Definisi Kaya dan Miskin

Assalamualaikum, baru-baru ni aku terbaca salah satu kisah yang seorang confessor tu datang dari keluarga miskin. Allahu, bila dibaca dengan kisah confessor tersebut aku rasa amat bersyukur dengan kehidupan aku sekarang ni, walaupun kadang-kadang tu ada la juga merungut itu ini tak cukup.

Sebelum aku teruskan confession (aku rasa aku penulisan aku lebih kepada opinion) ni. Nak maklumkan tujuan penulisan aku sekadar ingin berkongsi idea aku, terpulang kepada pembaca nak terima atau tidak. Kalau ada apa2 komen atau pendapat lain silakanlah tinggalkan komen bila admin dah approve post ni nanti, hehe.

Okay, memang tak dinafikan bahawa kebanyakan kita memang selalu dihimpat dengan masalah kewangan. Tak kira lah dari orang yang miskin, golongan pertengahan dan orang kaya pun tak terlepas dari masalah kewangan. Cuma yang perlu diperhatikan itu sejauh mana kita faham soal kewangan, definisi kaya dan miskin ni. Kalau nak dihuraikan soal ni memang subjektif dan kompleks.

Aku cuba ringkaskan dengan memberi contoh keadaan seseorang. Ada orang memang susah sangat, macam orang miskin tegar yang aku tengok dalam program tv Bersamamu. Biasa aku tengok dalam program tv tu adalah pasangan suami isteri yang berusia, anak ramai, rumah setinggan, dan mungkin ada antara ahli keluarga yang sedang sakit. Itu satu.

Yang kedua, ada orang duduk tengah2 bandar dengan lifestyle orang bandar, ada kereta, rumah, telefon dan lain2 tetapi dalam masa sama terbelenggu dengan bayaran bil dan lain2 hutang. Dan ada juga orang yang gaji bulanan tinggi, tapi tiap2 bulan tak dapat nak menyimpan sebab setiap kali gaji masuk banyak boros ke barang mewah, tak pun banyak habis bayar hutang.

Okay, sejujurnya aku dapati kebanyakan kita memahamai definisi miskin tu daripada kurangnya hartabenda material atau tak ada langsung. Si A ada kereta, Si B pula tak ada kereta ada motor je..lazimnya kita meletakkan si B sebagai orang miskin.

Bagi pendapat aku lain, jika si B ada motor dengan dibeli cash, dibandingkan dengan si A ada kereta masih berhutang. Aku kategorikan si A orang miskin. Sebab orang kaya yang betul2 berduit jarang2 berhutang. Kalau betul kaya, pasti dia mampu beli kereta cash, tak kisah la harga kereta makan RM 20k-50k.

Selagi kau berhutang, ertinya kau miskin. Masih menjadi hamba kepada hutang. Si B mungkin tiap2 bulan dah tak perlu fikir pasal hutang, Si A mungkin pening kepada tiap2 bulan fikir pasal hutang. Jadi dengan contoh ni, bukan hartabenda material yang mengukur kekayaan seseorang.

Seterusnya yang aku nak sentuh, adalah betul ke pendapatan seseorang sebulan menentukan kekayaan seseorang? Mari kita tengok satu contoh lagi. Hal ni pun pernah menjadi pengalaman aku masa habis belajar dulu, masa tu aku baru mula nak bekerja dan nak merasa ada duit sendiri. Aku belajar tak tinggi, so kerja yang aku dapat aku ambil je walaupun gaji kecil masa tu. Aku masa tu ada juga tengok kawan-kawan lain yang dapat kerja gaji tinggi, sesuai dengan apa yang diorang nak.

Aku cuma fikir masa tu gaji aku kecik kerja aku tak glamor. Satu kesilapan aku masa tu aku tak terfikir satu rezeki tuhan kurniakan buat aku, iaitu walapun aku kerja gaji kecil, kerja tak glamor tapi tempat kerja aku dekat dengan rumah. Dan aku masa tu masih duduk di rumah mak ayah aku. Kalau difikir balik, walaupun gaji aku kecil aku tak belanja banyak sebab aku tak perlu bayar sewa rumah, bil air dan elektrik, makan pun mak aku bungkuskan bawa pegi kerja.

Rezeki macam ni buatkan aku ada ruang nak menyimpan banyak duit sekalipun gaji aku kecil. Sedangkan kawan2 aku yang baru nak bekerja dah ada kereta aku tak terfikir diorang mungkin bayar hutang, kerja jauh dari rumah dan bulan2 mungkin diorang terbelenggu dengan bil2 dan hutang, walaupun gaji diorang lebih besar dari aku.

Ini hanyalah contoh simple yang aku bagi dengan beberapa situasi dan keadaan seseorang. Yang lazimnya kita fikir keberadaan harta dan pendapatan besar mengukur kekayaan seseorang. Tapi kenyataannya tak begitu. Jadi yang aku nak sampaikan kepada pembaca adalah, kita tak usah nak khuatir dengan keadaan diri kita macam mana. Kita tidak perlu khuatir jika kita datang dari keluarga miskin.

Kaya dan miskin tu hanyalah sebuah delusi kebanyakan manusia sahaja. Sebab ada yang tidak ada kereta atau rumah, terus berasa malu dengan orang lain. Dan ada yang berumah, berkereta mewah terus muncul perasaan riak walhal harta2 nya masih belum kepunyaan mereka sepenuhnya dan masih dalam keadaan berhutang.

Jelasnya disini pendapat aku, banyak nya harta bukanlah pengukur kekayaan seseorang, dan dhaif nya seseorang bukanlah pengukur bahawa dia adalah miskin. Aku baru sampaikan sedikit dalam ilmu kaya vs miskin ni. Insyaa Allah kalau ada peluang akan lagi aku tulis confession seterusnya..

– Sadiq (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *