Daripada Perempuan Kepada Perempuan

Confession ini merupakan nasihat dari seorang perempuan kepada perempuan yang lain.

Untuk yang bergelar wanita dan perempuan tidak kira anda berumur berapa, 20 30 atau 40 terutamanya yang bujang,

Janganlah suka berborak, bergembira dan berhubungan dengan lelaki lain yang sudah berkahwin.

Jikalau anda sedia maklum yang lelaki itu sudah berkahwin, tidak perlu anda ceritakan masalah anda kepada suami orang.

Untuk sebarang cerita seperti anda pergi makan mana, anda baru putus cinta, anda ada adik beradik berapa, anda baru dapat kerja.

Tidak perlu semua itu. Anda berhubungan dengan suami orang seolah-olah lelaki tersebut tiada isteri dan isteri beliau tidak mempunyai sebarang perasaan.

Sila hormati isteri kepada suami tersebut.

Dalam tidak sedar, anda telah melukakan hati seorang isteri apabila sang suami dikehendaki untuk mendengar masalah anda, menjaga anda dan mengambil berat pasal anda.

Lelaki jika diberi pilihan, 10 perempuan pun dia nak ‘take care’.

Jika anda betul2 memahami hati seorang perempuan, anda tidak akan tergamak untuk melukakan hati sang isteri. Mungkin anda tidak merasa sekarang, tetapi hidup ini ada atas dan bawah.

Bila anda sudah berkahwin, barulah anda merasai perasaan yang sama jika suami anda berhubung dengan perempuan lain walaupun sekadar ‘kawan’, kakak’ dan ‘adik’.

Bagi seorang isteri, suami tidak perlu ada sebarang kawan perempuan tambahan. Cukup sekadar isteri untuk meluahkan segala masalah, isterilah tempat untuk bercerita berkongsi segala suka dan duka.

Begitula jua seorang isteri. Keutamaan hidupnya hanyalah untuk keluarga yang perlu dibawa sehingga ke syurga.

Bila ditegur, sang suami sanggup buat muka dan bercakap kasar dengan isteri apabila diminta untuk putuskan hubungan bersama perempuan lain.

Sedangkan isteri yang hidup bersama2 ketika susah dan senang telah dimarahi dan bermasam muka berhari-hari.

Seolah-olah ia adalah salah isteri menegur suami untuk tidak berhubungan dengan perempuan.

Anda suka ke bila hubungan mereka berantakan?

Mohon sangat2 kaum bergelar perempuan, tolong lah jangan rapat dengan seseorang bergelar suami orang. Sila limitkan pergaulan anda dengan berlainan jantina terutamanya suami orang.

Yang paling penting, kita kena ingat Allah Maha Adil. Kalau kita buat orang, satu hari kita mungkin akan kena benda yang sama.

Sekian…

– Isteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *