Untuk part I, (https://iiumc.com/dark-side-cafe-islamik/).
Assalamualaikum korang. Aku pernah tulis confession pasal cafe tempat aku kerja. Yang mana bosnya acah² baik kat mata umum tapi hakikatnya tindas pekerja.
Kali ni tak panjang pun, ramai suruh spill cafe mana, aku tak boleh bagitahu sebabnya banyak jugak aku cerita.. kang tak memasal aku kena santau. Ramai pulak yang teka cafe ikhwan.. eh, bukan tau .
Islamik kat sini bukanlah kami staff semuanya berpurdah bagai, cumanya bos aku ni suka pretend seolah-olah dia baik, alim, posting fb, whatsapp penuh dengan hal agama je, jaga kebajikan staff, suami dan ayah yang baik etc.
Sukacita dimaklumkan aku dah diberhentikan, aku sengaja cari alasan diberhentikan, sebab kalau aku berhenti, kiteorang takkan dapat gaji kiteorang. Budak-budak lain yang berhenti sebelum ni semua tak dapat gaji.
Sejak aku masuk sini tak tahu berapa ratus staff keluar masuk. Sebabnya bila cari staff dia letak gaji tinggi, kwsp bagai, padahal bila dah masuk kerja takde pun semua tu.
Baru ni ada staff lelaki mintak izin nak g solat jumaat,
Bos aku sound, “kau sorang je ke nak masuk syurga?’,
Menyirap aku dengar, dan sebab ni lah aku di berhentikan, aku tolong jawab,
“Taklah, kitaorang pun nak masuk syurga, tapi bos masuk la neraka sebab tak nak bagi orang solat, solat tu wajib, lagipun kalau kitaorang masuk syurga, takde sapa nak ke neraka, bos ke sana la ye”
Pap!!!! Tangan dia hentak meja. Terus dia maki hamun aku. Hahahaha.
Tapi masa tu dia takleh buang aku terus, dia cari pasal, yang dia kena buang aku.
Dia sabotaj masakan aku, sampai jadi masih gilaa, and tu sebab aku kena berhenti. Katanya kalau lama-lama aku kerja boleh rosak bisnes dia.
Aku rileks je. Sebab memang aku nak berhenti kan.
Before blah aku cakap, “jangan lupa bayar gaji saya bos, kalau tak saya tuntut kat akhirat, makin lama pulak bos check in dalam neraka”,
Merah padam muka dia, dia suruh aku tunggu, dia ambik duit cash, dia campak kat muka aku gais.. “ambik gaji kau, jangan tunjuk muka kau depan aku lagi” hahahaha.. dramatikkk sangat..
Aku kutip, duit hasil titik peluh aku. Aku kutip sambil nyanyi, “Alhamdulillah, wasyukurillah bersyukur padaMu ya Allah”, sambil senyum². Tak ke lagi hangin orang tua tu.
Bukan aku sorang terima nasib macam tu, ramai lagi staff. Antara tahan dengan tidak je.
Takpela, aku pun malas nak buat report pasal epf bagai tu, cuma aku dah puas dapat sound bos bertepek2 macam tu. Biar lah staff lain yang buat report, aku dah taknak ada kena mengena dengan orang macam tu.
– Bintang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit