*Atas permintaan penulis, confession “Ragam seorang Kakak” telah dipadam oleh admin.
Assalamualikum, dah pukul 11.20pm get ready nak tido. Tapi hati tergerak pula nak balas komen ‘bunga citra lestari’. So dengan sepantas kilat, tangan terus mencapai laptop yang dan tersimpan kemas dalam beg galas dan jari jemari pun rancak menaip segala isi yang terbuku di hati. Dalam masa yang sama penat juga nak cari balik confession dalam internet yang lembab sekarang. Alhamdulillah jumpa. #senyumlebar.
Sis anak ketiga dalam lima adik beradik. Kalau ikut dari teori metafizik, diorang cakap anak kedua, ketiga ni selalunya perangai yang paling pelik dalam adik beradik (paper tentang teori tu nanti sis cari lain). Kalau siapa yang suka dengar ceramah Dr Fadhilah Kamsah tau la teori-teori tu semua. Apa yang perangai sis pelik dalam adik beradik tu? Yup. Perangai yang sama dengan si kakak bunga citra lestari, sebijik sebijan. Bezanya, mungkin kami orang yang berbeza dan keluarga sis memang diajar dari kecil lagi dilarang guna bahasa kesat, tetapi membebel dengan ‘lazer’nya tu tetap ada. Umur, jobless dan tak kawin lagi. Ah, serupalah kami! Manusia yang tak senang duduk dirumah. Serupa, serupa, serupa.
Tersenyum sis bila baca confess BCL, sebab sis serupa tu. Sis ingat adik sis yang tulis. Tapi bila baca lebih lanjut, bukan rupanya. Siap kau adik kalau kau yang tulis. Hakikatnya, sedih juga sis baca komen-komen pembaca dengan sikap kakak BCL tu. Okey, pendapat masing-masing. Kebebasan bersuarakan.
Pendapat sis, yang mempunyai perangai yang sama dan melalui perjalanan yang sama..
30an tamat belajar dalam usia rakan-rakan lain kebanyakkan dah mempunyai kerjaya, pendapatan sendiri dan stabil, memang suatu masa yang mengurangkan keyakinan diri sendiri. Tak termasuk lagi dari mulut-mulut luar dan sebagainya. Ego memang ada, nak cari pekerjaan dalam bidang yang dipelajari. Tapi keyakinan tu paling penting bukan boleh dibina dalam masa sehari dua. Memerlukan beberapa ketika dan waktu.
Time ni sokongan dari keluarga terdekat amatlah penting. Sis study in research masa dirumah memang banyak waima dalam pengajian lagi pun still ada dirumah macam orang takde kerja. Lepas habis pengajian, lagi la orang nampak takde kerjanya. Stress sekeliling kekadang boleh dihilangkan dengan adik beradik dan kekadang dengan adik beradik sendiri pun boleh jadi punca stress juga. Sebabnya 24jam depan mata.
Hal yang pertama, mungkin sebenarnya gurau tapi nada tak berapa betul. ” Weh, kau ni dah makan nasi tadi boleh mengunyah lagi. Tak reti nak berenti ke apa?” then sis pun boleh tumpang sekaki lantak sepinggan mee samyang yang dia masak tadi. Padahal adik muka tak puas hati dah. “Tadi cakap orang sekarang dia yang makan”. Bukan dilatih dengan hati yang ada taman kan, jadi sarkastik tu penting bagi seorang kakak (haha.. #gelakjahat).
Situasi kedua, parking kereta dalam mall. Sorang parking dalam lecah sorang taknak masuk dalam lecah. Memang gaduh-gaduh keras kepala memasing. Tapi biasa la, bak kata iklan raya “kau kan adik..” terpaksa la dia terima kekalahan sebab kakak nak menang ego. Tapi pada masa yang sama, still fikir “aku yang salah tadi macam mana dia nak jalan. Takpe la nanti aku belanja dia ais krim..” tapi tak belanja pun dan esoknya jadi lagi dengan yang cerita lain pula. Begitulah cerita adik beradik.
Dalam gurau kekadang ada ego. Bila di rumah 24jam. Tak bekerja of course urusan rumah akan jadi urusan kau. Mengemas dan membersih apa yang patut sebabnya memasak sis angkat bendera putih. Nak condemn sis la tu 30 tak pandai memasak. kan. kan. Different house different rules. Our rules is, my mom headmaster chef. Susah la nak tawan hati headmaster chef. Hanya yang berkelayakan masak memenuhi citasanya saja yang akan dimakan. Kalau tak, makanan tu membazir la tak dimakan. So sebelum jadi pembaziran sis mengalah, lain kali la sis memasak.
So sis ambil tender mengemas. Kau ingat mengemas senang. Dah habis cuci calat tetiba adik-adik kau balik sekali makan pinggan tak berbasuh, baju bersepah-sepah. Mana jadi tak hangin. So mula la jadi leteran berganda dan headmaster menangkan adik-adik baru balik penat, biarkan je la. Situ ketidak puasan hati tersimpan. Tapi lama-lama bila nak bertahan, akan meletup juga dan memberontak la disana sini. Dan adik-adik cakap “apa masalah kakak aku ni, 30 pun tak matang lagi ke?”
Nak suruh kawin time-time macam ni. Dah la baru habis belajar, tak ada kerja lagi. Hurm.. Kekadang memilih tu hanyalah sebagai alasan. Memang yea. Konon demand nak lelaki begitu-begini. Hakikatnya still takut dengan kehidupan sendiri. Sekarang bukan macam dulu. Lelaki dulu mungkin tak banyak hal dan bertanggungjawab. Sekarang, dunia sangat menakutkan. Hanya pada Dia je sepenuh kebergantungan moga dipertemukan dengan yang baik-baik. Orang cakap kalau betul dah jodoh segala alasan pun dah hilangkan. betul tak? so.. #doakan sis dapat jodoh yang baik ye..
Dengar lagu kuat tengah malam, sis takde. Sebab sis bukan jenis dengar lagu. Keras hati bila ditegur tu ada la. Sebabnya sis akan timang tara dulu apa yang diperkatakan orang. Kekadang bermain juga dalam hati dan fikiran. Ada part boleh terima dan ambil masa. Ada part saja nak sakitkan hati orang lain juga. Sebab sakit hati sis ni, ada diorang fikir.. #kejamdanpembalasan #ego tapi kat rumah je kat luar ada part kita cuba juga jadi yang terbaik, fikir orang lain #Ihsan.
Bab barang sis pun jenis tak suka orang ganggu barang sis. Tak kisah la adik beradik ke kawan-kawan ke. Sis akan rasa sangat rimas kalau orang ganggu barang sis. Sebab sis punya konsep macam ni “aku tak ganggu barang kau, so kau jangan ganggu barang aku..” bukan sebab kedekut tapi sebab fobia dengan sikap tak pandai menjaga barang orang lain. Lagi satu time kita nak guna/ urgent dah takde. Jadi sebelum sakit hati baik la berjaga-jaga. Dan last, suka chatting malam-malam. Sis prefer main game waktu malam untuk isi keboringan sebab sis anti-sosial. Haha. Sis tak main mobile lagend sis main game cikai-cikai je dekorasi rumah, bina bandar sendiri, bina pulau sendiri. Tu la game favorite sis masa tanam anggur. Biasa la tanam anggur tak ada had waktu tidur dan bangun so boleh bangun dan tidur suka hati dan layan la game sampai tengah malam sampai mengantuk baru tidur itu la rutin sis, time tanam anggur aka tak bekerja lagi.
Last, menjawab kepada komen-komen negetif berkaitan kakak BCL. ” malas. baik mereput. halau keluar rumah etc..” depend pada setiap orang nak tengok dari pandang positif atau negetif. Tapi saya pernah lalui dan saya rasai. Sedih yea. Memang sedih macam saya katakan di perenggan kelima di atas. 30an masih belum bekerja dan sebagainya. Bagi yang mudah dapat pekerjaan selepas tamat pengajian. Alhamdulillah perlu bersyukur sangat sebab diberi peluang dapat hasil dari perit jerih sendiri. Tapi kekadang tak perlulah nak kutuk orang dengan bukan-bukan, sebabnya rezeki tu Allah yang bagi.
Setiap orang ada perjalanan hidup masing-masing. Mungkin hari ni kakak BCL tak ada kerja, tapi hikmahnya dapat dilihat pada akan datang. Nampak macam bebal je sekarang tapi akan datang mana nak tau dalam kesibukan adik-adik lain mencari rezeki. Kakak yang menganggur dirumah tu la yang menjaga emak ayah sakit demam diorang tanpa orang lain tahu. Aturan tuhan tu cantik, dan setiap yang berlaku kekadang banyak hikmah yang tersembunyi. Apa yang penting, sentiasa usaha , perbaiki diri dan cuba jadi yang terbaik. Jangan hanya tengok pada orang lain, tapi pandang la juga pada diri kita sendiri.
Alhamdulillah selepas dua tahun saya menganggur, saya dapat melihat hikmah disebalik kesulitan yang terjadi. Pada waktu saya mengganggur la ibu,ayah dipanggil untuk menunaikan haji, dan waktu itu juga, jadi tanggungan untuk saya menguruskan rumah dan adik-adik melanjutkan pengajian saat kak dan abang sibuk dengan pekerjaan mereka, mengurangkan kerisauan ibu,ayah di tanah suci mekah. Dan sekarang saya masih meneruskan pengajian saya ke peringkat yang seterusnya.. #doakan yang terbaik untuk sis aka saya..
P/s : dah kau nak membalas akhirnya pukul 2.26 pagi baru siap, kalah tulis report… haha.. sapa cakap nak menulis confessions senang… GOOD NITE..
– Anak Ketiga
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit