Dari Wanita untuk Wanita

Assalamualaikum. Aku perempuan 23 tahun. Ya Masih muda untuk mengatur bicara.

Namun aku dibesarkan oleh ibu tunggal. Wanita juga. Persekitaran hidup aku melihat kecekalan dan penderitaan wanita.

Aku bukan sesiapa. Hanya hamba Allah di atas muka bumi yang masih berjuang dalam hidupku.

Apa yang aku ingin sampaikan ini moga menjadi asbab kita ke syurga. Yang baik jadikan teladan, yang buruk buanglah sejauh mungkin.

Wahai kaum ku,

Kaum hawa.

Disini pada hari ini jika confessions ini disiarkan ambil lah ikhtibar dari coretan aku ini. Semoga menjadi panduan buat kalian diluar sana.

A) Sebelum berkahwin :

1) Saat kamu memilih pasangan hidup.

– Carilah yang melengkapi kamu. Yang paling utama mampu melengkapi emosi kamu.

Kerana wanita itu mahkluk yang beremosi dan perlukan lelaki yang boleh kawal dan boleh memahami kamu. Ini FASA yang sangat penting.

Jangan tangkap muat semata2 mahu kejar trend kahwin awal atau tidak mahu digelar andartu. Lebih baik kahwin lambat dari tersalah pilih.

Sebab? Kerana wanita lah yang akan berhadapan dengan sakit mengadung, sakit brsalin, sakit berpantang, sakit menyusukan anak, sakit mnjaga anak sakit dan lain2.

Ya, ada beberapa lagi kriteria lain dalam memilih bakal suami tetapi disini saya sangat tekankan PILIH yang melengkapi kamu. Melengkapi emosi, melengkapi kekurangan dan boleh menerima keluarga Kamu.

Oleh itu sebaik2 nya pilih lah dengan mata hati, dengan akal yang waras.

Selebihnya boleh ikuti ajaran Islam dalam soal memilih calon suami. Ingat ya wanita kamu bukan sahaja memilih bakal suami tetapi memilih bakal ayah kepada anak2 kamu nanti. Jadi baik ayah nya baiklah anak2 nanti.

2) Pilih bakal suami yang ada KERJA dan ada USAHA.

– Ya. Zaman sekarang kerja sangatlah penting. Pastikan orang yang kamu sayangi sekarang ada kerja. Nilai tambah mungkin kerja tetap atau kerja stabil. Yang paling penting ada pekerjaan.

Sebab? Dalam perkahwinan cinta sahaja tidak cukup, wang juga penting.

– Usaha? Ya pilih juga yang berusaha. Dia tidak boleh duduk diam jika tidak ada kerja. Dan dia rajin berusaha untuk orang2 yang dia sayang.

Jika sudah kenal lama mungkin kamu boleh melihat usaha lelaki seperti ini. Jika dia asyik tukar kerja dan kerja tidak menentu. Ku harap wanita2 boleh berfikir dan membuat keputusan yang waras.

3) Kenali bakal suami sehabis baik.

– Wanita sudah terkenal dengan sikap “stalk “. So why not kaji latar belakang dia, taraf pendidikan, kehidupan dia. Kenal betul2.

Jika sudah berkawan lama maka beruntung sangat lah kerana sudah kenal. Jika baru kenal maka kaji lah sehabis baik.

B) Semasa dalam perkahwinan :

– Jangan manjakan suami dan jangan tunjuk serba boleh. Tetapi jangan melampaui batas seorang isteri. Build the right culture from the beginning.. Faham?

Dan sebagai isteri jika suami sememangnya berharta, sementara suami masih hidup pintalah suami ambil hibah, takaful dan insuran semampu beliau.. Jadilah isteri yang bijak.

Ambil la peduli bab hutang loan serta kerja2 suami. Jika isteri suri rumah, usahalah untuk tambah pendapatan sampingan. Cukuplah sekadar mengisi masa lapang atau sebagai pendapatan sampingan.

Jika isteri bekerja, pastikan suami memberi nafkah seadilnya dan membantu dalam hal2 rumah tangga.. Jadilah isteri yang pandai menyesuaikan diri.

Dan sebagai isteri, jadilah penasihat kewangan yang baik. Jangan hidup untuk raih populariti sampai berhutang keliling pinggan.

Hiduplah diatas realiti. Bina plan kecemasan, jika suami pergi dulu apa tindakan isteri untuk urusan Faraid, rumah, hutang dan sebagainya. Begitu juga jika kedua2 nya pergi dulu, apa nasib anak2. Bina plan kecemasan seawal yang boleh.

C) Hidup tidak selalu indah, suami bukan hak Kita sahaja :

Jika wanita tiba2 bergelar balu, janda, ditinggalkan, dimadukan. Bina exict plan juga. Bukan mahu minta. Tetapi sebagai langkah awal.

Sebagai isteri, ini yang paling ditakuti. Jadi sebaiknya persiapkan diri Kamu. Apa exict plan kamu?

Menderita mengenang nasib?

Melepaskan amarah pada anak2?

Atau menjadi bijak mngawal keadaan?

Jadi apa tindakan kamu wahai isteri?

Untuk membuat keputusan, fikirlah sehabis baik. Buatlah keputusan dalam keadaan waras tanpa dipengaruhi emosi.

Jika suami berpoligami tetapi tidak berlaku adil adakah kamu hanya tahu meratap nasib kamu?

Jika madu lebih cantik dari kamu adakah kamu membiarkan diri dia mnghina kamu?

Jika pihak suami memisahkan kamu dan anak2 adakah kamu hanya tahu menyalahkan takdir?

Jika suami kahwin lain tanpa rela kamu adakah kamu hanya tahu merajuk bermasam muka sahaja?

Jika suami memuji2 isteri ke dua adakah kamu mengangguk sahaja?

Come on! Wake up!

Kepada wanita diluar sana, ketahuilah hak kamu. Oleh itu sebelum berkahwin selami lah ilmu sedalam yang boleh. Belajarlah secara teori dan praktikal.

Banyak yang wanita boleh pelajari sebelum berkahwin.

1) Ilmu munakahat.

2) ilmu parenting.

3) ilmu rumah tangga sakinah.

4) Memahami watak pasangan.

5) Ilmu berkomunikasi.

6) Ilmu mngambil hati mentua.

7) Ilmu sebagai isteri dan ibu.

8) Ilmu mnguruskan emosi.

9) Ilmu melayani suami.

10) Ilmu harta dan Faraid.

11) Ilmu mnyusukan anak.

12) Ilmu pengurusan rumah.

13) Ilmu motherhood.

14) Ilmu kewangan.

15) Ilmu masakan.

Jika secara teori boleh la laburkan duit dan beli buku untuk belajar. Jika pelajari secara praktikal melalui persekitaran, follow ja orang2 yang selalu update tentang real life.

Tidak pun follow ja mana2 penulis yang tekankan bab2 diatas. Di Facebook dan telegram sahaja banyak, belum masuk di Instagram.

Rajin2 mngisi masa bujang ini. Bukan apa, ini ialah bonus kepada wanita2 bujang diluar sana. Nanti bila dh kahwin dh into that life lagi lah senang untuk praktikan ikut cara Kita.

(Eleh kenapa semua wanita saja?)

– Sebab saya sayang semua wanita, cukuplah orang2 yang saya kenal saja menderita tetapi tidak kalian. Marilah Kita ubah nasib generasi wanita.

– Yuna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *