Dari Wanita Ke Hati Wanita

Assalamualaikum. Saya harap kisah saya diambil pengajaran untuk wanita, lelaki, suami, isteri, mak, ayah, adik, kakak dan sesiapa sahaja yang punya perasaan.

Jam 3 pagi saya mula mulakan misi membuka telefon suami saya yang ditetapkan dengan password. Ye hampir sebulan saya cuba mencari, mengintai dan mengintip pergerakan jari suami saya menekan password telefonnya dan akhirnya berjaya.

Kenapa saya curi2 buka telefon?? Sebab sebelum ini telefon suami saya tiada password sama sekali dan saya dah lama tak buka telefonnya. Tetapi satu hari saya terdetik untuk membuka dan saya terkejut dengan adanya password.

Saya pasti para pembaca sendiri akan curious jika telefon pasangan ditetapkan dengan password yang korang sendiri tak tau. Bermula dari hari itu saya perhatikan jari jemari suami saya.

Jantung berdegup kencang saat saya membuka aplikasi whatapps suami saya, yang menarik perhatian saya of course chat yang yang paling atas tertera nama seorang perempuan yang saya kenal, kenal sangat, pernah berkunjung ke rumah saya, pernah bergurau dan bersembang dengan saya.

Rupa-rupanya perempuan ni menjalinkan hubungan dengan suami saya. Hancur hati saya melihat chat mereka bersayang2, dalam gallery penuh gambar berdua2an, gambar saya dengan suami sekeping pun tiada.

Bila baca chat dengan saya satu patah perkataan sahaja dibalas. Chat antara mereka telah membuatkan hari2 yang lepas teringat kembali di mana semua penipuan suami saya terbongkar.

Sebelum ini jika suami ada gathering dengan kawan2nya pasti dia bawa saya sekali. Lately tidak, ajak tidak, pelawa tidak, tempat nak dituju pun tidak diberitahu.

Setiap kali suami keluar saya hantar sampai depan pintu, bukakan gate, tutup gate tetapi lambaian saya tidak dibalas malah suami tidak pandang pun ke arah saya terus berlalu pergi..

Saya ingat tarikh2 yang suami keluar ”gathering dengan kawan” dan saya scroll whatapps pada tarikh tersebut ternyata sangkaan saya tepat. Mereka keluar berdua duaan.

Sambil scroll sambil yang teringat perubahan suami yang berlaku sejak beberapa bulan lepas, ternyata ini puncanya.

Suami jadi seorang yang sangat pemarah. Saya dimaki, diherdik, dihina walaupun salah faham yang sangat kecil. Saya tidak dibenarkan dekat dengannya kerana suami berkata “aku menyampah tengok muka kau”.

Beberapa hari selepas saya membuka telefonnya, saya berterus terang. Saya tanya baik2, saya tanya “abang ada perempuan lain ke”. Pada mulanya suami tidak mengaku.

At last suami mengaku juga selepas saya snap whatapps chat dan gambar mereka walaupun tidak clear dalam keadaan tangan menggeletar tetapi saya cuba untuk dpatkan bukti. Akhirnya suami mengaku menjalinkan hubungan dah lebih setahun. Masyallah.

Saya tak pasti apa salah saya, tetapi pada saya semua kerja rumah saya buat, setiap hari saya masak untuknya, rumah sentiasa bersih, pada saya apa pun alasannya suami tidak berhak berlaku curang.

Ustazah kata tak baik mengungkit, tapi realitinya adalah susah senang kami suami isteri saya yang lalui, dari dia tiada kenderaan, saya pinjmkan kereta saya, dahulukan duit saya, berikan hadiah nak bahagiakan dia. Apa yang saya dapat selepas 4 tahun perkhwinan?

Untukmu wahai wanita dan perempuan sekalian, saya di sini sebagai seorang wanita yang dicurangi ingin mengingatkan awak semua dunia ini hanya sementara, dunia ini adalah roda, dunia ini ada balasannya.

Dunia yang sementara ini, saya nak bina keluarga yang bahagia untuk bekalan akhirat saya. Suami saya adalah pahala saya, suami saya adalah sebahagian hidup saya. Awak sebagai wanita yang akan bersuami kelak juga tidak langsung mengharapakan suami awak curangi awak.

Apa pun alasan awak, letaklah hati dan perasaan awak ditempat kami para wanita yang dicurangi dan dimarahi oleh suami sendiri.

Awak akan meleleh air mata jika dimarah oleh ibu bapa awak cuba awak bayangkan jika suami awak buat begitu. Saya nasihatkan WANITA PERAMPAS SEKALIAN hentikan cinta, sayang, rindu awak dengan SUAMI ORANG SEKARANG kerana dunia ini adalah roda.

Para suami dan wanita perampas, ingatlah bukan senang seorang isteri ingin menceritakan pada keluarga, sedara, jiran rakan kerja jika berlaku perceraian. seorang isteri tidak mampu untuk menceritakan keburukan suami pada mak ayahnya. Awak juga akan jadi isteri, jadi harap awak faham.

Doakan saya bahagia bersama keluarga bak kata ustaz Ebit “Alang2 bercinta, berkeluarga biar sampai syurga” . Saya doakan para wanita yang ditimpa musibah seperti saya sabar, tabah, redha dengan ketentuaan Allah.

Semoga kita terus istiqomah berbakti kepada suami hingga ke syurga.

– Pn Naz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *