Definisi “Perkahwinan?”

Hi assalamualaikum. Saya WS dan itu short form. Maaf kalau confession saya sedikit panjang. Cuma nak minta pendapat.

Saya ada bf and kitorang rancang nak kawin paling lambat tahun depan, paling awal hujung tahun ni.

Tapi saya rasa makin lama saya dengan dia, makin rasa tak sehaluan.

Saya umur 24 dan dia 25. Both of us work under banking sector. Jadi sah-sah memang sibuk dan penat. And kami dua-dua tinggal kat KL.

Saya nak tanya pasal perkahwinan. Saya tahu kawin itu sunnah tapi kenapa saya rasa macam kawin tu satu yang ‘ikat’ saya dari buat benda yang saya suka?

Saya suka kerja dan saya bukan social, lagi suka duduk rumah dari keluar. Bila hari cuti saya lagi suka stay rumah cas tenaga saya yang dah diguna pakai masa hari bekerja.

Dan pasangan saya orang social, tapi bukan social yang buat benda jahat.

So sebabkan ini masuk bulan ramadhan, sesetengah bank akan bagi pekerja dia balik awal. Jadi bank yang saya kerja bagi balik pukul 4:30pm tapi dengan syarat masuk kerja pukul 8 pagi.

Bila pasangan saya tahu saya balik awal, dia request untuk saya masak dekat dia untuk berbuka. And saya cakap tak nak sebab saya penat.

Start dari tu kami mula argue. Dia nakkan bakal isteri dia always masak dekat dia even malam sekalipun.

Saya yang kerja banking sector dah penat dengan kerja and balik-balik rumah dia request untuk masak?

Kalau weekend saya boleh terima sebab memang cuti dan kalau weekday sekalipun kalau saya larat saya takde masalah untuk masak.

Jarak office ke rumah saya sendiri pun ambik masa lebih 1 jam. Kalau ya pun balik pukul 4:30pm, sampai rumah almost pukul 6 petang.

Saya ada cadangkan yang kalau hari saya tak larat masak dia boleh beli makanan luar and dia reply, “kalau macam tu baik i kawin dengan mamak”.

Saya yang salah dari segi pemikiran atau dia yang demand lebih?

Yes betul banking sector kalau bulan ramadhan akan balik awal (tapi certain department je). Tapi kalau bulan biasa, kalau setakat balik pukul 8pm atau 9pm tu biasa. Takkan itu pun dia nak saya masak?

Sampai satu tahap saya fikir yang dia kawin dengan bibik ke?

Kalau dia nak situasi yang dia balik kerja dan lauk terhidang siap, dia boleh upah bibik atau cari fully housewife sebab saya jujur dengan dia cakap saya betul-betul tak mampu kalau nak ikut semua request dia.

Saya juga cakap, “kalau saya larat saya akan masak cuma lauk tambahan beli dekat luar” tapi dia tak nak. Dia nak saya yang masak.

Dia penat saya pun penat. Dia banking sector saya pun banking sector cuma lain bank dan department je.

Kalau pasal ini pun dia tak boleh tolerate, saya tak rasa bab lain pun dia boleh tolerate sebab sebelum ni pun kami ada je gaduh pasal benda kecik.

Dan saya cakap dekat dia, kalau kawin ni akan halang saya untuk capai apa yang saya nak, dan takde tolerance langsung, then saya rela untuk tak libatkan diri.

Adakah pemikiran saya salah atau diri saya yang salah atau dia bukanlah jodoh saya?

Saya betul-betul respect wife yang balik kerja penat tapi still masak untuk suami anak2 dia.

Bila dah jadi macam ni, saya rasa macam tak nak libatkan diri dalam “perkahwinan”. Saya nak fokus kerjaya saya, mewahkan ibu bapa saya, buat diorang bangga dengan saya.

Tiba-tiba saya rasa macam “perkahwinan” tu tambahkan tanggungjawab saya, halang saya dan beban untuk capai apa yang saya nak. Sekat kebebasan saya untuk bekerja lebih masa.

Maaf kalau luahan ini buatkan sesetengah orang tak sama pendapat tapi untuk sekarang ini yang saya rasa.

– WS (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *