Dear Muslimah

Assalamualaikum semua. Hi! Lama rasanya aku tak share real story aku kat sini. Kalau sesiapa cam aku melalui gaya penulisan aku, tahniah la ya.

So sekarang, aku nak share kisah waktu aku form 5. Mana yg baik, kau simpan elok2. Mana yg buruk, jgnlah dihina kerana aku pun tak sempurna.

.

Dulu waktu form 5, aku kerap balik lambat. Stay kat sekolah sampai pukul 5 petang semata2 nak siapkan homework dan ajar kawan2 subjek AddMath. Sebab balik rumah, aku nak cairkan coklat utk bisnes esok pagi kat sekolah.

Letih mmg letih. Tp aku enjoy dgn life muda aku mcmtu sb aku suka cabar diri buat 2 3 kerja dlm 1 masa.

Sejak dari sekolah lg aku tanam azam. Biarlah waktu aku muda2 mcmni aku susah2. Aku nak bila hari mendatang aku, aku nak lalui dengan indah. Tak nak anak2 generasi aku susah. Aku nak enjoy detik2 tu. Walaupun ramai org gelakkan aku sb muda2 dah mcm2 azam dan target, tapi aku sikit pun takde rasa malu. Gelak la. Dah penat, tau la kau diam. Tak pun, nanti kau sedar atas setiap kata2 yg kau lemparkan tanpa berfikir sejenak. Lagipun bukan aku sakit pun atau tercalar dengan kata2 hinaan manusia. Lantak kau lah.

.

Setiap hari balik, aku mmg suka lalu jalan short cut kat belakang sekolah. Yg penuh dgn semak samun. Dlm 15 minit je jalan kaki boleh tembus ke rumah aku. Tapi agak bahaya laa sb sini banyak geng2 mat dedau dgn mat2 tak berguna pd bangsa.

“Taa, lain kali jgn balik lambat sangat. Ummi risau dengan kau. Kau tu perempuan. Jalan sorang2 kt semak tu. Dulu kakak2 kau dah penah kena kacau dgn budak2 kt semak tu.” Tegur umi aku.

“Inshaa-Allah takde pape. Ita selalu baca ayat Kursi.” Jawab aku.

“Ummi tak kisah hantu setan. Tp ummi risau kalau budak2 dadah tu yg mengacau!”

“Jangan risau. Allah ada. Ummi doakan baik2.”

Mcmtu la hari2 perbualan aku setiap kali balik. Degil gila aku dulu2. Bukan degil. Tp dah tu je jalan shortcut yg ada. Aku malas nk lalu jalan besar. Kang magrib baru aku sampai rumah. Tu belum lg pakej aku semput tahap nak meroyan bila sampai rumah.

.

Satu hari, aku balik lebih kurang jam 6 petang. Kerja sekolah AddMath betul2 la org kata killer subject waktu tu. Ini waktu zaman sekolah laa. Zaman ni belum kenal mak bapak AddMath ni siapa. Dah kenal Calculus , pastu jumpa madu dia Calculus II, baru kau tau langit tu tinggi ke rendah. Nasib baik aku tak berjodohan dgn Calculus III. Kalau tak, skg ni aku dah daftar wad sakit jiwa. Boleh gila kalau kau buat panjang2 jawapan, tp dpt 1 markah. Ceh.

Aku pun lalu mcm biasa kt semak samun belakang sekolah. Aku mendongak ke langit. Alahai. Awal pulak gelap arini. Tiba2 rasa seram. Tp aku still sado lagi. Releks je. Mcm biasa, mulut aku sentiasa terkumat kamit dgn bacaan ayat Kursi.

Tiba2 aku nampak depan aku ada sekumpulan perempuan. Waktu zaman ni, dak2 gangster sekolah dorg ada label setiap group. Ada group ‘sapu tangan’. Ada group ‘tudung saji’. Ada group ‘kain banjir.’

Tapi yg depan aku ni pakej lengkap dari atas ke bawah dengan sapu tangan kt tangan.

Aku perhatikan sorang2. Sedih. Perempuan2 ni semua, dulu sama kelas dgn aku darjah 1. Aku jd mentor kt dorang semua utk ajar setiap subjek. Tp tak sangka, harini aku lihat masing2 dah ke dunia pilihan masing2.

Aku jalan slow2 di belakang dorang. Dorang bertiga je. Malas nak lencong. Kang ada gak jadi gaduh. So buat2 jela jalan mcm pengantin even hati aku dah berasap tgk dorang kat depan.

Sorang dah tanggalkan tudung sambil pusing2 tudung tu acah2 cerita tamil. Sorang lagi pulak makin senteng kain dia angkat. Dah paras skirt. Sorang lg cuma gelak2 sambil main tendang2 kawan2 dia. Gila ganas kau weh. Kau ni perempuan ke betina. Astaghfirullahalazimm… sampai mcmtu sekali mulut aku ckp bila tgk dorang gurau2 mcmtu.

Selalu 15 minit je aku redah semak tu, tp sebabkan ada 3 minah gedik ni, habis masa aku 15 kuasa 2 terbuang kt semak semata2 tunggu dorang catwalk.

.

Tiba2, ada sekumpulan lelaki mat dedau (mat dadah, mat rempit, mak rokok, mat gam, mat shabu) . Segala mcm mat ada kt situ. Kalau setakat mad badal ke mad asli ke, takde hal lah. Ni mat bukan2 kt depan aku ni oii. Hati aku dah start cuak.

Aku perlahankan langkah aku. Membiarkan 3 minah ni redah dorang ni semua. Tapi mulut aku tak henti membaca ayat Kursi.

Elok 3 minah ni lintas, ketua dia yg free hair tadi tu kena tarik.

Aduh! Gila! Main ganas mamat2 ni.

“Sayangg… marilah sini duduk sebelah abg. Alaa malu2 kucing pulak.” Sambil rentap tangan ketua gangster ni.

Aku dengar perempuan tu mendengus, “jangan kacau aku lah!”

“Eh! Kau sedar diri kau sikit. Perempuan mcm kau ni, aku petik, 10 ekor mai kau tau tak?!” Sambil tarik rambut si ketua ni.

Yg 2 minah ni mencarut2 suruh lepaskan ketua dia. Laki2 lain tu dah start main pegang2 kat tempat tak sepatutnya.

Aku pulak, ternganga mcm tgk sinetron indonesia pulak. Mashaa-Allah. Tercemar mata aku.

.

Aku tgk jam dah pukul 6.30. Gila. Mampuih aku kena rembat dgn bapak aku ni oii. Takkan aku nak patah balik lalu jalan utama?

So, aku nekad nak rempuh jugak jalan2 yg dah dihadang oleh mamat2 tak guna ni.

Tiba2, ada sorang tahan aku.

“Hai syg. Nama abg, abg tupai kat sini. Comey jugak tenung kau lelama ni.” Sambil tangan dia menghalang laluan aku.

Gulp! Dah la arini aku tak pakai seluar panjang kt dalam. Kalau tak, dah lama aku bagikan flying kick. Jantung aku dah berterabur bunyi. Seolah2 tengah berduet lagu Spider.

Mulut takleh keluar suara. Tiba2 nak jerit pun tak terkeluar. Betul lah dlm drama2 yg aku selalu kata “oii bodoh. Jerit lah! Alahaii bodohnye. Dok zoom in, zoom out jadahnye.” Rupanya mmg suara tiba2 hilang bila berhadapan situasi genting mcmni.

Elok mamat tupai ni nak dekat lagi sejengkal depan aku, tiba2 ada sorang member dia jerit.

“Woii! Kau jangan kacau dia lah lan-cincauu! Kau buta ke ape?! Budak2 mcm ni mana boleh kacau! Muka pun suci. Sesuai utk jadi bini yg sah. Betina2 mcmni je kita kacau utk jadi awek. Kau bodoh ke ape!” Marah betul mamat ni.

Tersentap aku dengar ayat dia. Allahu.. aku toleh utk lihat suara lelaki yg jerit tu.

‘Eh. Member aku. Kawan darjah 1 jugak ni.’

“Pah, kau jalan. Woi tupai, ketepi! Respect sikit perempuan2 mcmni. Pah, aku mintak maaf k. Nanti aku tibai sekor2 ni kalau sesape kacau kau.”

Mata aku terkebil2. Tadi muka aku toya mcm muka Garfield. Ni tiba2 terbuntang luas aku bila lelaki2 yg menghalang laluan aku, membuka jalan seolah2 seorang puteri nak lalu.

Aku pun mula la buat muka bongkak. Tapi sempat aku cakap, “tumpang lalu ye.” Sebab cuak jugak kiri kanan semua lelaki. Buatnye ni trick dorang je ke. Tak ke naya hidup aku.

Aku jalan dan berhenti betul2 berhadapan lelaki a.k.a member lama aku tu.

“Terima kasih.” Ni je aku boleh ucapkan padahal dlm hati aku sedih tengok member yg dulu sama2 dgn aku, dah jadi mcmni bila masuk sekolah menengah.

“Sama2. Nanti kalau aku takde kat sini, sesiapa kacau kau, kau gtau aku k. Minah2 ni kau jangan risau lah. Pandai2 la aku kenakan dorang. Sape suruh pakai baju ketat2 cmni gi sekolah!”

Aku cuma senyum dan berjalan keluar dari semak2. Tak semena2, air mata aku menitik.

.

Balik je aku cerita kat Ummi. Terus ummi tak kasi aku lalu jalan tu lagi. Tapi aku pulak… mana makan saman. Janji cepat sampai sudah. Bab2 lain, aku malas nak fikir. Sebab aku jarang nak takut sangat sb Allah ada. Kalau Allah izinkan, maka terjadilah. Kalau tak, buatlah mcm mana sekalipun, pasti ada yg menghalang untuk melindungi hambaNya.

.

Sebelum tido, aku muhasabah diri. Betul apa yg dikatakan lelaki tu. Dan benarlah, jika kau amalkan ayat2 hatta kalimah ‘bismillah’ sekalipun, ia akan jadi pendinding paling kuat dalam diri kau.

.

Wahai kaum Hawa, jadikanlah diri kalian menjadi pandangan yg penuh hormat buat kaum Adam. Bukan pandangan nafsu yg datang dari syaitan.

Peliharalah sebaik mungkin aurat dan maruah kalian. Tutupilah dada kalian. Aku tak mintak kau bertutup litup mcm mumia. Sebab aku pun tak sempurna. Tapi memadailah tubuh badan kau ditutup dgn sempurna dan bukan dibalut nangka.

Jangan biarkan lelaki melihat diri kau dengan pandangan nafsu yg membuak2. Kerana lelaki hanya ada 1 nafsu dan 9 akal. Sedangkan kau ada 9 nafsu dan 1 akal. Dan gunakanlah akal yg 1 tu dengan sebaik mungkin agar mampu tewaskan 9 nafsu yg sedia ada.

Renung2kanlah. Dan selamat beramal.

Assalamualaikum.

Nota kaki : Belum pernah ada kes bukan2 berlaku kat kawasan tu. Lelaki2 ni cuma suka menyakat perempuan2 jenis mcmni.

Yang menyerahkan diri sepenuhnya dibawah jagaan dan lindungan Allah SWT,
#KakakSado

– Kakak Sado

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit