaan kahwin dan aku juga dah saving almost 30K untuk kahwin.

Aku dengan family N ni dah kenal rapat sebab aku selalu juga ziarah mak ayah dia kat kampung dan kenal adik beradik dia. Tapi itulah bila dah tiada jodoh kan.

N masuk universiti sambung degree dan lepastu dia decide nak kahwin dengan orang lain mungkin sebab faktor jauh atau biasalah hati manusia bukan kita yang pegang.

Aku tahu pun dari mak N maklum kan N dah nak kahwin dengan dia masa degree.

Masa ni aku memang kecewa gila gila sebab aku dah lama berusaha untuk kahwin dengan sedikit kestabilan sekurang-kurangnya tapi dah takde jodoh.

Aku ambik masa juga untuk terima dan sampai sekarang 2023 dah nak masuk 30an aku masih lagi tak rasa nak kahwin sebab trauma yang aku rasa aku tak boleh percayakan sesiapa tu sentiasa ada.

Berbalik pada N, mak dia ada bagitahu yang N sekarang tak bahagia dan selalu ada masalah dengan family suami dia.

Aku takde apa yang nak bincangkan sebab tu keputusan dia dan untuk mak ayah N yang baik dengan aku adab dan bahasa aku tetap kena jaga sebagai orang yang pernah baik dengan aku.

Cuma dari segi aku biasalah orang akan tanya bila nak kahwin sebab dah nak masuk 30an..

Duit aku simpan untuk kahwin tu pun aku dah habiskan untuk tukar kereta aku sebab niat aku bebas hutang sebelum kahwin jadi jodohnya salah.

Cuma sekarang ni aku tak salahkan sesiapa dan bagi sesetengah orang yang pernah ada trauma macam ni aku faham kenapa lepas kegagalan dalam hubungan tu jadikan orang tu lambat balik nak rasa ingin berkahwin.

Tak semua lelaki ke perempuan tu mudah dan senang senang nak kahwin ada yang begitu percayakan kesetiaan dan hubungan tapi tiada jodoh.

Untuk orang yang suka tanya bila nak kahwin tu nasihat aku pedulikan juga hati dan perasaan dia atas asbab kenapa lewatnya seseorang untuk berkahwin.

Semua orang ada sebab tersendiri yang pastinya jodoh itu ada cuma belum sampai masanya..

Sekarang ni aku bahagiakan family aku jer dan kahwin tu kalau ada jodoh ada lah kalau takde pun takdir yang lebih baik InshaAllah menanti..

– AN (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Salam AN .. FYI , sy perempuan .. untuk confession AN , sy faham apa yg AN rasa dari sudut hati seorang lelaki kerana sy juga mengalami keadaan yg mana partner sy skrg mungkin mcm AN la (trauma untuk ke next step) .. Sy ceritakan serba sedikit tentang kami ..
    1) Partner sy dahulu nya seorg yg setia dgn Ex dia .. putus , sambung, putus, sambung lebih 3x .. (sy assume mungkin partner sy ni terlalu menyayangi Ex kot) .. yg buat hal nya si Ex tu (curang , ade lelaki lain, etc) .. sampai 1 tahap , partner sy taknak bersambung hubungan dah dgn Ex dia ..
    2) after tu dia jumpa sy .. Tp selama 2 tahun sy dgn partner ni ,, sy boleh merasai yg dia tak move on lagi dgn Ex dia .. (dia masih simpan gambar, video, all the barang2 mereka) ..
    3) dulu dia cerita , diorg dh nk bertunang , partner sy dah simpan duit bagai ,, tup tup Ex dia curang .. duit tu dia beli motor ..
    4) masa partner dgn sy ,, 1 ape pun sy tak nmpk usaha dia untuk ke next step . kenapa sy ckp begitu kerana tak pernah sekali pun dia tunjuk sy kat mak ayah dia .. dia ckp , sebab dia risau kalau sy pun tak menjadi .. pasal perkahwinan pun tk pernah diborak ,. ibarat sy ni mcm simpanan dia je la senang nya ..
    Sy rasa dia masih tunggu Ex dia (sambil taip sambil menangis) .. tu serba ringkas nya la .. byk lagi sbnr nya ..
    Tapi sy nk cakap , boleh jadi org yg kita jumpa lepas kita broken tu jodoh kita .. cuba lah bukak hati dan lepaskan yg lama .. cuba nmpk ape yg ade di depan ..
    hati mmg Allah yg pgg .. semoga yg indah2 saje untuk AN .. stay strong Boss !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *