Assalamualaikum. Aku ada kat sini sebab nak share pengalaman aku keje kat cafe islamik. Imej di mata orang luar sangat indah, tapi realiti hanya kami staff yang hadap.
First thing first, Cafe yang aku kerja ni terkenal dengan menu- menu yang sedap. Tapi di sebalik kesedapan menu tu, ada insan- insan yang dikerah tenaga sampai tak sempat solat. Kami terpaksa berebut- rebut cari waktu solat.
Yang lelaki pulak sampai takde masa nak pergi solat jumaat. Kalau pergi, bos akan marah besar. Yang kelakar dekat socmed dia seperti pesbuk, dan wasap penuh dengan story2 islamik, penuh story menghargai staff.
Sejak aku kerja sini, taktahu berapa ramai dah staff yang keluar masuk, maksudnya masuk kerja, tak tahan berhenti.
Aku masih di sini sebab aku tak kena kacau sangat, paling2 aku kena sound dengan boss “dah pandai masak macam2 nanti jangan berhenti pulak, pergi bukak kedai sendiri, orang sekarang boleh percaya”
Tapi sebabkan aku memang nak kerja, aku ignore je.
Sekarang ni, staff bahagian dapur aku seorang je perempuan, yang lain lelaki. Dahla 90% warga bangladesh. Tapi sebab di balik tabir, customer takkan nampak.
Motif dia senang je, bila ambik warga luar ni, diorang takleh demand lebih. Diorang jarang mintak cuti so, boleh la kerah tenaga sepenuhnya.
Yang kitaorang tak tahan, setiap kali bergaduh dengan isteri, dia datang mengamuk kat cafe, habis segala benda nak campak. Segala kata cacian keluar dari mulut dia yang “Alim” tu.
Baru-baru ni dia suruh kami semua staff ambik suntikan thypoid. Biasanya, tempat lama aku kerja, company yang akan tanggung kos suntikan tu, tapi kali ini tidak yaa .
Dia suruh guna duit kami sendiri dengan alasan “nanti saya dah bayarkan, korang resign, pergi kerja tempat lain pakai suntikan thypoid yang saya bayarkan tu pulak”
Tak ke samdol perangai bos aku.
Kwsp memang takde ya. Kalau kat iklan cari staff kemain masukkan ada epf bagai, sebab tu ramai yang apply.
Lepas tu, bila staff tanya, keluar la ayat dia “berkira dengan bos lah, tak bersyukur dapat bos baik la, kaduk naik junjung la”, macam2 lagi, at the end, sorang demi sorang berhenti.
Aku tunggu masa je ni, betul aku cakap. Once aku dapat kerja lain, memang aku cabut. Aku takleh berhenti tiba-tiba, banyak mulut yang perlu aku suap. Korang doakan aku ya.
– Spagetti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Memang tidak suka yang berislamic. Jenis-jenis ni tunggang agama, menipu. Lumrah kehidupan, yang nampak baik sebenarnya teramat buruk.
Saya suka kedai islamik. Tp biasa la bukan semua yg elok. Belakang tabir lain cerita, depa. Lain cerita.
Banyak jer kedai yg islamik yg Okey, staf solat berjemaah dll. Cuma ada satu dua yg masalah mmg akan ada.
Tunggang agama? Depend On mcm mana dia gunakan. Kalau situasi penulis mmg tunggang tp X boleh benci satu kedai terus label kedai islamik semua sama. Tolong ya, ada kedai islamik yg ada epf, solat berjemaah dan siap zakat X pernah tinggal.
Jadi sebagai pengguna, kena la pandai tgk dan selidik dulu. Kedai islamik tak suka tp kedai No pork no halal certificate…. Hentam sahaja. 😜😜
Sebenarnya all that boleh tuntut balik. Tapi kalau tak nak habis energy cuba2 laa carik kerja kat tmpt lain. Hotel baru banyak bukak sekarang. Cuba apply jadi commis chef. Potong2 bahan jaa. Gaji boleh cecah RM2800-3000. Ada epf socso. Penat kalau ada event ja. Kalau tak ada event santai jak. Cuba laa sis…
Boleh file official report to nearest KWSP branch complaint yg majikan tak bayar KWSP… Boleh tuntut daripada majikan KWSP yg dia tak bayar since day 1 bekerja… kalau dia tak bayar juga, KWSP boleh bawa kes tu ke mahkamah, sebb caruman KWSP adalah berkanun dibawa akta KWSP 1951… Majikan WAJIB mencarum KWSP utk pekerjanya…
Sy pernah jd kes mcm sis, tp skolah agama swasta, ya. Kerja jd guru la kan. Tp as guru kelas, nk cantikkan kelas pkai duit sndri. Lpstu epf kteorg dlm slip shj dipotong. Tp carum nya xde pon. masa tu dh la fresh graduate, kita dgr jela kn cg2 lain sembang.
Then ade 1 staff accountant, dia ckp kucar kacir duit keluar masuk. Tp sbb trpksa la dia bertahan, single mom ank 2. Dh dpt kerja lain, habis contract je, dia blah
Owner anak beranak ya. Salah sorang anak dia, 2 3 bln tukar keta, bsr2 plk tu. Yg jd tnda tnya tu, mana pergi duit epf yg dyeorg tolak dr gaji kteorg tu?