Dear ‘Isteri yang Penyabar’

Assalamualaikum. Saya baru saja terbaca confession daripada ‘isteri yang penyabar’ berkenaan suami yang tidak bekerja. Saya terpanggil untuk confess sesuatu dan berharap pembaca dapat sesuatu dari cerita saya ini.

Dear sang isteri, saya juga seorang wanita yang sudah bergelar isteri berumur lewat 20an juga. Saya baru menamatkan zaman bujang kira-kira 2 tahun yang lalu.

Ceritanya di sini, saya pernah berada dalam situasi seperti isteri tersebut. Suami tidak bekerja dan keluarga mertua menampung makan minum.

Yang membezakan adalah saya bekerja walaupun tidak mengikut taraf kelulusan degree saya. Sepanjang setahun berkahwin saya yang menanggung perbelanjaan kami suami isteri.

Suami tidak bekerja bukan sebab dia resign, tapi company dah bankrupt. 2 tahun sebelum kami berkahwin suami mula bekerja sendiri. Menjadi freelancer bukan mudah.

Sampai waktu kami dah nak berkahwin pun kami masih diuji dengan kewangan. Tapi disebabkan sayang dan percaya rezeki tu ada di mana2, kami teruskan juga berkahwin mengikut tarikh yang dah ditetapkan.

Throwback, sehari selepas majlis perkahwinan, saya diuji dengan suami yang tiba tiba berubah perangai. Dari penyayang kepada bengis. Bayangkan dalam masa sehari character dia bertukar 360 darjah. Dan saya dapati rupanya suami mengalami depression sejak kami bertunang lagi.

Tapi sehari selepas berkahwin baru saya dapat tahu. Dengan gangguan sihir dari manusia pendengki lagi. Sejak dari itu suami mula mengasingkan diri dengan orang ramai. Menjadi pendiam, overthinking, sensitive tak tentu hala. Saya bingung. Adakah saya sudah tersilap memilih suami?

Saya rasa insecure dengan suami sendiri sebab saya dah tak kenal siapa suami saya ni. Dalam masa beberapa bulan saya dan family mertua pergi hantar suami berubat. Ada nampak perubahan tapi dia masih tak yakin untuk bekerja. Alasannya semua orang pandang keji padanya.

Dalam setahun tu tak terkira berapa kali saya berendam air mata. Nak diluahkan suami tak faham pulak. Saya berfikir mungkin ini kifarah dosa kami pada masa lalu. Saya keep bersabar dan doa banyak2 pada Allah mintak petunjuk. Alhamdulillah nampak perubahan suami sikit sikit.

Setahun menumpang di rumah mertua, perasaan saya bercampur baur. Saya bersyukur dianugerahkan family mertua yang sangat caring, tak kedekut berkongsi rezeki tapi saya segan. Sampai bila mahu menumpang rezeki orang? Ada suami tapi macam takde function.

Kalau balik kampung time raya atau cuti sekolah, mak ayah ada jugak bertanya suami kerja camne. Kami terpaksa laa tipu ‘biasalah mak, kerja sendiri kadang ada hasil kadang takde’.

Kalau abang kakak tanya suami kerja apa, kami kata laa freelancer. Memang itu pun kerja dia tapi dalam setahun tu boleh kira berapa kali je dia dapat job. Tu pun ada yang kencing. Last last duit pun tak dapat. Suami ada jugak ajak berpindah tapi dia masih tak bekerja, macam mana?

Duit gaji saya hanya cukup untuk membayar komitmen kereta, hutang ptptn dan selebihnya hanya untuk minyak kereta pergi kerja. Kalau ada duit lebih saya ajak juga suami keluar berjalan.

Selama setahun tu saya redha suami belum mampu bagi nafkah. Yang penting doa pada Allah tak putus semoga ada sinar baru dalam kehidupan kami.

Setahun berlalu, Alhamdulillah selepas 1st anniversary kami, Allah membuka pintu rezeki kami satu persatu. Suami dapat kerja baru, kami menyewa sendiri jauh sikit dari rumah family mertua.

Keadaan mental suami juga bertambah baik. Saya dah nampak suami saya yang saya kenal dulu. Penyayang, sabar, bertanggungjawab, kelakar.

Dan saya pula masih bekerja dalam bidang yang sama, cumanya perlu berpindah daerah ikut tempat suami bekerja. Dan Alhamdulillah suami tak putus memberi nafkah sejak dia kembali bekerja.

Alhamdulillah, Allah juga beri kesabaran kepada saya. Tapi sabar sabar pun, kita kena ada inisiatif macam mana nak bentuk kehidupan kita sendiri.

Semoga sang isteri di luar sana diberi kelapangan hati. Jika diuji dengan suami bermasalah, bersabar, usaha dan banyakkan berdoa. InsyaAllah Allah akan tunjukkan jalannya.

– Si Bunga Yang Penyabar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *