Dari W4nita Untuk W4nita

Tadi aku duk berborak dengan kawan aku pasal zaman muda2 dulu. Zaman belum matang. Lepas tu satu2 memori muncul. Hahaha. Masa tu aku baru nak kenal dunia.

Jadi hari ni aku terdetik la nak menulis. kalau korang dapat sesuatu dari kisah aku ni, jadikan ia sebagai pengajaran mungkin? Pertama sekali aku nak mintak maaf kepada pihak2 berkenaan andai tulisan aku ni ada trigger mana2 pihak.

Masa aku tingkatan 5 camtu. Aku kenal dengan seorang mamat ni aku letak nama Ali. Kenal kat fb. Masa ni fb baru naik.

Aku berkawan dengan Ali selama 2 tahun sebab Ali cakap dia nak serius dengan aku. Aku pun iyekan je la. Habis spm, aku sambung belajar. Kebetulan, tempat aku belajar tu satu negeri pulak dengan Ali.

Jadi dah dekat memang sesekali berjumpa la. Sebelum ni, aku dengan Ali ni LDR(long distance relationship).

Oh ya, sebelum aku sambung belajar aku dengan Ali pernah jumpa. Ali gentle datang jumpa mak ayah aku mintak izin nak berkawan dengan aku.

Sambung balik yang tadi, bila dah dekat ni, aku nampak laa warna sebenar Ali. Ada satu hari ni aku terdetik nak check handphone si Ali.

Lama jugak la Ali nak lepaskan aku check handphone dia. Bila dah dapat, benda pertama aku bukak, messenger fb dia.

Aku bukak je messenger fb berderet chat dia dengan perempuan ajak buat s***. Masa tu zaman wechat tengah naik. Aku check wechat pun sama.

Sepanjang berkawan dengan Ali, dia takde pun ajak aku buat s*** apatah lagi pegang2 aku. Kira dia jaga la kehormatan aku.

Ali ni kalau tengok dia, memang baik. Hormat orang tua dan dia bertanggungjawab jaga mak and adik dia memandangkan dia anak sulung.

Ayah dia dah meninggal. Disebabkan masa tu aku tak boleh terima perangai dia yang gatal diam2 tu, aku putus dengan dia.

Masa ni aku memang tak pikir ape la. Lagipun, masa tu aku muda lagi. Perjalanan aku masih jauh. Ali tak terima aku tinggalkan dia.

Dia cakap aku ni lupa diri. Aku sambung belajar sebab dia. Kalau tak, kenapa aku pilih belajar kat negeri ni. Dia suruh aku sedar diri.

Hahahaha. Bila ingat balik, aku gelak je weh. Kalau aku sambung belajar sebab dia, aku takkan dapat skor exam setiap sem.

Aku target deanlist setiap sem and alhamdulillah aku dapat capai target tu. Membazir duit mak ayah aku hantar aku belajar jauh2 tapi alasan aku belajar sebab dia.

Aku belajar sebab nak banggakan mak ayah aku yee bukan sebab dia. Lagi satu, masa aku mohon nak masuk Universiti, aku tak tahu pun dia tinggal kat negeri tu. Dan bukan dia yang tanggung aku belajar. So celah mana aku lupa diri?

Lepas setahun putus dengan Ali, aku kenal pulak dengan seorang lelaki ni aku gelar dia Wahid.

Mula2 kenal dia kata umur dia muda setahun dari aku. Lepas tu dia kata dia kerja kat bengkel motor. Masa kenal Wahid, aku tengah praktikal. Kebetulan Wahid ni, adik ipar kawan aku.

Beberapa bulan kenal, kantoi umur dia sebenarnya muda 3 tahun weh dari aku bukan 1 tahun. Kantoi pun sebab kawan aku yang bagitahu.

Hahaha lepas tu dia bukan kerja kat bengkel motor tapi kerja kat taman burung. Patutnya masa ni aku dah nampak redflag tu. Dia tipu aku.

Boleh dikatakan Wahid ni love at first sight aku. Sebab tu, aku dah tahu dia tipu pun aku pejam mata je. Sebab apa? Sebab aku memang betul2 suka kat Wahid ni.

Aku perasan si Wahid ni jenis tak betah dengan satu kerja. Baru mula kerja, gaduh dengan kawan sekerja, lepas tu berhenti.

Dari satu kerja ke kerja yang lain. Dia ada sifat panas baran juga. Aku rasa masa tu aku memang buta la. Aku still bertahan dengan dia.

Even dia pernah kantoi curang pun aku bagi peluang kat dia. Hahaha. Aku bazirkan masa dengan dia ada la 2-3 tahun.

On off relationship. Aku bertahan sebab dia umpama first love aku dan hubungan ni dah lama. Walaupun kadang sakit hati dengan dia tapi aku sabar jee. Lepas dia kantoi curang kali ke 2 aku terus move on habis. Masa tu aku frust menonggeng jugak la.

Lepas putus dengan Wahid, aku tak buka hati aku untuk menerima orang baru. Jadi agak lama la aku single sebelum aku kenal dengan husband aku.

Tapi dalam tempoh single tu, ada la aku kenal2 dengan orang2 cuma tak sampai tahap serius sebab masa tu aku tak rasa nak ada hubungan cinta dengan mana2 lelaki. Kenal pun untuk waktu yang singkat. Aku macam fobia kejap lepas putus dengan Wahid.

Aku ada juga ‘ter’ kenal dengan boyfriend orang dan laki orang. dua2 ni membawa motif yang sama iaitu makan luar.

Yang boyfriend orang tu, kes dia sama macam Ali. Dia simpan seorang perempuan untuk dikahwini, yang lain2 untuk enjoy dan sebagainya.

Aku taktahu macamana dia boleh kantoi dengan awek dia. Awek dia ada chat aku macam menyiasat laa sejauh mana hubungan aku dengan boyfriend dia tu. Masa tu aku memang dah tak contact dengan boyfriend dia.

Tak lama tu, diorang putus. Tapi aku respect kat awek dia sebab dia jenis tak cepat melenting. Mungkin sebab sebelum2 ni pun pernah kantoi kot.

Yang suami orang tu pulak, bini dia balik kampung berpantang anak no 3. Yang dia sibuk nak makan luar. Aku kenal dia sebab satu tempat kerja.

Dia cakap dia memang niat nak kahwin lagi satu. Ni tengah cari calon no 2 la. Lepas tu dia try nak mengorat aku. Aku awal2 dah tolak calon suami orang ni.

Ada ke perempuan yang sanggup bermadu? Nak2 lagi bini dia dah beranakkan zuriat dia 3 orang. Pada aku, takde wanita yang sanggup bermadu melainkan dia rela hati atas sebab2 tertentu.

Aku membayangkan situasi aku kalau kat tempat bini dia. Dah la tengah pantang kat kampung, lepas tu dapat tahu suami tengah sibuk cari ‘madu’ untuk dia. Dapat aku bayangkan kecewa tu macamana.

Ada jugak aku kenal lelaki yang jenis nak kikis duit aku. Hahahaha. Macam2 alasan dia, konon dia susah. Duit tak cukup nak belanja. Duit dah habis bayar kereta masuk bengkel dan macam2.

Ajak aku keluar, lepas tu asyik2 cakap dia takde duit. Nak isi minyak kereta pun tak cukup duit.

Macam bagi hint kat aku untuk isi minyak kereta dia. Kejap2 cakap tengok ni minyak dah nak habis.

Salah aku ke minyak kereta kau nak habis? Kau yang ajak aku keluar tau. Dah tahu takde duit kenapa ajak aku keluar? Hahaha. Lainlah kalau aku yang ajak keluar, jangan cakap duit minyak, duit makan pun aku sponsor.

Aku bukan nak berkira, tapi nampak sangat niat ajak aku keluar tu untuk belanja dia makan and isi minyak kereta dia.

Bukan sekali yee, banyak kali. Hahaha. Padahal masa tu hubungan setakat kawan je bukan pakwe makwe. Tapi takpelah, aku dah halalkan duit yang aku belanjakan untuk dia.

Dalam tempoh aku single tu, tak semua la lelaki yang aku kenal jahat dan tak guna. Ada je aku kenal dengan lelaki yang baik2. Cuma masa tu macam aku nyatakan awal tadi, aku tak rasa nak ada komitmen dalam perhubungan.

Aku lebih fokus pada karier aku. Jadi aku kenal sekadar untuk berkawan. Lagipun, aku tak bersedia nak bawa hubungan tu lebih jauh.

Selepas 3 tahun single, aku jumpa dengan seorang lelaki yang berjaya membuka pintu hati aku. Ya, itulah suami aku. Lama juga la dia tunggu aku balas cinta dia.

Aku terbuka untuk terima dia sebab nampak kesungguhan dia. Dia jumpa mak ayah aku minta izin nak berkawan dengan aku.

Setiap kali nak ajak aku pergi jalan, dia akan jumpa mak aku mintak izin. Dia antara lelaki yang berani la jumpa mak ayah aku selepas Ali tu.

Jadi korang, itulah cerita aku. Pada aku, dari kau nak hadap sakit hati, makan hati dengan perangai lelaki yang tak menghargai kau tu, better kau angkat kaki je. Jangan pikir nanti takde lelaki nak kat kau. Jangan jadi bodoh untuk lelaki yang tak layak.

Tanamkan dalam diri kau, Kau cantik, kau ada harga diri, ada perasaan. Kau ada maruah yang perlu dijaga. Kau layak untuk disayangi dan kau layak untuk bahagia. Melainkan, kau sanggup laa nak hadap lelaki layan kau macam sampah.

Penat mak ayah kau besarkan kau susah payah, lepas tu kau senang2 bagi lelaki lain menyakiti kau.

Kita perempuan jangan lembut sangat hati ni. Lelaki pujuk ayat manis terus cair. Aku keraskan hati aku lepas putus dengan Wahid. Sebab boleh nampak kan bodohnya aku kat situ.

Baru2 ni aku dapat tahu yang Wahid ni dah kahwin, dah ada anak seorang pun masih layan perempuan lain. Buat lesen lori pun pakai duit perempuan simpanan yang dia layan tu.

Perancangan Allah tu yang sebaik-baiknya. Cuba bayangkan kalau aku yang kahwin dengan Wahid?

Hahahaha.

Dari menderita stay dalam hubungan toksid, baik keluar dari relationship tu. Ramai lagi lelaki baik yang boleh menghargai kau. Cepat atau lambat je. Orang yang sabar, pasti akan merasai manisnya bersabar. Sekian.

– Mona (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *