Terima kasih admin sebab sudi siarkan karangan dan cerita aku. Dari mana yer patut aku mula? Aku cerita dari awal la mudah. Jadinya pembaca tahu macam mana aku boleh sampai ke titik sekarang ni.
Aku perkenal kan diri sebagai Mr Prince saja la, bukan nama sebenar. Umur boleh dikatakan nak ke penghujung 20-an dah. Nak kata hensem sangat tak jugak, tapi manisnya ada. Masih bujang.
Cerita aku ni agak panjang, dari mula aku habis sekolah menengah sampai sekarang harap sudi lah baca sampai habis yer.
Bila aku habis saja SPM, aku terus cari kerja part time family aku pun bukan orang senang. Nak dijadikan cerita, kisah hitam hidup aku bermula disini.
Dalam pada aku kerja ni, ada la seorang pak cik nih suke berborak dengan aku. Aku kerja di shopping mall, jadi kadang2 tu biasa la kan tak ada kerja duk berborak.
Ada la seorang pak cik aku panggil dia Abang M, bila waktu dah nak lewat petang saja muncul la dia. Pada aku masa tu, abang M ni mungkin sunyi nak berkawan. Dia pun pernah cerita yang dia duduk seorang saja kat sini. Aku yang naif masa tu tak ada la fikir benda negatif kan.
Sampai la satu masa ni, waktu petang masa aku kerja seperti biasa abang M pun muncul. Cuma kali ni dia datang dengan hasrat, nak mengajak aku kerumah dia, katanya ada buat makan2 sikit dan saja nak ajak aku lepak. Tanpa fikir panjang, aku pun pergi la naik motor sekali dengan dia.
Bila aku sampai katanya ada buat makan2, tapi aku dengan dia berdua saja tak ada orang lain la pun. Tapi makanan semua ada elok terhidang, jadi aku malas dah nak fikir, makan la kami berdua dirumah dia, makana pun boleh tahan banyak jugak.
Lepas selesai makan, aku dengan abang M merokok la sekali kan, maklum la dua2 perokok. Dalam pada tu, dia bagi tahu aku, ‘takyah balik la, tido sini je, lagi pun dah lewat sangat’. Aku pun duk fikir, aku dah la naik motor dengan dia sekali, nak balik macam mane kalau dia tak hantar.
Pada mula nya aku menolak, tapi bila berkali kali diajak, aku pun iyer kan aja. Disuruh nya aku mandi, aku mandi. Dah tu disuruh nya aku tidur, ok aku pun tidur la hari pun dah lewat malam.
Tapi yang musykil nya kat sini, sekatil plak dah dengan dia. Masak. Ni baru la aku rasa tak sedap hati.
Nak pendek kan cerita, yer apa yang pembaca fikir kan, benda tu la jadi kat aku. Hampir dil1w4t atau dah dil1w4t, aku pun tak pasti sampai sekarang. Memori aku kuat mengatakan aku tak dil1w4t, tapi bila di fikirkan balik macam perkara tu jadi dekat aku.
Entah la, mungkin ni cara Allah jaga aku dengan ubah memori aku atau pun benda tu memang tak terjadi pun dekat aku. Tapi aku bersyukur, benda tu dah lama berlalu dan aku pun dah boleh atasi apa yang jadi.
Setelah kejadian tu, aku teruskan hidup seperti biasa. Aku dapat tawaran ke STPM. Kat sini aku jumpa seorang perempuan pulak, ‘Nursing student’. Aku kenal dia pun atas kenalan dari STPM. Jadi la Gf aku.
Dari sini, aku dah mula belajar jadi jahat. ‘Nursing student’ ni, aku panggil Miss N la yer, dengan dia kes lain la pulak.
Miss N ni, dia ajar aku buat benda yang bukan2, benda yang aku tak pernah buat, aku tak tahu, dan aku tak nak pada mulanya.
Ringkas kan cerita, memang kehidupan aku seperti suami isteri la dengan dia. Sebab nya dia ada rumah sewa masa intern dekat hospital, berdekatan pula dengan sekolah aku.
Jadi nya memang aku pindah rumah dia terus la, pergi sekolah dari rumah dia je. Maaf kata la yer, bukan aku bangga dengan apa yang aku cerita kan ni, tapi tu la hakikat nya kehidupan aku masa tingkatan 6.
Mak ayah aku pun dah bercerai masa tu. Aku pun duduk seorang dekat rumah lama ayah aku, sebab kan tak berapa ngam dekat mak tiri masa tu.
Ayah pun jenis tak peduli sangat sibuk dengan bini baru. Mak aku pulak kerja jauh. Jadi tak ada siapa yang pantau aku, bermaharajalela lah zaman remaja dulu.
Habis STPM, menjadi kebiasaan aku cari kerja part time. Masih duduk sekali dengan Miss N. Sebab dia ada satu sem lagi nak habis kan kuliah selepas intern, jadi nya dia masih duduk di KL.
Mak ayah miss N ni boleh tahan orang senang jugak. Sewa kan rumah untuk dia, bagi kereta, kebebasan. Miss N ni anak sulong mak ayah dia yakin dia boleh jaga diri walaupun mak ayah dia jauh.
Sambung balik cerita part time tadi. Masa aku part time, aku rapat la jugak dengan seorang perempuan ni kerja area situ, ni kita gelar Miss J pulak. Tapi yang respect nya ke dia nih, dia dah ada kedai makan sendiri dalam usia muda.
Modal datang dari ayah dia la, boleh tahan masyuk orang tua dia, kerja di pelantar minyak. Senangkan cerita, aku dah suka kat dia la pulak, jadi la Gf baru aku. Aku tinggal kan la Miss N.
Cara aku putus dengan Miss N ni memang tak baik, kasar. Sampai nak mental la orang tu dibuat nya. Mana la silap aku masa tu, cetek nya akal. Ikut kan nafsu semata.
Dengan Miss J, sebelum pembaca teka, yer benda sama jugak jadi. Benda ni berulang dalam hidup aku, cuma nya karakter perempuan saja yang bertukar.
Miss J ni boleh tahan buat duit, memang sampai satu masa tu, kita book satu bilik dekat hotel sampai dua minggu, sebulan, bergantung keadaan bila ayah Miss J ni balik dari pelantar.
Masih dalam cerita kerja part time ni. Sebab jarak antara habis STPM dengan nak masuk universiti 9 bulan. Macam2 hal jadi.
Tak lama tu, keluar la keputusan upu, dapat la aku tawaran ke salah satu univerisiti tempatan. Sambung la belajar, boleh tahan jauh jugak dari rumah aku yang sekarang.
Di sebabkan faktor hubungan jarak jauh, putus la aku dengan Miss J ni.
Dekat uni tak perlu la nak cerita, benda sama jugak berulang. Lagi teruk rasanya, sampai dua tiga orang awek sekali, jahanam. Sampai satu masa tu, pernah jadi kes polis la sebab kantoi buat dalam kereta, aii entah la.
Sampai la ke klimaks cerita, ‘straight to the point’ saja la yer. Lumrah nya kehidupan aku ni, penuh dengan perempuan, maksiat, jadi nya pernah la dua orang perempuan yang mengandung anak aku.
Pertama kali jadi, kita bincang dan dua2 setuju nak gugur kan kandungan sebab duk fikir student masa tu, nak jawab dengan mak ayah lagi. Kali kedua jadi, dengan perempuan berlainan, gugur jugak ambil pil, benda sama.
Ermm. Bukan takat tu saja dosa aku, minum arak, ‘night club’, ganja pe bagai lagi. Entah la, macam mana boleh sesat jauh macam ni. Aku pernah berubah kejap masa di uni, keluar dengan jemaah tabligh, selalu qiam di masjid, dah mula pakai jubah, maksiat semua ‘totally stop’.
Sampai merokok pun boleh stop, suasana uni tu buat aku rasa nak berubah. 6 bulan je, buat balik geng. Nak kata sampai sekarang, mungkin dah ‘slow down’ sikit. Awek seorang saja sekarang, jarang dah ‘clubbing’ mungkin sebab pkp, jadi arak pun dah jarang.
Persoalan aku dekat sini, dari mana silap aku bermula. Dari yang mula2 kena l1w4t ke? atau salah GF nurse aku yang dulu tu ke sebab ajar aku? atau semua ni memang perangai aku sendiri?
Kenapa aku tak boleh nak berubah, sedang kan boleh dikatakan aku dari golongan yang mengetahui, aku dulu masa kat uni belaja kitab, belajar tafsir, belajar usul fiqh. Aku kenal kitab hadith.
Kenapa aku dalam keadaan fasiq yang nyata? Dan ramai lagi orang macam aku kat luar sana. Ramai. Dari mana silap nya bermula??
Nukilan cerita Mr Prince, sekian.
– Mr Prince (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit