Dating Culture

Haritu aku ada terbaca news dekat Mstar, perempuan ni diperdaya dengan bekas tunang dia untuk having s*x before marriage.

Lepas dipujuk dan diberi kata kata janji manis dengan tunang dia, dia pun agree untuk buat hubungan s*ksual dengan alasan dah bertunang, one step futher untuk perkahwinan. Family pun dah jumpa, dah merisik dah pun, cuma just akad nikah je belum.

Tapi apa yang jadi selepas tu, lepas dia bagi virginity dia, tunang dia terus mintak putus and tunang dia kahwin dengan perempuan lain few months after dengan anak dara.

Benda ni cetus kemarahan warga Twitter juga, dan kemarahan aku. Aku baca Mstars tu dekat Twitter. Tapi yang paling menyedihkan ramai yang salahkan perempuan tu kenapa serah body sebelum kahwin lagi, kenapa jadi perempuan murah, etc.

Yang komen macam tu banyak lelaki. Yang cuma pertahankan perempuan tu cuma feminist feminist Twitter yang tegakkan the blame should be on the guy’s side bukan perempuan tu.

Aku totally agree dengan semua feminist Twitter tu, sebab lelaki tu memperdaya, berbohong dan janji nak kahwin dengan perempuan tu no matter what.

Bagi aku, bila perempuan dah trust you untuk serahkan jiwa raga especially lelaki dah janji nak kahwin, lelaki kena la pegang pada janji bukannya betray kekasih hati sendiri and kahwin dengan perempuan yang anak dara lain.

Aku tak nampak the rational kenapa lelaki tu putuskan pertunangan lepas dah dapat virginity tunang dia, sebab bukan lelaki lain yang ‘rosakkan’, dia jugak.

The fact dia kahwin dengan perempuan virgin yang lain nampak macam lelaki tu actually pasang 2 at the same time. Macam test market mana yang dapat ‘rasa’ dulu.

Bila aku baca news tu, aku sumpah sakit hati and rasa marah and benci nak mampos dengan golongan lelaki. Tak dinafikan, banyak golongan lelaki macam tu sekarang dekat Malaysia, tak kira muslim atau tidak.

Aku lagi rela jumpa lelaki yang main pelacur kalau tak tahan sangat instead korang perdaya perempuan, tipu macam macam untuk dapatkan sex.

At least la kalau lelaki main langgan pelacur, ni logic aku, korang boleh naikkan taraf ekonomi pelacur pelacur tu, they can earn money untuk meneruskan kelansungan hidup.

Majority lelaki yang dah perdaya perempuan untuk dapatkan virginity, bukan diorang bagi duit and barang kemas pun. Majority tinggal, blah mcm tu je taknak bertanggungjawab. Bagi something in return takpe jugak at least as a reward.

Dah la ambil virginity perempuan, lepastu taknak bertanggungjawab, duit/emas pun tak nak bagi, lepastu layan perempuan tu teruk teruk. Perangai serupa Iblis, binatang pun tak macam ni. Then boleh pulak ya hidup happy tenang aman damai kahwin dengan perempuan lain. Macam takde apa.

Aku terfikir, takde ke undang undang Malaysia untuk dakwa lelaki lelaki macam ni? Sebab aku tengok kan, sistem Malaysia sangat patriachy even kalau dah bercerai, banyak lelaki tak nak bagi nafkah untuk anak anak dia padahal anak anak dia masih sekolah.

Terkontang kanting si ibu jaga anak, kerja, cari duit untuk besarkan anak anak, bekas suami boleh senang lenang bercinta dengan perempuan baru siap ada yang kahwin baru lagi, tapi nafkah culas.

Sebab tu bila ada lelaki duda nak kenal aku kan, aku ada check background and contact ex wife dia pasal bab nafkah. Kalau ex wife tu cerita lots of problems pasal lelaki ty, memang aku gerak la, angkat kaki, block je terus.

Aku harap, ada undang undang Malaysia digubal untuk dakwa lelaki lelaki yang menipu untuk sleep with women ni, especially yang perdaya untuk dapatkan virginity perempuan.

Tahu tak perempuan kalau dah lost virginity, kena tipu macam ni, kena betray lagi, susah sangat nak heal trauma, kadang sampai ke tua terkilan.

Benda ni tak jadi dekat aku, tapi jadi dekat mak aku. Walaupun ayah aku seorang suami yang sangat baik, financial stabil, terima mak aku seadanya, mak aku still tak boleh get over apa ex dia buat dekat dia.

Maybe ayah aku jenis open minded sebab dia study oversea dulu, so dia value mak aku bukan based on dara atau tidak tapi pencapaian career dia.

Mak aku selalu cakap dekat aku and adik aku, kalau lelaki mintak s*x sebelum akad nikah, terus block, ghosted, putuskan je hubungan. Jangan marah marah merentan.

Sebab tu aku sekarang, kalau ada conflict with anyone especially lelaki, aku memang tak cakap banyak, aku terus disappear. Ghosted macam tu. Ntah aku pun sekarang dah biasa block orang kalau ada orang cari pasal or cari gaduh. Dah biasa macam tu.

To all girls out there, hati hatilah. Jaga diri elok elok. Have self respect to your self. Jangan berzina, pegang agama tu kuat kuat. Sebab agama la pelindung kita sebagai wanita..

– Lolipop (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Itu orang panggil Sexual Assault, Harassment atau rogol. Coercion. Sesuka hati cakap zina. Laki menipu body count pun ada bajet hot stuff. Semua perempuan pun body count kau. Neraka jahanam pergi kau. Terhegeh dengan perempuan yang pandang kau pun tidak. Kau pun neraka jahanam sebab ikut suka hati tuduh orang zina padahal anak dara. Semoga ditunjuk pada hari kematian kau. Sorok anak dara semua orang dari diketahui jahanam macam ni tak pepasal anak kau pun kena. Bak kata orang, orang jahat jangan bagi masuk dalam kampung atau keluarga kau. Hidup berpaksikan perempuan syok kat aku kalau aku syok perempuan tak boleh tak suka. Ada ke orang nak duit dari orang macam ni, tak sabar tunggu meninggal selalunya. Kalau pelaku ada anak bujang pun jangan bertembung dengan anak dara orang. Sebab orang macam ni takkan berhenti menganggu selagi tak masuk penjara. Macam orang kata ada sikap nak control orang lain. Orang suka control orang lain je boleh tipu orang untuk hal tidak elok atau nampak ramai orang suka. Selalunya hal begini bukan terkilan. Hal begini dah bapa jahat anak mesti menurun. Keluarga jahat, kalau tahu bapa anda buat perangai, anda sebagai anak, jauhkan diri anda dari anak anak dara. Jangan buat tak reti bahasa. Takkan kau pun nak jadi macam bapak kau orang tak sabar tunggu bila meninggal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *