Aku lelaki bujang, hujung 20-an dan tinggal sorang dekat rumah sewa kampung. Berbekalkan metabolism yang tinggi dan kurus, aku suka gila makan.
Masakan melayu, masakan barat, masakan cina, mamak, korea, jepun, orang asli, Indonesia, arab semua suka asalkan halal.
Tapi aku tak reti masak sangat dulu. Dan aku makan pun selalu ikut bajet. Yang penting berpatutan dan kena dengan bajet. Jadi sejak PKPB tahun lepas, bermulalah perjalanan aku suka masak-masak ni.
Biasalaa dapur bujang, mesti mula dengan yang ringkas iaitu sup ayam, kemudian ayam goreng, pastu masak spaghetti, pastu boleh buat ayam buttermilk.
Kemudian belajar pulak masakan ikonik Malaysia; nasi lemak. Dan sekarang dah boleh terus ke lauk tomyam, rendang dan kuih-muih. Kira membanggakan jugak laa sebagai lelaki bujang dah tau masak-masak ni walaupun simple.
Tetapi apa yang aku nak tekankan dekat sini adalah manfaat yang kita boleh dapat bila kita menghayati aktiviti memasak ini. Aku jelaskan dalam 4 perkara:
1)- Zero-waste mentality.
Awal-awal bila start masak nasi dulu, aku takleh bajet2 untuk makan sorang sebab kecik-kecik dulu mak aku suruh masak nasi 4 cawan terus. Maklumlah adik beradik ramai yang rakus-rakus metabolism tinggi.
So bila mula masak nasi 1 cawan asyik lembik laa, mentah laa. Jadi bila tak jadi tu makan je laa, tapi sikit. Yang lebih tu membazir. Bila dah basi aku buat baja kompos laa (sebab ada tanah dekat rumah sewa ni).
Kemudian aku dah slow-slow belajar bajet masak untuk seorang. Bermula dari nasi dan lauk-lauk yang lain. Dan akhirnya boleh kawal pembaziran.
Aku juga belajar resepi untuk nasi goreng dan pudding roti untuk lebihan nasi dan roti. So dekat sini bukan sahaja boleh mengamalkan sunnah, bahkan turut menyumbang ke arah kelestarian alam.
2)- Memahami pengurusan dapur dan makanan.
Bermula dengan bahan mentah seperti sayur, bawang, ayam ikan dan nasi, kita dah boleh agak bila setiap bahan akan mula rosak dan expired.
So dekat situ kita boleh agak berapa kerap kena ke pasar untuk beli bahan, nasi orang kasi tahan berapa lama, sayur berapa hari sebelum ia kecut dan layu dalam fridge dan sebagainya.
Dekat sini dah boleh estimate untuk bajet duit. Dah boleh belajar cara penyimpanan bahan-bahan dan penyusunan piggan.
Kalau biasa tengok lelaki basuh pinggan memang dia susun menggunung macam main jengga. Sekarang ni aku dah boleh susun macam mak aku surh waktu kecik-kecik dulu.
Kemudian kita dah macam ada agenda setiap hari nak masak apa dan timing yang tepat untuk start potong bawang, defrost ayam, dan menguli doh. Jadi hidup bujang tu kira semakin sistematik dan tersusun.
3)- Pemahaman nafsu secara mikro.
Topik agak tinggi sikit konsep dia. Jadi bila start masak, kita perlukan bahan tumis (wajib) macam bawang putih bawang merah. Kemudian kita perlukan protein (ikan ayam daging) dan yang ni macam option kita untuk masak apa.
Akhirnya kita perlukan bahan perasa dan sampingan lain macam cendawan, kentang, carrot, dan lain-lain (perhiasan yang menyempurnakan). Lalu jadilah lauk yang boleh dihidang.
Jadi dalam buku fiqh awlawiyat yang aku baca ada 3 perkara yang kita kena pandai bezakan:
1) Dharuriyat (darurat)
2) Hajiyat (hajat)
3) Tahsiniyat (perhiasan)
So bila kita analyse secara mikro nafsu kita yang nak makan sedap2 dan bahan-bahan yang ada dekat dapur kita, kita dah boleh bezakan yang wajib ada, yang boleh dipilih, dan yang hanya hiasan semata-mata.
So kalau nak relate dengan kehidupan pulak, kitab oleh masuk ke analogi kenderaan;
Secara darurat kita perlukan kenderaan, tak kira jenis apa asalkan kereta berbumbung. Hajatnya nak yang boleh muat 4 orang, so perodua pun ok sebab pilihan masih dalam bajet. Tapi tahsiniyat kita nak full spec kerusi kulit.
So dekat sini dah boleh pecahkan secara mikro tentang nafsu kita. Mana yang wajib ada, mana yang boleh dipilih, mana yang sekadar perhiasan je.
Mungkin macam tak kena je point ni, kalau salah konsep ni boleh betulkan. Makasih.
4)- Makanan boleh buatkan kita time travel.
Ada satu hari aku masak kari ayam. Rasa biasa je, tapi bila makan je dengan kicap. Suppppp! Tiba-tiba aku dapati aku pakai baju sekolah warna putih, dengan seluar hijau tua tengah duduk atas meja makan rumah lama.
Pastu aku nampak adik beradik lain tengah siap ke sekolah agama sesi petang, aku pulak tengah ready nak tengok wonderpets dekat tv9.
Rupanya rasa kari ayam tu sama dengan apa yang mak aku buat 13 tahun dulu. Terus mengalir air mata jantan waktu makan nasi. Dah laa masin air mata.
Habis makan aku terus call mak cakap rindu. Pastu ceritalah harini masak kari sama macam mak buat dulu waktu sekolah. Tak sangka boleh time travel waktu tengah makan. Habis sejam otp dengan mak.
Jadi dekat sini point aku nak suruh try laa masak sendiri untuk dapat macam-macam manfaat hidup. Kalau korang rasa perkongsian ni macam “hek eleh, pe bende laa mamat ni”,
Sorry laa sebab aku membesar dekat bandar so kecik-kecik dulu tak banyak peluang masak sebab makanan luar semua padu-padu. Jangan kecam please, hahaha.
– Food monster (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit