Assalamualaikum w.b.t. Hi everyone, maaf andai posting ni panjang dan mixed language, aku harap pembaca mudah faham apa yang cuba aku ceritakan.
Secara mudahnya aku berumur pertengahan 20an, bekerja, dalam masa yang sama tengah sambung belajar, dah berkahwin dan amat suka dengan aktiviti memanjakan diri.
Antara medispa yang jadi pilihan hati aku adalah H Medispa (aku akan bagi nama samaran ja untuk setiap tempat).
Even H medispa ni dulu pernah viral sebab one of beautician dia pernah exposed dekat media sosial kata dia guna cleanser cetaphile ja lah apa lah. Tapi at the end cerita tu habis takat tu ja sebab jadi kes mahkamah.
Lepas tu tak tahu jadi apa sebab aku tak follow pun kes tu. So far aku selalu pergi ok je, sebab kulit aku ni jenis sensitif sikit, barang-barang pelik sikit nanti mula kulit aku meradang.
Tapi overall aku suka situ sebab harga dia reasonable dan aku rasa sesuai untuk marhaen macam aku yang nak datang 2 minggu sekali or sebulan sekali untuk mencantikkan diri.
Tapi dekat situ aku selalu buat ala carte punya treatment maksudnya aku tak ambil banyak-banyak session terus sebab aku ni jenis malas nak commit dan suka jugak hunting spa-spa lain.
Kalau ikutkan ambil banyak-banyak session memang murah banyak jadinya, tapi tu lah aku bukan jenis macam tu. Lagipun H Medispa ni setiap bulan dia mesti ada promo best-best.
Cerita tak best aku bermula bila aku start cuba satu tempat ni nama L Clinic yang ada rawatan laser. Klinik ni famous jugak, banyak artis pergi dan selalu nampak dekat ads.
Aku ada scar yang aku nak hilangkan dan aku rasa sekarang macam dah kerja kan, jadi ada lah modal tu untuk instant result.
Jadi aku try lah first trial dekat situ. Harga dia offer masa tu ada lah dalam RM200 sekali buat, kalau kali kedua dan seterusnya RM500 setiap satu sesi, jadi dia pujuk-pujuk aku untuk ambil banyak sesi terus lagi murah lah bla-bla.
Aku ni jenis tak termakan selalunya tapi sebab parut ni aku kalah sikit sebab dari kecik aku nak hilangkan dan aku hilang confident jugak sebab parut aku ni.
Nak cantik untuk suami lah konon. Jadi aku kira-kira balik, dia bagi dekat aku 6 sesi.
Kalau tolak tambah darab total dalam RM2,700 asal. Tapi dia bagi dekat aku RM 1900 sekali dengan cream 50ml. Dia kata ni promotion kalau tak cream tu aku kena beli RM150 untuk 50ml.
Kau bayang lah sikit dia macam mana. Dulu aku pernah tanya jugak, dia bagi RM1400 ja, aku tunjuk mesej tu, dia cakap promo tu dah takda. Biasa lah typical ayat seller.
Lepas tu aku pun macam setuju lah jugak demi nak hilangkan parut aku kan.
Hari tu aku buat sesi pertama, kejap ja sesi tu, aku rasa aku buat dekat H Medispa tu lagi lama, dalam sejam setengah boleh relax siap tido, tapi dekat L Clinic tu setengah jam ja, tidur pun tak sempat mimpi. Hahaha.
Yang aku rasa macam tak best tu masa dia buat rawatan tu lepas dah habis tu dia kata nak sapu cream something tapi aku kena charge asing.
Aku macam amboi aku dah bayar dekat RM2000 ni tak kan cream ni kau nak charge jugak takat sekali sapu kowt. Lepas tu dah keluar jumpa consultant kan, then consultant bagi ubat dekat aku, dia kata ubat sapu ni aku kena charge asing jugak RM 50.
Lepas tu aku tengok sama ja cream yang 50ml tu dengan ubat dia charge asing tu, jadi keseluruhan aku bayar RM2000.
Sebelum aku keluar dia suruh aku tinggalkan review, dia macam asyik keep repeating tinggalkan review dan lagi aku tak tulis review, selagi tu dia macam tahan aku dekat consult room tu.
Sepatutnya review orang tinggal lepas dah habis sesi lah baru boleh nampak, takat satu sesi apa pun belum hilang. Duit je yang hilang.
Aku malas nak banyak cakap, aku tinggalkan je lah review situ. Tulis yang murni-murni je sebab dia pulak suruh aku rate 5 star.
Maka bermulalah aku pergi situ setiap minggu, kadang 2 minggu sekali, ikut pada kelapangan aku.
Masuk sesi kedua dan seterusnya layanan 360 berubah maybe sebab dah dapat duit kan, aku pergi, sampai situ, duduk kejap, masuk rawatan, lepas tu dia panggil set next appointment dan bye bye.
Tak da dah macam nak ambil tahu sangat macam mana progress treatment aku.
Aku terkilan jugak sikit dekat sini. Dia ingat aku tak pernah buat laser kowt, aku pernah buat laser lagi sakit pada laser hilang scar tu sebab laser ni ada jugak lain-lain jenis ikut kepada condition kulit dan jenis rawatan.
Aku setiap kali aku pergi situ, aku akan set dalam telephone dan planner aku. Jadi aku tahu berapa kali aku pergi dan aku ambil gambar progress condition aku.
Masuk kali keempat, masa nak set appointment tu, dia cakap dekat aku set untuk last treatment sedangkan aku ada lagi 2 treatment bukan 1.
Aku argue jugak dengan dia, dan aku lah menang sebab aku catit dan aku simpan resit siap ada tarikh lagi. Berbalik pada result, masa aku buat tu, kemain jaminan dia, 6 sesi tu confirm flawless dah, parut hilang serta merta.
Secara jujurnya parut aku pudar tapi tak ada hilang mana sangat pun. Lepas tu dia pujuk aku untuk tambah sesi, aku rasa tak apa lah terima kasih, aku rasa aku dah boleh start lumur pokok lidah buaya sudah.
Dalam masa yang sama aku pergi jugak buat treatment tempat lain. Aku namakan A Clinic, yang A Clinic ni aku ajak member aku, kebetulan ada promo buy 1 free 1.
Jadi aku bawak kawan aku pergi lah A Clinic ni, treatment dia sama ja macam treatment dekat H Medispa tu cuma nama treatment ja tukar nama lain tapi procedure sama, guna laser dan carbon.
Masa treatment ni aku dapat rasa macam amount carbon dia sapu lahaii secoet ja, memang aku tak puas hati sangat, tapi sebab aku pikir ni harga promo ni tu dia kedekut kowt. Jadi aku tak cakap apa pun.
Tapi silap aku, bawak kawan yang jenis tak pandai say NO pulak, dia termakan dengan A Clinic tu macam biasa acah harga promo untuk 6 sesi RM700.
To be honest, condition kulit kawan aku memang agak teruk sikit berbanding aku, plus dia nak kahwin, jadi memang dia struggle harap muka dapat elok sikit before wedding.
Jadi dia je lah commit dengan A Clinic tu, aku tak proceed sebab aku bagi alasan aku dah subscribe banyak session dekat H Medispa tu padahal tak pun.
Jadi kawan aku cerita experiences dia pergi, dan tanya aku kena aku tak nak join dia, sebab senang boleh pergi sama-sama.
Mula tu aku malas nak cerita, tapi as orang yang selalu pergi medispa, beauty clinic aku bagitau je lah aku cakap kedai dia tu mahal dan dia bagi service macam tak berpatutan dengan ingredient pun macam kedekut ja nak guna dekat customer.
Jadi kawan aku rasa macam menyesal jugak, tapi dia dah bayar. Jadi dia teruskan jugak lah nak tak nak.
Lepas dia dah habis semua sesi tu. A Clinic tu offer dia lagi suruh buat treatment lain, mentang muka kawan aku problem, dia cakap nak inject apa entah, nak buat toning dan lain-lain lagi.
Kawan ni macam susah say NO dan nak flawless punya pasal dia pun setuju. Dia bayar depo RM200 out of RM700 again. Tapi treatment belum buat lagi.
Nak dijadikan cerita, baru ni dia ajak aku pergi satu beauty clinic, P Clinic, yang ni dia ajak buat armpit laser, memang harga murah dekat ads tu. Aku yang dah insaf dan malas nak terpengaruh, aku cuma agree untuk treatment macam dalam ads ja.
Dalam ads memang murah, tapi once kau dah masuk consult room dia akan cuba sedaya upaya untuk psycho kau ambil treatment lain-lain.
Dan menjanjikan yang kau akan cantik macam Mira Filzah, gebu macam Nora Danish dan sebagainya. Dah kawan aku yang susah say NO tu, terjebak pulak dengan laser armpit yang harga RM500. Aku geleng je tapi biar lah duit dia.
Dia text aku dia macam menyesal pulak dekat A Clinick tu sebab tambah session dan dah bayar depo sebab macam aku cakap clinic tu kedekut ingredient.
Dia macam nak cancel dan tanya pendapat aku, tapi setahu aku clinic dan medispa macam gini once kau dah bayar depo, tapi cancel treatment mmg bye-bye lah duit kau, tak da nya diaorg nak refund.
Sebab aku pernah tanya clinic L tu masa aku dah bayar RM1000 out of RM2000, dia cakap non refund sebab malam pertama lepas sesi pertama tu memang kulit aku meradang teruk.
Dan dia cakap kalau jadi macam tu sapu ja cream yang diaorang bagi, lepas tu untuk setiap minggu consult tu asyik ulang benda yang sama sapu cream.
Dia ingat cream 50ml tu tahan ka sampai 2 bulan, aku guna 2 minggu dah habis, tapi aku malas nak cakap kata dah habis, nanti dia paksa aku beli pulak RM150 lagi kena tambah untuk 50ml.
Baik aku sapu aloe vera ja. Sekarang ni kan, to be honest aku tak kisah sangat dah cantik ke buruk ke, parut aku tu pun tak hilang pun even RM2000 dah melayang, yang penting sekarang jaga kebersihan dan kesihatan diri.
Kalau setakat facial biasa-biasa manjakan diri tu ok lah buat, me time orang cakap setelah penat-penat kerja, kalau treatment bersession-session ni fikir lah dulu 2-3 kali sebelum buat.
– Tiena (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit