Datuk Panglima Sakti

Assalamualaikum semua. Keluarga aku jenis yang suka pergi berubat dengan ustaz kampung. Katanya, ustaz kampung sebelah sangat pandai berubat sehingga semuanya sembuh.

Aku anak muda moden terus bertanya kepada orang tuaku, “Itu ustaz betul ke bomoh kampung?”.

Orang tuaku jawab “Ustaz betul sebab dia memang baca ayat Al-Quran sepanjang berubat”. Ok aku dengar pun terus yakin. Maka sesi berubat pun bermula.

Datukku yang sedang sakit dibaringkan di hadapan ustaz tersebut. Tujuan pergi berubat pun sebab datuk sering meracau-racau, cakap mengarut dan personalitinya berubah. Keluarga fikir datuk mungkin disihir.

Jadi permulaan rawatan, ustaz tersebut membaca ayat-ayat Al-Quran ringkas seperti surah-surah pendek dan kemudiannya bahasa arab yang orang biasa fikir mungkin ayat Al-Quran, tapi sebenarnya adalah kata2 jampi dalam bahasa arab.

Ustaz meminta daun limau untuk diperah dan pisau serta kunyit. Dia membelah limau tersebut dan dicampurkan dengan kunyit,

Dan kemudian dilesekkan di setiap sudut tubuh datukku dengan tanda pangkah menggunakan jarinya. Di dahi, di tangan kiri dan kanan, dan di kaki kanan dan kiri.

Ketika itu, ustaz itu terus membaca ayat-ayat yang langsung tidak kami dengari dan aku sudah mula tidak sedap hati.

Usai berubat, ustaz berkata bahawa datukku itu sebenarnya disihir oleh rakan baiknya. Alangkah terkejutnya kami.

Typical orang kampung yang terlalu percaya dengan ustaz itu, terus mak cik dan kaum keluarga ku pergi serang tertuduh dan memarahinya kerana tergamak menyihir rakan baiknya sendiri.

Tertuduh yang tidak tahu apa-apa terkejut kerana dituduh dengan tuduhan yang sangat berat sehingga akhirnya hubungan persahabatan mereka terputus terus.

Tahun berlalu, datuk semakin teruk kondisinya. Kali ini makcik makcik berpakat untuk bawa berubat dengan seorang ahli perubatan tradisional di kampung kami yang kami gelar beliau sebagai Kak Misha.

Kak Misha ini masih muda orangnya, baru berumur 30-an tapi sudah pandai berubat ramai orang sehingga sembuh. Maka kami pun pergi bertandang ke rumah beliau.

Rumahnya kayu usang sahaja, rumah orang tua lama. Kehadiran kami disambut mesra Kak Misha dengan senyuman.

Kak Misha ketika itu memakai tudung sarung dengan kain batik dan tshirt lengan panjang. Sekali pandang, nampak macam orang baik-baik.

Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki ke rumahnya, tiba-tiba kepalaku terus rasa pening. Aku memandangnya dan aku dapat rasakan tenungan yang sangat dalam terhadapku. Seolah-olah pening itu kerana angkara Kak Misha.

Tapi aku bersangka baik. Mungkin aku yang terlalu curiga.

Kak Misha memulakan sesi perubatan dengan bacaan Al-Quran seperti surah-surah pendek. Namun tidak lama selepas itu, Kak Misha tiba-tiba seperti sedang dirasuk dan dia menyebut beberapa bahasa pelik seperti bahasa siam.

Ketika itu jugaklah Kak Misha menyeru “Wahai Datuk Panglima Sakti… blablabla”. Aku terus terkejut. Ini sudah lain macam, getus hati kecilku.

Macam biasa, Kak Misha memberitahu kami bahawa datuk sebenarnya telah disihir oleh rakannya. Bukan rakan yang ustaz tuduh tu, kali ini rakan lain.

Kebetulan rakan itu memang ada isu dengan datuk. Kak Misha memberitahu, sihir kali ini agak berat kerana dihantar dari siam dan dia perlu pancung dahulu jin itu.

Maka Kak Misha pun bersilat dengan gaya sedang memancung sesuatu. Aku yang melihat situasi itu depan mata agak terpaku dan terpana kerana melihat seorang wanita yang asyik bersilat dengan sesuatu yang kami tidak nampak dengan mata kasar.

Selepas hampir setengah jam bersilat, Kak Misha berkata jin itu gagal dipancung dan kami perlu datang lagi lain kali. Dia perlu bersedia lebih.

Aku sebagai orang muda moden masih tidak berpuas hati. Sangkaanku itu semua mengarut lalu aku mencadangkan datuk dibawa ke perubatan Darussyifa’.

Dipendekkan cerita, sebenarnya datuk langsung tidak disihir. Semua yang ustaz & Kak Misha beritahu hanyalah palsu sahaja. Hakikatnya, ustaz dan Kak Misha ada pendamping yang berusaha untuk memecah belahkan persaudaraan antara muslim.

Bila dibawa ke doktor perubatan moden, barulah kami tahu bahawa datuk sebenarnya ada penyakit nyanyuk. Jadi bukanlah kena sihir ke apa. Dia cakap mengarut kerana dia nyanyuk = Alzheimer.

Berbalik kepada cerita Kak Misha. Aku ada tanya beberapa soalan kepada Kak Misha sepanjang tempoh rawatan haritu.

Kak Misha kata dia dapat ilmu rawatan dari wali Allah yang muncul dalam mimpinya. Wali Allah itu berpakaian serba putih dan sering muncul dalam mimpinya untuk mengajarkan zikir-zikir dan doa-doa untuk perubatan.

Ada juga dia dapat pedang keramat dari wali Allah itu untuk bersilat dan pancung jin jin jahat. Hakikatnya tak betul langsung ada roh wali Allah masuk dalam badan dia tu.. MENGARUT!!!

Sebenarnya Kak Misha dapat saka keturunan yang diwariskan kepada dia… Dia kata dapat pedang kan? Ya pedang tu bila sampai kepada dia, maknanya dia dah officially menerima saka berkenaan dan segala ilmu yang saka tu ajarkan..

Sebenarnya, semua ilmu yang dia tahu tentang pesakit (tahu nama pesakit, tinggal di mana, sakit apa, family dia, kerja dia) walaupun pesakit tak bagitau, tapi dia tahu… sebab jin yang sampaikan kepada dia..

Jin ni semua pasal kita dia tahu.. Jadi dia dapat info tu semua dari jin saka dia.

Dia ada baca ayat Quran sepanjang merawat kan? Kita jangan tertipu.. Jin ni sangatlah licik nak menyesatkan manusia..

Dia mesti ada cerita kan yang wali Allah tu ajarkan dia doa dan zikir2 untuk merawat orang? Sebenarnya dia dah tertipu.. Yang ajar ayat Quran dan bacaan tu adalah jin…

Tapi kalau perhati betul2, sebenarnya dia bukan minta bantuan dengan Allah masa merawat.. tapi dia minta bantuan dengan wali Allah (kononnya)… hakikatnya dia meminta bantuan jin untuk merawat, bukan dengan Allah.. dari sini dah jelas syirik

Dia mungkin berjaya merawat pesakit lain sebelum ni tu sebenarnya dengan bantuan jin.. nampak lah powerful kan? itu semua kuasa jin… jin ni hebat kuasanya sehingga kita terpedaya…

Sehingga kita jadi kagum dengan dia padahal perubatan dia tu hanyalah sementara.. kadang2 sakit kita sembuh sebab dia hantar pendamping utk tahan sakit kita/sembuhkan kita

Dia sentiasa melaga-lagakan manusia.., setiap kali berubat dengan dia, dia mesti akan cakap “ohh ni si fulan tu yang sihir”..

Dia akan selalu tuduh orang sekian2 yang rapat sihir atau buat kat kita… dan dia pun cerita si fulan ni sekian2 sehingga kita pun terpaku dengan cerita dia “haah la dia mmg begitu begini”…

padahal cerita yang dia cerita itu ada kebetulan sahaja, tapi jin ni dia pandai twist cerita sehingga kita percaya.. tujuannya satu, nak melaga-lagakan manusia supaya sentiasa berbalah dan buruk sangka..

padahal percayalah, nama yang dia sebut tu langsung tak pernah sihir kita pun… cuma dia pandai pilih nama yg mmg dah ada problem dgn kita.. dia sebut nama tu pun sebab jin yang bagitau kepada dia.. dia dapat ilham semuanya dari jin.

Bila berubat, dia macam tengah ‘melawan’ dengan sihir tu… siap pancung sana sini… nak bunuh jin jahat la kononnya.. padahal yang tengah rasuk badan dia tu jin juga..

Boleh dengar dia seru mantera seperti “wahai datuk panglima sakti.. wahai wali Allah Datuk Panglima blablabla”… kalau dia seru nama manusia tu percayalah… dia tengah seru jin… Dia jelas dah SYIRIK!!

Dia sebenarnya tak sedar yang dia dah sesat dan syirik… dia mesti masih ingat yang dia sebenarnya insan terpilih dan menerima ilmu dari wali Allah.. padahal dia sebenarnya dah menerima saka keturunan …

Dah berapa banyak orang jadi syirik sebab guna alasan nak “ikhtiar untuk berubat” dengan golongan begini.

Jika anda dan keluarga anda pernah berjumpa ustaz tradisional dan bomoh kampung sebagai ikhtiar merawat kesakitan, segeralah bertaubat. Orang yang buat dosa syirik ni solat tak diterima 40 hari.

Syirik juga adalah dosa yang tak diampunkan Allah melainkan kita bertaubat. Nauzubillah. Mungkin selama ni kita tak sedar. Tapi sekarang dah tahu kan? Sebar-sebarkanlah kepada kenalan dan keluarga anda biar mereka celik, bukan jahil.

“Dosa besar yang paling besar, adalah menyekutukan (sesuatu) kepada Allah.”

(Riwayat al-Bukhari, no. 6919)

Dia dah menyekutukan Allah dengan jin. Dia memohon bantuan dari jin, menggunakan jin untuk perubatan, serahkan hati & jiwa kepada jin,.. dia dah jelas dalam kesyirikan!

Dalam tidak sedar, dia sebenarnya telah mempelajari ilmu sihir dari jin saka yang mengajarkannya kepada dia tanpa sedar…

Sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Sesiapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu dia membenarkan apa yang dikatakannya, maka sungguh ia telah kufur kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.”

– Ismail Sabri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *