Bismillahhirahmanirrahim.
Assalamualaikum admin, Airin dan pembaca sekalian. Terima kasih admin jika anda telah menyiarkan artikel saya ini.
First of all, saya berterima kasih kepada Airin kerana sudi berkongsi cerita awak dan awak sebenarnya ingin selesaikan masalah yang membelenggu cuma awak belum temui cara. Awak kuat sebenarnya. Saya perkenalkan diri, nama saya Umaira dan nama facebook saya Umyraa Hamdan. U can always find me if u need helps lepas ni. Dan untuk pembaca, saya harap tiada kecaman untuk apa yang saya cuba sampaikan ni. I was in the same shoes with her and i want her to solve this, for the sake of her kids.
Kita sama, berada dalam situasi yang sama cuma sekarang saya sudah melepasi tahap depresi saya dan saya dah dapat overcome semua tu. Alhamdulillah, saya dah jumpa apa yang sepatutnya saya buat dan sekarang saya nak berkongsi dengan Airin dan pembaca yang mungkin juga mengalami masalah yang kami hadapi. Depresi ini bukan gila, bukan kita yang minta tapi semua ni berlaku bilamana kita dah hilang inner strength, confident level kita pun dah kelaut. Jadi, firstly Airin cuba selesaikan roots of problem ni. Apa punca kepada semua masalah ni. Sebagai wanita yang melalui penceraian, kita hilang sumber bergantung, hilang tempat bermanja dan tempat berkongsi masalah. Mungkin depresi ini terjadi hasil dari perbuatan bekas suami kita dahulu as for me, i was in abusive marriage before i step out. Mental and physical abuse yang membuatkan saya rasa saya loser, saya hopeless dan saya useless.
Saya merupakan graduan ijazah sarjana muda undang2 uia, yang dimana saya bernikah pada tahun akhir pengajian dan bekas suami mengharapkan saya untuk saya bekerja sebagai peguam dan semua ni menjadi kebanggaan baginya. Kononnya mempunyai seorang isteri yang berkelayakan hebat, tetapi right after my graduation, i chose to start my business. Saya dan dia run our reflexology spa dan saya juga terlibat dgn insurance field selama 3tahun.
Saya dibesarkan dalam keluarga berlatarbelakangkan business dan semua ahli keluarga saya terlibat dgn own business, jadi darah itu tetap mengalir dan saya memang takde hati langsung dalam bidang perundangan (tolong jangan komen “kenapa tak buka firma guaman sbg cabang perniagaan”. Minat saya berbeza).
Jadi, setiap hari saya dimomokkan dgn kata2 dari ex husband, “Belajar tinggi2 tapi tak guna jugak. Mana kerja lawyer hebat kau tu?? Mana gaji lawyer riban2 tu??”. Tahun pertama permulaan business, surely ade up and down but believe me, im the one who manage the expenses in my little family. Kata2 dari dia hari2 saya dengar dan to the extend, dia selamba je cakap…”anak2 aku lepas ni tak payah nak hantar sekolah sangat lah. Belajar tinggi macam mak dia, bukan bole bagi aku apa pun..” Kambing kan manusia macam ni? Sangat KAMBING. Kata2 takbur dari dia, yang mengatakan si dia tak belajar tinggi pun masih mampu bayarkan sewa rumah, saya rasa that kind of culture saya nak elakkan dalam keluarga saya. Itu salah satu drpd kata2, selain dari kata2 dia yang hampir setiap hari menghina saya. Serba serbi tak kena di matanya. Tangan dan kaki juga naik. Keluarga saya hanya sampah di matanya.
Ok, itu serba sedikit saya brief apa yang saya maksudkan “i was in abusive marriage”.
Back to topic.
Airin, cuba kenalpasti apa punca awak jadi depression. Try to OVERCOME the roots.
HOW to overcome ? KEYWORD : YOU NEED TO CONTROL THE SITUATION.
1) APPRECIATE THE STATUS
– Berdasarkan perkongsian awak, awak tidak memaklumkan kepada kenalan bahawa awak sudah berubah status. Sayang, appreciate your status. Being a single mom is not the end of the world. Saya single mom dengan 2 orang anak lelaki dan anak saya masih belum wean off. U know how young they are kan? Hari pertama saya diceraikan talak ketiga, saya inform kawan2 dan keluarga.
Kenapa kena appreciate the status dan perlu diberitahu? Sebab saya nak memudahkan segala urusan. Orang tidak akan bertanya lebih2 dan orang akan lebih memamahami. In the same time, jika kenalan ternampak saya keluar makan dgn ajnabi, there wil be no other issue. Memegang status ni membuatkan saya lebih berhati2 dan lebih appreciate kedua orang tua saya. SEBURUK MANA PUN KITA DI MATA MANUSIA DAN BEKAS SUAMI, HANYA IBU BAPA SAHAJA YANG MENERIMA KEMBALI ANAKNYA DENGAN HATI TERBUKA. Ibu saya sering mengingatkan saya akan tindak tanduk saya, setiap pergerakan saya akan melibatkan not only nama mereka tetapi juga nama anak2 saya. Jadi, saya appreciate the status. This status turned me to the better person.
Jika awak risau tohmahan dari rakan sekerja, kenalan..try to change it into something positive. Kawan2 kita sebenarnya akan lebih memahami dan akan cuba untuk tolong kita. Allah tu tak kejam. Dia akan hadirkan orang2 yang hebat di sekeliling kita jika kita berfikiran husnuzon terhadap mereka. Untuk kes lelaki yang bakal menggatal dengan awak, you have full control over situation. You boleh elak, maki, marah or do whatever u want to do asalkan mereka tak beri mudarat kepada awak.
2) TUKAR RUTIN HARIAN AWAK
– Berdasarkan perkongsian awak, awak ada mengatakan yang awak pergi kerja dan balik kerja..lepas balik kerja, awak berkurung di dalam rumah. berkurung di dalam bilik. Saya pun dulu macam awak. BERKURUNG. Tapi apa yang saya dapat? Saya hanya dapat migraine dan panas baran. Saya ubah routine saya. Lepas pick up anak2 dari babysitter, saya bawa mereka pusing2…berhenti di playground dan shopping mall. Sekadar mencuci mata..melihat warna2 indah di sekitar saya..sambil menghirup udara segar.
Saya tidak mengatakan yang berkurung dan bersolat 24hours is not good for you tapi in your case, you really need to change a bit. Change your routine and u will realize yang dunia ni indah. Hidup kita bukan sekadar pergi kerja, tengok muka boss dan balik rumah tengok dinding. Maaf jika ayat saya agak keras di sini tapi inilah realiti yang saya cuba sampaikan.
Anak2 sedang membesar, setiap hari mereka belajar sesuatu yang baru dan awaklah pendorong mereka untuk mereka keep on improve themselves. Jangan biarkan mereka terkapai2 seorang diri mencari apa yang mereka perlu buat, kepada siapa mereka hendak berkongsi cerita. Bawa mereka keluar, involve yourself dalam aktiviti harian mereka. Mereka perlukan awak, mereka tiada ibu selain dari awak. Rancang percutian untuk anak2, mereka deserve untuk happy bersama ibu mereka.
Seperti keyword tadi : YOU NEED TO CONTROL THE SITUATION
3) SIBUKKAN DIRI
– Jika aktiviti harian awak hanya bangun pagi, pergi kerja, balik kerja dan tidur…cuba sibukkan diri dengan sesuatu. Berbalik kepada point no.2 tadi..libatkan diri dalam segala aktiviti anak2. Basuh kasut bersama2, masak bersama2..tengok channel kegemaran mereka bersama2. Sambil tengok tv, kita boleh create a silly question untuk mereka gelak, untuk mereka ponder. U can even kacau them bila mereka buat homework. AS LONG AS YOUR TIME TU FULLY OCCUPIED. Kalau awak rasa awak nak suap anak2 makan, u can do so. No one akan larang walaupun anak2 dah besar.
I pun sama macam u, dhuha tahajud taubat tak tinggal tapi 8malam – 11 malam adalah masa bersama anak2. Saya elakkan diri dari terkurung dalam bilik. Hnadphone letak tepi. Setiap hari, umur kita makin pendek tapi anak2 makin membesar. Kita tak boleh solat 24jam dan menghiraukan mereka. Mereka adalah tanggungjawab kita..amanah kita. Mungkin kita beramal dgn Allah tapi kita mengabaikan amanah yang Allah bagi, that is not good sebenarnya. Tak balance. You have full control over yourself dan seperti keyword tadi : YOU NEED TO CONTROL THE SITUATION
4) CREATE A NEW HOBBY
– By changing your routine and make yourself fully occupied, u will eventually find your new area of interest and u will get busy with it.
Saya seorang Thalassophobia but i created a new hobby with a sea. Just to overcome my fear. I took a diving license and now my current hobbies are travelling and diving. Saya terpaksa. Saya terpaksa cipta hobi baru, sebab saya seorang pencinta alam dan dulu hiking was my hobby. Dulu yes, larat la nak hiking every week. Tapi bukan sekarang. Saya created hobby yang tidak menggunakan lemak2 saya. Semua ni buatkan saya sibuk dan saya mingle dgn new community. Cipta kawan2 baru yang tidak kenal bekas suami dan tidak mengetahui sejarah hidup lampau saya. Saya lebih fresh bila berada dalam komuniti yang baru. I have full control over myself so do you.
5) PUT A LIMITATION
– Im not saying you can do anything freely, setiap benda kena ada limitation. Setiap apa yang saya exercise dalam point2 di atas, saya letakkan limitation. Jam berapa saya perlu berada di rumah, tarikh bila saya boleh pergi travel dan apa yang anak2 perlukan..tak semua saya boleh bagi. Seperti keyword tadi : YOU NEED TO CONTROL THE SITUATION.
Seperti masalah jiran awak, you have full control over the situation. Awak boleh bersuara untuk mengatakan awak tidak selesa atau awak boleh mencadangkan dia datang ke rumah hanya pada waktu tertentu. Based on your sharing, u ignored your kids..your neighbour datang cuba untuk jadi “ibu” kepada anak2 awak. This is how i identify why your jiran can interfere. Setiap benda ada limitation, dan masalah awak juga sebenarnya perlu di limitkan. Dont gone beyond your control.
Saya harap Airin boleh terima dgn hati yang terbuka atas setiap ayat2 saya dan saya mohon maaf jika terkasar bahasa / masih belum dapat redha kan masalah yang membelenggu awak.
Dari Wanita untuk Wanita = ini yang saya cuba sampaikan.
Maaf lagi sekali untuk kata2 yang kasar / kurang menyenangkan. Cuma saya harap perkongsian dari saya ni dapat membantu wanita2 yang sama2 hadapi masalah ni, untuk keluar dari masalah mereka.
Wassalam.
– Umyraa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit