Daripada Samseng Kepada Pelajar

Aku Imi, berumur 26 tahun. Ini cerita pada 6 tahun lalu, masa tahun pertama aku jejakkan kaki di Universiti. Minggu pertama di universiti ada orientasi. Masa ni perangai behave la sikit. Tp bila mula minggu kedua dan seterusnya, penampilan aku tak mencerminkan seorang pelajar. Penampilan selekeh, ke kuliah lewat, pakai tshirt, jeans dan selipar ke dewan kuliah.

Tahun pertama aku, lecturer dah warn siapa yang lewat pintu dewan akan dikunci, pelajar tak dibenarkan masuk. Ada sekali tu aku lewat bangun tidur, dengan tak mandi, aku bergegas ke dewan kuliah dan masa tu dewan dah dikunci. Aku tak peduli aku nak masuk jugak sebab bagi aku ‘better late than never’. Jadi aku pergi arah lain masuk ikut pintu pensyarah.. Terjah dengan tak ada salam terus duduk.

Sampai sekarang aku tak kan lupa apa yang lecturer cakap. Masa tu lecturer cakap dekat aku ‘Inilah anak saya yang paling gangster masuk kuliah’. Malu la jugak bila dikata macam tu. Tapi aku tak pulak rasa marah sebab memang salah aku. Ada sekali tu, aku bertanya dengan lecturer berkaitan dengan kewujudan aksara2 ni, asal-usul bunyi huruf2 dari dulukala.. Lecturer aku cabar aku balik untuk buat kajian tentang apa yg aku bangkitkan.. Walaupun penampilan aku serabai macam samseng tapi aku tetap jaga prestasi setiap subjek yang aku ambik. Memang lecturer2 kenal la aku. Apa taknya kalau dah aku je yang serabai dengan jeans dan selipar datang kuliah.

Masuk tahun kedua, penampilan aku berubah sedikit demi sedikit. Aku aktif dalam projek2 kolej dengan fakulti. Nampak la berubah sikit jadi manusia. Ada sekali tu freshies tegur aku ‘Abang2, abg ni la (nama aku) kan?. Nama abg la tadi yang lecturer sebut suruh rujuk nota abg’. Aku tanya la freshie tu lecturer cakap apa? ‘lecturer cakap suruh cari (nama aku) yang macam gangster’.

Ok. Aku tak tahu nak bangga ke nak malu. First of all aku bukan gangster, aku cuma serabai. Tapi dalam masa yang sama aku rasa macam dipercayai lecturer sebab lecturer boleh minta first year student cari aku untuk rujuk nota aku yang sebelum2 ni. Ok la aku bantu apa yang mampu. Satu yang buat aku gembira, sebab lecturer recognize effort aku walaupun aku serabai.

Tahun kedua jugak aku mengetuai rombongon pertukaran pelajar Malaysia-China bagi tahun tersebut. Kira tanggungjawab besar jugak la sebab kami yang pergi semua ke China tak pernah pun pergi luar negara, jadi urusan2 visa passport borang2 semua terkial jugak la nak siapkan. Nasibla tinggal dekat China tu sebulan je. Kalau setengah tahun mahu menangis budak2 ni.

Pulang dari China tu dah mula cuti sem untuk tahun ketiga. Bila masuk tahun ketiga, aku banyak terlibat dengan aktiviti fakulti. Masa ni penampilan aku dari sebelum ni yang berjeans dan berselipar dah tukar pakai slack dengan sepatu.. (Ok kadang2 masih pakai selipar ). Penampilan aku bertukar kemas sikit la. Aku banyak fokus time kuliah, memang aku study gila2 jugak la.. Yela tahun akhir dah.. Kawan2 aku percayakan aku, aku diberi tanggungjawab sebagai ketua biro dalam persatuan mahasiswa, senang cerita aku berubah la, tak nampak macam samseng dah. Ramai kawan2 support aku. Last exam aku mampu dapat dekan sepatutnya tapi sebab tahun pertama tu aku merapu banyak.. Jadi cgpa aku pun terkesan la jugak. Jadi cuma dapat second class upper sajala aku ni.. Menyesal memang menyesal la jugak sebab kalau dari tahun pertama aku pulun fokus study mungkin aku boleh dapat first class.

Apapun aku bersyukur sebab aku berjaya tamatkan pengajian dengan jayanya. Pengalaman 3 tahun sepanjang di kampus memang bermakna sangat, dari situ aku banyak belajar erti hidup. Wallahualam.

– Imi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *